Thursday, February 3, 2011

36. aku, adik adik dan padang part one

kau orang baca title entry kjee ni, mesti korang ingat kjee nak tulis citer pasal adik beradik kjee kan? kalau tulis pasal adik2 kandungku, pasti kjee tulis adik beradiku bukan adik adik. korang yang naive sangat bab ni, mesti heran kan kenapa kekadang kjee ada sebut adik adik dalam tulisan kjee. hah adik adik tu maknanya, insan allah swt yang lembut. ada yang mulut kurang ajar panggil pondan, bapuk atau di indon, banci!! bahasa omputih lak dia orang call 'broken wrists'.

hmmm tak baik tau korang bagi gelaran macam2 pada insan insan yang sangat  istimewa di hati kjee. kjee dan juga mereka gelar diri mereka adik adik. sebabnya, perangai dia orang manja macam adik beradik kita. kenalilah mereka selepas baca entry kjee ni. baru kau orang yang selalu berfikiran tidak baik terhadap mereka akan berubah fikiran. insya allah. itulah nawaitu kjee.

tadi apabila kjee tanya unclepali boleh ker kjee buat story cam tu, unclepali diam seketika. memang kjee selalu suruh dia tapis dulu story kjee. unclepali ni walaupun lebih muda, tapi lebih waras dari kjee. dia nasihatkan kjee supaya hati2. jangan sentuh bab agama sebab kjee bukan pakar. insya allah, kata kjee. kjee hanya tulis apa yang kjee alami dan nampak. itu jer.

masa kjee muda dulu, iaitu di zaman kjee jadi wartawan (belum kahwin), kjee suka ronda2 belakang kowloon, jalan tuanku abdul rahman. kalau kat singapura, bugis street (sayang sekarang dah tak der). kowloon tu adalah hotel ½ bintang kat jalan TAR, kuala lumpur. belakang hotel kowloon ni, masa siang tak der apa2. tapi jeng jeng jeng, bila malam jer iaitu selepas kul 10, ramailah pompuan berkeliaraan kat situ.

pompuan? hehehe bukan pompuan ori, pompuan plastik. kjee kan kalau lalu kat situ dalam kereta, hanya intai jer. sebab? sebab kjee malu sesangat. sebab? sebab dia orang tu punyalah lawa, mak oiii. kjee malulah jadi pompuan. dia orang punya dandan, vastttt habis...vogue giler. pompuan ori cam kjee ni takut nanti ada kata kita lak yang pondan dan dia orang pompuan ori. korang faham tak? tak faham buat2 faham jer lah.

mana tak malunya...body solid maut. 'barang' yang depan, yang belakang, solid molid. pompuan yang sekeping, awas janganlah berani nak dekat dia orang. walaupun palsu semuanya (ada yang operate bagai) tapi dia orang memang kelas...high class giler! dengan mekap, dressing dan bau2an yang fuuuuh best. giler maut punya budgetlah diadakan untuk itu semua!!!

tapi kan kjee adaalah sepupu yang spesies adik adik ni. nama dia Makmur. tapi tak tahulah kalau sepupu betul kerana mak dia dengan arwah nenek tiri kjee pangkat makcik. so korang kira2 lah sendiri adakah kjee betul kata Makmur ni sepupu.

apapun, kjee jumpa Makmur masa kjee pergi rumah abang Daud Omar. makmur tolong dia buat keje2 mengandam. Makmur ni pun terer masak. citer punya citer, rupa2nya makmur ni ada sedara dengan nenek tiri kjee. kami pun jadi rapat.

makmur ni duduk di rumah sewa di bangsar bersama empat lima orang adik adik yang lain. tiap malam lepas kerja kjee lepak kat umah dia. lepas tu kul 10 malam, kami pun beramai2 'berarak' ke dataran merdeka. dulu orang tak panggil dataran merdeka. ntah apa orang panggil...agaknya padang jam besar. sebab jam besar kat situ kan.

dulu kat situ hanya ada padang dan kelab selangor (eh ya ker yang warna bangunan hitam putih tu). dan di tepi2 padang jam besar tu adalah tempat duduk bertingkat. dia orang panggil rak ayam? ntahlah. maka selalulah kjee dan makmur gi situ nak hiburkan hati. maklumlah nak gi disko, mana dia orang nak cekau duit kan. tiap2 malam lak tu. tempat duduk bertingkat tu adalah untuk penonton tengok perlawanan kriket di siang hari anjuran kelab tu.

dan kjee kan punyalah suka ikut dia orang gi situ (ada yang cari pelanggan gak oppps), kekadang sampai tertidur atas rak tempat duduk tu. hehehe serius ni. gitulah nakalnya kjee masa tu. nak takut apa? adik adik ramai. semua sayang dan jaga kjee baik baik. tidur punya nyenyak, tetiba bila sedar bunyi bas mini lalu depan tu dengan bising. masa tu bas mini keluar jam 6 pagi. kelamkabut lah kami berarak balik umah. kjee mandi2 dan terus pergi kerja.

banyak kisah lucu yang terjadi di padang kelab selangor. ooo baru ingat dia orang panggil padang kelab selangor. betul betul betul. kalau terserempak siang hari, mereka akan bersapa satu sama lain...ko malam ni tak lepak padang ker? fuyooo sukernya kjee bila ingat itu semua!!!! suka dan sedih sangat kan. very very tersentuh hatiku ini. aduh duh duh duh duh duh duh...lagu dangdut tah sapa ntah. ada aku kesah?!!

and then. aisey and then lak. habis tu asyik pastu..pastu  jer. sesekali  cakaplah omputih kan. sesekali ku rasa teringin..dendangan shima. lagu lain lak kahkahkah

korang tahulah adik adik ni kekadang ada yang nakal. ialah dia orang tu bukannya tak ada bakat. kerja tangan punyalah halus, dan kreatif tapi otak tak berapa panjang. nak jugak cari duit jalan senang. kau orang tahu kan maksud kjee. betul tu...baru kjee nak cakap kau orang dah kata...kalau tak faham buat2 lah faham hehehe pandai lah korang.

dan polis pun selalu buat serbuan. kalau masa polis serbu tu, semua lari lintang pukanglah. ada yang lari macam perlari terpantas dunia yang nama dia husen bolt. ejaan tak pasti. bunyi dia sikit lebih kuranglah. yang pakai baju gaun siap selak, angkat kasut tumit tinggi dan lari lintang pukang.

malangnya, ada gak yang kena tangkap. polis mintak ic. polis tanya sapa nama. ada yang masih nak kemut suara dan tipu lagi walaupun polis pegang ic dia. nama saya ima. pastu polis tanya lagi. nama sapa. ima lah bang (dengan suara yang nyaring dan manja). polis tengking. nama sapa!!! terus keluar suara jantan...ABU KASSIM!!! tu dia!!!

well polis angkutlah naik van mana yang tak sempat lari tu. sepupu kjee si makmur ni cerdik. dia tak pernah drag (pakai pompuan). kalau keluar tempat awam, dia pakai cam jantan. cuma kalau ada parti persendirian, dia barulah drag. so makmur pun terlepas. for your information, kjee pun kena check ic ngan polis tau!!! dia orang ingat kjee ni sama species. selalu kene marah ngan abang polis. dia suruh balik umah!! aduh...berat lah.

bila kengkawan dah kena tangkap, makmur segeralah telefon geng geng adik adik yang ada duit banyak. sebab? sebab nak jamin kat balailah apa lagi. tapi selalunya tak leh. abang polis pun nakal. saja dia kata tak boleh jamin kena masuk court punya dalam. selalunya, yang ramai adik adik kena serbu ni malam minggu.

biasalah malam minggu kan malam happening. esok sunday cuti. kau tahu kenapa kjee bagitau yang kena tangkap tu biasanya malam minggu? adakah kerana hari lain abang polis campbell (sekarang dang wangi) duduk je kat balai makan gaji buta? eh taklah...sorry abang polis yang baca n3 ni yer.

malam minggu kena tangkap around kul 2 pagi. pastu kena sumbat kat lokap balai. esoknya hari ahad, mahkamah cuti. sooooo adik adik ni kena masuk court hari Isninlah kan. hari kerja. kjee dan adik adik lain pun hari isnin, tunggulah kat court. bawak sekali taiko adik adik yang kaya yang banyak duit untuk jamin atau tolong dulukan bayar denda. baju pun bawak sebab kesian. suruhlah dia orang tukar nanti lepas kes mahkamah.

korang nak tahu apa terjadik? korang mesti nak tahu apa kjee nampak. dua malam tido dalam lokap, mekap mereka masihlah ada...baju pun masih sama yang dia orang pakai malam kene tangkap. aduh seksi abis you. tapi kesian, sebab anak2 janggut dah keluar. dua hari tak shave dik non.

tapi adik adik ni berjiwa besi. kena tangkap, kena denda, tetap ko dia orang keluar gi padang. kahkahkah. ada juga yang kena macam2 kat tengah2 padang tu. ada 'pelanggan' yang guna razor blade serang adik adik bila  mereka mintak duit. sedih sangat.

cukuplah, nanti tunggu part two citer lain lak pasal adik adik. boleh jadi tiga part tau. kalau korang tak suka baca, kjee tak kisah. masing2 ada citarasa. tapi adik adik ni semua (yang dulu dan sekarang) ada tempat khas dalam hati kjee. sayang kjee kepada dia orang lain sangat. dia orang ni insan2 allah yang dipinggirkan masyarakat. please love them.

18 comments:

  1. kak gee : kannnn..ahaahahahaaha..interesting stories..lagi lagi dan lagi

    ReplyDelete
  2. sya pun ada kwn yg adik adik ni gak k.jee...bg sya xkisah brkwn ngan sesaper pun yg penting dia baik,ikhlas&jujur dlm persahabatan....setakat pengalaman sya brkwn ramai tapi kekdg mrk adik2 ni ler yg paling bagus bab brkwn dr org2 normal sbb kbykan mrk lebih ikhlas brkwn dgn kite....

    ReplyDelete
  3. kjee tengah serem tunggu komen reader ni zam.

    ReplyDelete
  4. kjee... deena ketawa jer bleh.. :)) klakar giler tp dorang pun manusia biasa kjee sama jer disisi Allah...

    ReplyDelete
  5. best la kjee... bior je n3 ni... sy pn ada geng ngan sorg ni.. baik sgt.. rajin keje... respek dia smpai skng... tp ape yg kjee cite ni mmg reality...

    ReplyDelete
  6. Salam kak jee...nice n3 dan lawak serta ada pengajaran kat situ...pada ceq laa..(wahh tukau negeri pulak dahhh aku) n3 kak jee ni tak de apa2 pun yg nampak salah, tak kena atau mengancamm ketenteraman awam..okeyy jee...tapi ada gak saya baca kat blog sapa dulu, hmm lupa dahh,sekarang misai/janggut segala ni depa panggil "susuk"..erkk...ye ke eks?..

    ReplyDelete
  7. CMG: oh yer ker? susus> masa zaman kjee tak panggil camtu. kalau susuk tu susuk betoi. kjee pun ada citer pasai susuk tau. tungguuuu hhehehe

    ReplyDelete
  8. *susuk* lah. apalah kjee ni asyik silap taip jer!!

    ReplyDelete
  9. kah kah kah...kelakau! tang suara lembut ima,suara garaunya abu kasim tu yg paling kelakau!apa pun,sokong n setuju,diaorg ni semua insan istimewa.kalo tul2 close mmg kita akn kenal diaorg ni sbg makhluk Allah yg sgt caring sebenarnya..jiwanya halussssss (mcm iklan nescafe harith iskandar tu..hehe)

    ReplyDelete
  10. Citer ni ok jee, semua umur boleh baca.

    ReplyDelete
  11. kjee dulu kat campbell tu kan ada open punya kelab dangdut....masa nor d kl dulu around year 83-86...kami geng2 opis muda2 belaka ada juga g kat padang tu usik2 adik2 tu...sekali tu kjee geng kami kena kejor sebab suka sangat kacau mereka.... tak ada pe kjee suka2 je masa tu....norasmah

    ReplyDelete
  12. dia orang kan memang marah tahap gaban kalau orang persendakan dia orang. kahkahkah

    ReplyDelete
  13. kak gee waktu saya gi jalan umah kawan kat muar,thn 90an dia bwk gi tengok adik2 ni buat pertandingan ratu cantik...terpegun tengok gaya dgn solekan dorg mmg kalah pompuan tulin ....saya pun xpandai solek cantik camtu....ok kak gee saya tunggu part seterusnya.....

    ReplyDelete
  14. kakjee, sy pun dulu ada sorg kawan adik2 ni masa kt U. dorg dlm bab berkawan bagus kan kakjee. igt lagi bila jumpa kt mana2, selalu tegur, tak sombong, tp org2 sekeliling pandang semcm kt kitorg nih...ishhh geram geram....

    ReplyDelete
  15. ass`kum.... teruskan episod cerita ni kak jee... bukan kak jee nak aibkan sapa sapa.... tapi sebagai renungan buat kita semua.... semoga cerita cerita macam ni boleh di jadikan iktibar dan sempadan dalam kehidupan kita seharian.... hehehe...

    ReplyDelete
  16. ass`kum.... teruskan episod cerita ni kak jee... bukan kak jee nak aibkan sapa sapa.... tapi sebagai renungan buat kita semua.... semoga cerita cerita macam ni boleh di jadikan iktibar dan sempadan dalam kehidupan kita seharian.... hehehe...

    ReplyDelete
  17. sebenarnya memang kesian kan... dulu mase kerje kat shoping mall ad jugak kawan2 mcm ni.... dorang sebenarnya x mintak pon nak jd macam tu... tuhan tu menduga, kalau yang kuat semangat melawan kelembutan tu teros memesongkan, insyaallah dorang x kan pakai skirt or yang seksi2... tp kalau yang x kuat semangat ni yang kesian.. tp masyarakat pun kadang2 salah jugak sebb memandabg serong... peluang pekerjaan memang sangat susah... so ape choice yang dorang ader kan... perempuan yang ori pun kalau x dok kerje terdesak nak hidup pun melambak yang kerje macam dorang....kiter2 yang normal ni kadang2 ad yang x nak kawan ngan dorang...so dorang pun berpuak la sesame dorang.... make kalau ader yang x berape lg tros la jd macam pompan betol.....(aziza yahya)

    ReplyDelete