Friday, July 22, 2011

SAMBAL TEMPOYAK BUBUH PETAI



Dua tiga hari ni sejak badan rasa tak selesa dan tekak rasa tak sedap, Kjee jenuh memikir apa makanan yang boleh buat Kjee berselera makan. Tiga malam lepas masa pergi Chow Kit, Kjee tengok ramai orang jual petai. Dah murahlah petai sekarang.

Dua minggu lepas, 1 ikat yang ada tiga papan harganya RM6. Kali ni Kjee pergi, 1 ikat yang ada 3 papan, RM3 saja. Apa lagi, Kjee pun cekuplah tiga ikat. Selera besar sangat tapi bila sampai rumah, terus tertutup nafsu nak makan.

Fikir punya fikir, Kjee pun buatlah sambal petai dengan tempoyak. Sambal cara kawan Kjee Wan Azizah dari Pahang yang ajar. Tapi Kjee terlupa cara dia ajar. Nak call dia, nombor telefon tak ada. So Kjee main hentam je lah.

Tapi yang Kjee ingat, Zah atau Liza kata, tumbuk cili api. Pastu tumbuk sekali tempoyak bagi halus. Tak payah bubuh bawang. Pastu masuk dalam periuk, bubuh sedikit air. Pastu jeranglah. Kalau tempoyak tak cukup masam, bubuh asam keping. Lepas tu masukkan jugak petai dan ikan bilis. Kjee terlupa pulak ikan bilis kena goreng ke tidak. So, Kjee ambik keputusan goreng dulu. Dan Kjee masuk bilis last sekali.

Maka jadilah sambal tempoyak petai seperti dalam gambar. Sayangnya, walaupun Unclepali dan Nadia kata sedap tapi tekak ni masih tak boleh terima. Entahlah.

Agaknya nak cari pulak daging rusa masak rendang, baru berselera makan kot. Ada sesapa tahu mana nak dapat daging rusa? Hehehe


10 comments:

Wani said...

assalamualaikum kak jeee.. sedapnya tempoyak petai tu wani ni memang hantu tempoyak .. hehe blh la cuba resepi ni.. tempoyak tu sedap kak jee :))

Anonymous said...

Rasanya ada masa di Pasar Tani Stadium Shah Alam (pagi ahad) ada orang jual daging rusa.

Deena Yasmin said...

kjee, ngencess tengok.. ! (^___^)

MAK TEH said...

aduuh kjee,sedapnye petai n poyak tuuuu..nak sikit

Ezza said...

kakjee
rasa nya ikan bilis tu tak yah goreng. Selalu saya buat masuk kan macam tu jer...kalau nak sedap tambah kan santan pekat sikit..memang meletop!

Ell Joella said...

sedap nyer.. makan lak ngan nasi panas.. adeehhh meleleh.. kalau lauk ni biasa nyer abg ipar L buat.. dia org Budu, Lipis.. mmg tak pakai bawang.. tempoyak, cili padi, ikan bilis, daun kunyit.. masak sampai kering2 basah gitu.. rasa nyer ikan bilis tu takyah goreng..terbaek la k.jee..

CT Delima said...

As'salam Kak Gee

Ct ni kalau setakat nak merasa lauk2 yang ada tempoyak ni sikit2 bolelah kak, tapi kalau nak buat sendiri rasanya sampai bila2 pun tak akan masak..hihi. seisi rumah ct ni memang tak suka makan tempoyak lagi2 kalau petai, lagilah jauh. Tapi petai ni banyak khasiatnya kan kak Gee :D

Terima kasih kak gee wish b'day ct ya.

Mrs D said...

Salam Kak Jee..

Kak Jee pernah ke Selera Rimba? Kat situ ada macam-macam lauk yg 'exotic' termasuk rusa. Ada fanpage nya di facebook :
http://www.facebook.com/pages/SELERA-RIMBA/119619658065177#!/pages/SELERA-RIMBA/119619658065177

No telefon dan alamatnya pun ada kat situ :)

MamaFaMi said...

Sedapnya lauk Kjee! Kita suuuuuuker petai, tapi petai dimakan mentah la. Kalau dah masak tu, macam kurang umph. Mmmm dah teringin nak makan daging rusa pulak ye Kjee... macam ibuk ibuk hamil muda aje... hehehe... gurau Kjee, jangan mare! Peace!

Gina said...

Kak Gee !!!!
Meleleh air liur, kecur dibuatnya tgk gambar sambal tempoyak nie...huhuhuhu rindu tempoyak

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...