Sunday, February 13, 2011

66. kris dayanti mengaku cucuk botox tapi...

pagi tadi sebaik sahaja kjee tatap akhbar sisipan pancaindera kat tanjung api, kuantan, kjee ketawa berdekah2. nasib baik hari ni kat kedai nasi dagang tu lengang sikit. nadia tanya kenapa mama ketawa? apa tak ketawa. boleh percaya ker kalau artis sorang ni tak mengaku guna botox atau buat make over muka dia?

ah sudahlah. kjee kenal dia zaman dia belum jadi penyanyi rakaman lagi. dok melalak2 kat pub di belakang medan tuanku abdul rahman. adakah muka dia macam sekarang ini? hmmm jauh panggang dari api.

setelah hampir 20 tahun tak bertemu, bila kjee nampak muka dia dalam majalah, terkejut beruk kjee. eh kenapa muka dia jadi cam tu, menjerit kjee masa first time tengok wajah dia yang terkini. kemudian selak majalah lain, muka geng2 dia pun sepesen jer cam dia.

janganlah tak mengaku. ingat peminat buta ker? hidung berubah, pipi berubah, dagu berubah, bibir pun dah jadi terjuih semacam. macam bibir baru kena sengat tebuan!!! serius ni. kalau ada yang masih tak nak mengaku, kjee cabarlah wartawan hiburan yang ada supaya keluarkan gambar2 asal penyanyi2 ini di sisi foto terbaru mereka. ada beran?
\kris dayanti dah mengaku...foto ulasanlagu.wordpress.com

mengaku jerlah. bukannya kena tangkap polis. bende ni bukan baru dik. di awal zaman 90-an dulu ramai dah buat. feature yang paling ketara ialah hidung mereka! ada satu penyanyi top lapan puluhan tu...isyhh tak payahlah sebuat nama dia. dia kawan baik dengan member kjee ni. kjee tanya member ni pasal hidung si polan tu. kata member kjee, tak baik tau. dia tahu hukum hakam agama pasal bende2 cam ni. she is god fearing (takut balasan tuhan). takkanlah dia buat.

hah yalah tu. cuba bandingkan gambar dia dulu masa mula2 jadi artis dengan sekarang. batang hidung dia punyalah tebal sampaikan kalau dia pandang depan, mata kiri tak nampaklah mata kanan.

kemudian kes seorang penyanyi yang dulu duduk amerika. sekarang dah menunggu tangga kat malaysia. asal dari negara tutttt. muka dia dan body dia punyalah banyak dibuat make over tau! setiap 6 bulan dia akan terbang ke amerika untuk tambah atau tokok mana yang terkurang. kalau dicucuk botox dan sebagainya, enam bulan sekali (kalau tak silap) kena top up. kalau tidak, tak tahulah nak cakap apa terjadi.

nak jadikan cerita...kira2 15 tahun lalu kot ketika kjee kerja sebuah akhbar nyamuk, kjee pun pergilah ke sidang akhbar dia di sebuah hotel di pj. mak oi masa tu, body dia solid molid walaupun dah setengah abad. masa nak balik, kami wartawan pun gatallah nak bergambar dengan dia.

kjee perhatikan jer body dia yang montok. 'spotlight' dia punyalah solid. kjee berdiri sebelah dia tumpang sekaki amik gambar. bila habis jer bergambar, kjee buat2lah tergesel spotlight dia. eh sorry tak sengaja, kata kjee. dia buat selamba jer. aduh keras giler. keras macam dinding!! ada ke orang pompuan usia dah setengah abad, spotlight leh keras cam tu!! kjee rasa dia tak rasa pun kjee terlanggar spotlight dia. orang kata kalau makeover spolight, dah tak der feeling lagi...dah tak der rasa apa pada bahagian tu. entahlah.

eh spot light? tahu tak spotlight tu apa? kalau tak tahu tanyalah siapa yang tahu.

dalam bab make over atau guna botox ni, kjee puji kris dayanti yang mengaku dia memang buat make over. memang dia guna botox untuk cantikkan wajah dia. hah kenapa kalau dia, seorang penyanyi top boleh mengaku, korang yang dah masuk zaman penyanyi hukum tembak, tak nak mengaku?

sahabat baik kjee, seorang pengarah drama beritahu kjee, dia bengang apabila satu stesyen tv asyik mintak dia ambil seornag pelakon pompuan ni untuk berlakon drama yang bakal dia arahkan.

"ala kjee, drama kita membabitkan banyak emosi muka, kena menangis. tapi muka dia dah banyak berubah. cucuk sana cucuk sini sampaikan dia dah tak boleh mengeluarkan airmata. mukanya menjadi tegang. macam mana nak bagi dia watak macam tu?" kata si pengarah tadi.

hmmm entahlah. nanti cakap banyak2 kena saman lak. i rest my case!!

11 comments:

  1. nak lawo ada duit buat le ape suka risiko tanggung le nanti....

    ReplyDelete
  2. malam tadi saya blur pasal penyanyi mana yang tak ngaku pakai botok tu..bila baca paper..baru tau..hahaha..punya la slow saya ni....

    entah lah kenapa manusia ni ni nak nafi kan dia pakan bendealah tu...pada hal dah terang lagi bersuluh..macam lah kita ni tak reti membaca...tak pergi sekolah...

    Adoiii!

    ReplyDelete
  3. Kak Jee... Kah kah kah... anie nak ketawa dulu... memang betullah... kadang naik menyampah dengan penyanyi yang tak mengaku pakai botox dan buat make over... ingat kita ni budak2 ke yang nak diorang tipu2... kita ni kan orang Malaysia... kita tengok diorang dari muka diorang tak berapa nak lawa dulu...hahaha

    Pasal yang spotlight keras macam dinding pun.. tak payah lah kita nak jeles ye kak jee... kita punya original lagik...heheheh

    ReplyDelete
  4. betul betul betul anie. walaupun dah tak solid molid tapi ori!!!

    ReplyDelete
  5. haha kak gee...jeng jeng jeng...dah agak dah sape orgnya...kelakar kekadang tengok artis yang lebih setengah abad tu...last week dia ada wat statement tau kak gee pasal makeover muke dia tu lah...majalah mana lupe plak...dia cakap pasal dia nape dia sentiasa nampak macam awet muda...dia bagilah petua yang dia dari kecik sentiasa ambil air sembahyang...nak berdekah ketawa bila baca...dia ingat org yg tengok ni buta yang dia tu cucuk sana sni...hehe

    ReplyDelete
  6. ha ha ha LOL..klakar tul statement k.gee nih!

    ReplyDelete
  7. kak jee...semua yg dah botox...muka musti keras kejung..kalo blakun kat tv rasa cam pelik jer...mereka nmpk lebih cantik sblm botox...
    tp versi amerika yg kak jee cakap tu..mmg pelik...over 50's mustahil macam tu kan...

    ReplyDelete
  8. sekarang dia dah almost 60 tahun tau. tengok penampilan dia. bodi dasat!!!

    ReplyDelete
  9. kjee, benda2 ni bukan jadi isu pada artis hukum tembak je, artis yg baru2 naik pon dh byk daaa....
    da sorg tu lg ketara. dulu mata sepet, muke bulat, idung pesek, pipi rata... skng ni dh kawin sume timbul, muke pon dh bujur... terbar tgk muka dia dh mcm muke mona fendi pulak... takut lg ada la

    ReplyDelete
  10. ada tu kan, macam dia tengah kolom (masukkan dalam mulut)bola golf atau bola ping pong kat kiri dan kanan. hehehe

    ReplyDelete
  11. bab ni sedap aku pun nak share, siDARA tu kalau tengoklah berubah gila, ala dia kawan dengan semua kakak aku(bahayah,hendon dan aloyah)selalu dtg rumah masa duduk wadi hana, begitu juga kak ani dan kak julie muka diorang bersepah kat wadi hana.tapi aku respect sikit kat julie sbb dia tak buat muka. yang lagi satu tu artis internasional memang sah2 lah complete makeover mukanya bukan botox je semua dia buat kalau tak masakan umur dah 60 tahun leher tegang mengalahkan budak umur 20tahun.

    ReplyDelete