Sunday, February 13, 2011

65. apa hal lak korang nak sambut valentines day?

kjee ingatkan orang melayu yang sudah pastinya Islam dah give up. dah tak nak sambut hari valentines yang selalu disambut oleh juak2 kristian pada 14 februari. esoklah tu. tapi...ada tapi tau! khabarnya, ada insan2 muda remaja yang kononnya sedang asyik masyok bercinta sibuk gak buat persiapan untuk menyambutnya esok. malam nilah mulanya sambutan tu.

apa ker hal kita nak sibuk2 menyambut hari memperingati kekasih mengikut agama kafir? kesian pasangan kekasih yang sambut esok yer? apa tak kesiannya. pasangan mereka hanya ingat nak sayang dia orang setahun sekali. kalau betul2 kasih dan sayang, sayanglah hari2. buat apa nak tunggu hari valentines.

lusa maulidur rasul. kita tengok samada rasa kasih dan sayang umat Muhammad saw terhadapnya baginda sama tebalnya sebagaimana mereka memperingkati hari kekasih yang disambut setahun sekali itu.

apabila sambut hari kekasih, harga bunga mawar merah dan cokelat naik berganda2. selalu sekuntum rose merah hanya rm2, pada hari valentine sekuntum sampai rm15! kalau bagi sekuntum jer malulah. kena bagi satu bouquet. harga beratus2 tu! kopak poket!

selain pasangan kekasih, ada juga orang yang sibuk sangat ke hulur ke hilir pada malam valentines. kerja dia orang bertambah2 kali ganda! korang tahu sapa? sapa lagi kalau bukan petugas pencegah maksiat baik yang kerja dengan pejabat agama mahupun polis.polis pun ada unit anti maksiat tau!

kenapalah mesti nak menyusahkan petugas dan polis ni? dahlah dia orang sibuk nak buat persiapan sambutan maulidur rasul pagi selasa ni.  malam ni pulak kena bersengkang mata 'cari' budak2 yang lepas happy happy sambut hari kekasih, ter'singgah' pulak ke hotel2 (biasanya hotel 2 atau 3 bintang jer) sebab rasa kasih dan sayang dah ter'meluap luap'!

malam ni kjee juga akan ronda2 KL. maklumlah dah terbiasa masa jadi wartawan dulu. nak intai2 tengok kat kawasan2 merah seperti jalan cangkat ceylon yang bersambung dengan jalan alor, jalan p ramlee atau jalan dekat jalan doraisamy, off jalan dang wangi.  kami tiga beranak memang suka ke sana bila time hujung minggu. happening giler kat situ. muzik berdentam dentum di kiri kanan jalan. ramai muka2 melayu di antara yang cheers dan yam seng. heran gak kenapa unit pencegah maksiat dan nahi mungkar tak ronda sampai ke situ. mungkin kerana itu kawasan tarikan pelancung. so kebal sikitlah kot!

tapi kami cuma intai dari dalam kereta sambil kereta bergerak. saja seronok2. tak der niat apa2.

berbalik ke hari valentines ini, kalau tak silap kjee ia hari memperingati mamat kristian yang bernama saint valentines yang hendak dipancung malam itu kerana kesalahan ntah apa bende. pastu dia sempat kot membisikkan ayat2 cinta pada anak dara orang yang nak pancung dia. bila dia mati, anak tukang pancung tulah yang isytihar hari itu sebagai memperingati hari kekasih dia kena pancung!

entah betul entah tidak, lantak ler sebab ada banyak versi tapi keseluruhannya mengisahkanlah pasal st valentines seorang yang kuat berpegang kepada agama kristian.

jadi apa ker jadahnya (pinjam ayat power wan kamaruddin) korang nak kenang hari itu. lebih banyak pahala korang gi mesjid malam esok sebab pastinya banyak acara sambutan maulidur rasul. ingatlah, dunia penting akhirat pun penting. insaflah sebelum terlambat.

adik bongsu kjee sambut besar2an esok 14 februari tau. bukan sambut valentines day tapi birthday anak bongsunya Aizran yang ke-10. happy birthday aizran.


happy birthday aizran!

8 comments:

  1. betul 2 k.jee...ank2 melayu yg lbh sibuk2 nk menyambutnye....mengalahkan bangsa2 lain...sedih btl....

    ReplyDelete
  2. bagus kjee masukkan entri cengini. buat tatapan generasi yang muda belia, jgn terpedaya dengan amalan karut. semoga anak2 kita terpelihara..zumaira

    ReplyDelete
  3. moga allah swt lindungi anak2 kita dan generasi islam seterusnya!

    ReplyDelete
  4. kepercayaan karut-marut tu bukan morden n urban jee. menyesatkan je. orang sekarang ni terlalu bijak berbanding dulu. tentulah mereka ini tahu alaf 21 bukan era jahiliah lagi. pandai-pandailah meneracakannya. janganlah memberatkan neraca timbangan dengan anal buruk. tak gitu jee...

    ReplyDelete
  5. x dinafikan mmg ramai remaja, retua dan yg kertu sambut valentine..kalau kita tanya dorang tau x makna valentine dan kenapa org kristian meraikannya.. Berapa kerat jer yg tau.. Skrg nie dah sepatutnya benda2 cam nie dimasukkan dlm syllabus pendidikan islam kat sekolah.. Insyaallah kurang sikit..
    Anyway happy 10th bday aizran..

    ReplyDelete
  6. salam kjee n all..ni seme dakyah yahudi la ni, pelan pelan alih akidah muslim pada benda benda x pekdah cam ni, nway..Happy Blessed Birthday to nephew kjee, AIZRAN..comel la dia..kucing tu pUn comel !!

    ReplyDelete
  7. salam kjee...memang perkara yg mungkar senang terpengaruh, kalau yg kebaikan kebanyakan muda mudi kita pejam mata aje...saya sokong sangat2 kjee entri isu ini..anyway happy birthday to nephew kjee Aizran...

    ReplyDelete
  8. selalu nya budaya ni yang anak melayu kita nak ikut {melayu lagi}tu yang susah nya anak muda kita sekarang mertabatkan budaya yahudi dari memeriahkan masjid sempena maulidur rasul ......siapa nak jawap kjee wallahualam...norasmah

    ReplyDelete