Friday, February 11, 2011

61. mi hailam versi kjee

yehhh hari ni resipi lagi sebab kjee blur. badan jer ada kat rumah, otak dah ingat nak balik kampung. but jangan susah cos kjee balik bawak netbook. leh update blog kat kampung hehehe.

hari ni kjee nak bagi resipi mi hailam. memang ada banyak cara orang buat mi hailam. ada style cina dan juga siam. tapi ini style kjee. masa meniaga dulu, kelakar betul mi ni jadi pilihan ramai pengunjung. buatnya cukuplah senang tapi ada pelanggan yang sanggup datang sehingga tiga empat kali seminggu semata2 nak makan mi hailam ni.

chef Ari dari Arima Western di Taman Keramat, cukup suka kalau nadia yang buat. dia kata mi hailam air tangan nadia ada 'bau kuali'. sedap! hah bau kuali? ketawa berdekah2 nadia dengar. dia kata alamak, nadia ikut jer apa yang mama ajar. apakah ini bermakna air tangan nadia lebih sedap daripada kjee? ooo tidak!!!! hehehe tak baik tau kan jeles ngan anak sendiri.

what ever..ewah tukar style lak...what ever hehehe. apapun, korang cubalah buat mi hailam kjee ni. mudah jer. bahan2 mesti ada kat dapur korang punya. ala kalau setakat kicap, takkan tak der kan! no need to put oyster sos or chicken cube one. i gerenti u it's so sedap. money back gerenti one maa. hehehe bahasa satu malaysia. so followlah the recipe, i give here. seperti biasa, kjee copy paste je dari Notes kjee kat facebook.
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Mi Hailam ni kjee sendiri yang cipta. masa meniaga dulu laris. tak pedas so budak2 dan mak bapak budak pun suka. ada pelbagai varisi Mi Hailam. Stail Thai ada, style Cina ada. lantaklah itu cara mereka. Ini cara kjee. Nak cuba dipersilakan. Tak nak no hal. Boleh pelbagaikan dan guna mihun or kway teow. Mi yang guna kuah semuanya kjee masak guna air rebusan tulang ayam. rebus tulang ayam selama dua jam. kalau buat banyak simpan dalam bekas kecik2 dalam freezer. bila nak guna tak payah susah2.

BAHAN:
1 genggam kecik mi kuning (Kalau 1 peket boleh buat 5 pinggan)
dua ekor udang
sedikit isi ayam
1 ulas bawang putih
1 tangkai sawi
2 sudu kicap manis
1 sudu kecik sos ikan
1 sudu tepung jagung
minyak bijan

CARA:
Ketuk bawang putih dan tumis ngan sedikit minyak selama seminit. masukkan ayam dan udang. goreng2 1 minit, masukkan dua senduk air rebusan tulang ayam, kicap manis dan sos ikan. biar mendidih masukkan sawi dan mi. terus masak hingga mi dah masak. pastu masukkan tepung jagung yg sudah dicampur sedikit air. tepung jagung guna untuk pekatkan kuah. kalau kuah cair sgt, tambah lagi tepung. Bila nak hidang, titiskan satu dua titis minyak bijan. makan ngan cili jeruk atau cili api.
Itu jer. senang kan. kalau masih maleh gak nak buat, tak dapek den nak nolong.

12 comments:

  1. Salam Kak Jee. CT ni memang minat dengan mee hailam, lagi2 kalau mee hailam seefood. Mintak izin CT amik resipi dari Kak Jee ni ya. mintak halal :))

    ReplyDelete
  2. cik CT, silakan. tak payah mintak izin. kjee bangga kalau ada orang nak buat. hehehe

    ReplyDelete
  3. Terbaik !! thanks kjee..muackss luv u..

    ReplyDelete
  4. tq..kjee..nmpak simple nti nak wat la..:)

    ReplyDelete
  5. mudah je resepinya ni...suami sy minta mee hailam nnti boleh cuba...terima kasih daun keladi share resepi ye

    ReplyDelete
  6. kjee, best & simple , boleh saya cuba. sos ikan yg camana biasa kjee guna yea? sy baru nak belajar2 guna sos ikan ni, x pandai nak pilih yg mana satu. zumaira

    ReplyDelete
  7. Thnx k jee for the resepi...sya mmg plggan tetap k jee dlu...rindu nk mkn bubur lmbuk n mee hailam k jee..sya adik lina yg sma bday ngan k jee dlu...arwah abah sya dlu pun ska dgn mee hailam k jee....terbaek....k jee for ur info mak pun dh mninggal thun lepas cause of cancer...anyway kem slm kt nadia tkng msak terbaik mi hailam k jee...

    ReplyDelete
  8. wah.sgt simpel.nk bt la utk dinner..tq for share..

    ReplyDelete
  9. Kak jee thanks resepi penang fried kury teow kak jee. Husband saya tanya awak beli kat kedai mana kuey teow ni.. Dia x pecaya bini dia buat. Thanks kak jee moga Allah murahkan rezeki kak jee.

    ReplyDelete
  10. as salam.. kjee. mcm mana sukatan utk buat mee hailam 10 org makan pulak? tak reti nak bajet la...

    ReplyDelete
  11. Wkmsalam. 1 peket mi utk 4 orang mkn.

    ReplyDelete
  12. Tq kak jee.. bole jd menu iftar utk Ramadhan ni.. 😬

    ReplyDelete