Saturday, February 27, 2021

GULAI JERING TUA


     Apabila cuaca panas melanda, seelok-eloknya dielakkan lauk pauk berempah dan pedas. Disyorkan makan sup mudah atau sayur masak bening.
     Tetapi kalau tekak sudah terbiasa, mampukah kita? Sekiranya Kjee masak lauk yang langsung tidak pedas, UnclePali akan keluarkan cili padi. Buat kunyah. 😆
     Kelmarin tekak teringin nak makan gulai Jering. Mesti guna jering tua sebab tidak pernah pun orang guna jering muda buat gulai. Kalau jering tua masak gulai atau buat sambal tumis, Kjee makan. Tetapi kalau ulam jering muda, Kjee kureng sikit. 
     So Kjee ajak UP ke Chow Kit cari jering tua. Alhamdulillah ternampak sepasang warga emas jual. Selonggok rm5. Kjee beli dua longgok, rm8. Sampai rumah menyesal pulak mintak kurang harga hanya sebab beli dua longgok! 🙄

     Kerana dah dekat pukul 11am, Kjee terus rebus jering dalam Pressure Cooker selama lebih kurang 5 minit. 
     Sementara menunggu tu, Kjee tumbuk cili padi, kunyit hidup bersama segenggam ikan bilis. UP tolong amik dua batang serai dan tiga helai kunyit di laman depan rumah.  Dah halus cili padi dan kunyit hidup, Kjee ketuk-ketuk sekali serai dan masukkan dalam periuk. Ikan bilis tu biar kasar-kasar sikit. Letak air lebih kurang setengah cawan. 
     Selesai rebus, Kjee tumbuk jering. Masukkan dalam periuk dan rendidih seketika. Apabila air mula kering, Kjee masukkan satu keping asam Gelugor, daun kunyit dan satu kotak kecil santan. Perlahankan api dan biarkan rendidih seketika. 
     Kjee suka lauk ini dibuat pekat-pekat. Tetapi kalau yang suka berkuah, tambah aje air. 

     
    
     

Related Posts:

  • LAUK UDANG MASAK LEMAK DENGAN PERIA? Ini lauk kejadian minggu lepas. Sepatutnya Masak Lemak Peria sama Udang. Tetapi setelah siap gambar ditangkap UnclePali (gambar atas), Kjee terus naik darah. Dah jadi Masak lemak Udang dengan peria. Sepatutnya peria jadi… Read More
  • DAGING MASAK NEGRO? Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe. Kjee letak n… Read More
  • IKAN KELI SAMBAL HIJAU PLUS PETAI Orang kata, cara pemakanan kita banyak dipengaruhi oleh ibu kita. Contoh, kalau ibu kita tak makan sayur, maka anak-anak pun tak makan sayur. Kalau si ibu kuat makan pedas anak-anak pun punya pattern makanan ya… Read More
  • BUBUR NASI DAGING SAMA TELOR ASIN Biasanya selepas beberapa hari makan rendang, lontong dan segala yang memanaskan perut sepanjang Syawal, Kjee akan selang selikan dengan menyediakan makanan yang elok untuk perut. Misalnya, sayur-sayuran yang masak… Read More
  • AYAM KAMPUNG MASAK GULAI PAHANG Tiap kali balik kampung UnclePali kat Pahang, Kjee intai jer ayam kampung belaan my MIL yang berkeliaran. Tapi tak sampai hari nak 'kerjakan' ayam MIL. Orang tua tu sayang sangat ayam dia. Biasalah. Dulu masa kecik-ke… Read More

0 comments:

Post a Comment