Sunday, February 27, 2011

103. dulu baik tapi why now mulut longkang?

pancaindera utusan malaysia 27 februari 2011
kjee memang nak tulis sikit pasal artis ni. tak taulah samada nak letak dia dalam kategori apa sebab nak kata top taklah...terkenal hmmm atau mungkin boleh. terkenal sebab mulut 'longkang'. isyhh mulut longkang? hah itulah istilah yang banyak digunakan artis dan juga wartawan pasal mereka yang mulut cam bau longkang.

tetiba pagi ni masa baca pancaindera, utusan malaysia, kjee ternampak tulisan siti jarum pasal artis yang guna bahasa kesat. siti jarum ni memang seorang pengamal bahasa malaysia halus dan sopan. dia guna ayat paling elok tu...bahasa kesat. kalau kjee, takkan bagi can punya!

kjee rasa ramai dah dapat teka siapa artis yang naik hangin kat twitter sampai keluar macam2 ayat yang tak enak didengar. aduh kesian suami dia..kenapa lah tak larang isteri awak supaya jaga bahasa dia ataupun awak pun selalu dah kena. sebab itu dah 'ter'biasa. dah tak heran.

dulu...kalau tak silap tahun 1997. masa tu negara tengah gawat. kjee ibu tunggal dan tinggal di taman melawati (bukan rumah sekarang). kjee kongsi rumah tu dengan seorang adik angkat yang juga ibu tunggal.

satu malam, kira2 pukul 3 pagi, housemate kjee call kata suruh bagi masuk seorang penyanyi veteran ni ke dalam rumah. bagi artis tu guna bilik dia, kata housemate kjee. dia outstation masa tu dan biliknya memang tak pernah dikunci. kjee tanya kenapa? apa masalah penyanyi tu? kawan kjee kata dia kena 'lock out' dari rumah sewanya di bukit berhampiran kawasan rumah kjee. lock out tu bahasa halus, bahasa kasar, rumah dia kena kunci oleh tuan rumah sebab banyak bulan tak bayar sewa.

kjee pun kejutkan nadia. tunggu tercongok kat hall. kalau tunggu dalam bilik nanti tertidur balik tak dengar pulak orang panggil.  kira2 tiga jam kemudian, tetiba ada kereta sampai depan rumah, kjee jenguk kat tingkap dan penyanyi veteran tu turun kereta dan masuk rumah kjee bersama anak bujangnya dan anak angkat perempuannya yang sama usia ngan nadia.

kjee bukanlah nak citer pasal penyanyi veteran ni tapi pasal drebar kereta tu yang juga seorang penyanyi suam2 kuku yang popular dengan kontroversi. penyanyi itulah yang dimaksudkan kjee dalam entry ini. masa tu dia tengah hangat bercinta dengan anak bujang penyanyi veteran ni.

setelah adegan angkut mengangkut barang2 penyanyi veteran itu ke dalam rumah, kjee pun tidurlah. kira2 kul 10 pagi, penyanyi yang suam2 kuku ni datang. siap bawak bekfas untuk kekasih dan ibu serta adik kekasihnya. punyalah baik hati dia. dahlah memalam buta tolong pindahkan orang tu, bawak makanan lagi.

apapun, tak lama lepas itu, kecuh pasal penyanyi suam kuku ini. penyanyi veteran itu tak suka dia kawan dengan anak bujangnya. malah penyanyi veteran itu juga kata dia tak pernah jumpa penyanyi ini dan tak suka dikaitkan dengan anaknya! aduh kata hati kjee bila baca paper. habis siapa yang datang hantar dia malam tu?

sejak itu, kjee tabek springlah artis suam kuku ni. mana saja kjee jumpa dia, kjee salam dan puji dia kerana pada kjee dia seorang artis syang cukup baik budi pekerti. taklah macam penyanyi veteran tu yang nampak dia lemah lembut tapi busuk hati!

lama jugaklah kjee hormat penyanyi suam kuku ni. sampailah beberapa minggu lalu apabila kjee terbaca cerita dia sekarang dah bertukar channel. jadi mulut longkang! dulupun, kjee pun adalah tengok tv dia maki hamun pekerjanya yang tuduh dia tak bayar gaji dan macam2 lagi.

hilang sudah respect kjee pada penyanyi, dan kini adalah jugak berlakon, yang boleh ubah perangai sebab dia dah agak laku sekarang ni. dulu masa tak laku, adalah jugak dia call kjee kalau ada peluang dia nak berlakon. tapi bila kjee syorkan nama dia pada produser, rata2 mereka kata stesyen tak suka dia sebab banyak sangat kontroversi.

tapi setahun dua ni rezeki dia murah. ada tawaran berlakon dan jadi pengacara. alhamdullilah.

teringin sangat kjee nak tengok dia macam dulu2. seorang manusia yang baik budi pekerti dan low profile walaupun sering dilanda kontroversi.

cuma kjee harap dia tidak lupa zaman susah dia dulu. kalau kita mudah leka dan alpha, nanti allah swt akan tarik balik semua itu. jangan terlalu takbur. wallahualam!

14 comments:

  1. hmmm ... tak dapat agaklah siapa gerangan yang dimaksudkan ... bagilah gambaran lebih lagi Kak Jee ...

    ReplyDelete
  2. rasanya ada yang tau. kjee malehlah nak tulis nama dia.

    ReplyDelete
  3. kalau rajin baca cerita artis, rajin ikut forum tentang artis, tak yah bagi tau pun dah tau sapa dia.

    ReplyDelete
  4. twitternya sangat bisa k jee. terbaca kat blog sapa tah. very the kaw-kaw punya maki

    ReplyDelete
  5. saangat kenal dgn org yg dimaksudkan kak jee tu..;)

    ReplyDelete
  6. artis ni kalau bercakap suka sundal2 kan artis lain, dia tak sedar pakaian dan perangai dia lebih sundal dari artis lain.

    ReplyDelete
  7. penyanyi veteran = uji rashid
    penyanyi suam2 kuku = ifa raziah...
    betul tak...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. ifa raziah tu dh mulut longkang pulak..nk gnti azwan ali..hadoii...dato siti jugak yg tau menjaga peradaban dn ade budi bahasa..kecoh d laman2 web artis yg dia maki hamun pelakon sapura dgn pekataan kesat "hanjing, sudal.."smoga dia hendak berubah.sejak duam menjak ni bnk btol kontroversi dia, dri ratu cucuk, botok, mulut longkang dan begadoh sesama artis..

    ReplyDelete
  10. sy yang betul2 zero x tau apa2 pasal mulut longkang ke, mulut parit ke, dah bertambah tambah 'ilmu' ari ni...zumaira

    ReplyDelete
  11. kak jee..ada rancangan bual bicara yg host nye Dato Fadzilah Kamsah saya terkejut sangat dan malu sangat sangat bila artis ni cakap pasal payu dara..dato fadzilah macam nak sorok kepala dlm baju..saya tak tau la kat mana dia letak segala rasa malu dia ee takut nak bayang kan..shiela rusli pun antara ygnampak mulut mengerikan bila bercakap..sekali tu rancangan masak2 dgn zarina zainudin selambe je dia tanya pasal kontroversi zarina dulu eee macam nak mnjatuhkan maruah org..mulut laser camni memang ramai yg menghina isteri nabi pun ada..memalukan.

    ReplyDelete
  12. Awok rasa awok tau sapa tu ..artis veteran tu baru jer lepas wat show dalam Mentor bebaru nih kan..anak teruna dia pun dah kawin dgn org siam...

    ReplyDelete
  13. Roslan Jirin

    Aku hormat Effa kalaulah dia artis yang di maksudkan, cerit ni 3-4 tahun lepas bila mana kejadian motor aku pancit di tepi highway waktu malam jam 1 pagi di sekitar highway Pajam. Dari jam 12 tgh malam x de sapa yang sudi menolong, aku sangat terkejut tiba2 ada kereta berhenti dan tu Effa dan suaminya.

    Motor aku pancit dan di cadangkan aku ikat motor aku dengan belakang kereta dia, dia heret lah motor aku sampai ke RnR. Sampai sana dia siap belikan aku air dan sedikit makanan, sampai sekarang aku ingat jasa dia. X pe lah mungkin mulut dia longkang tapi aku tau hatinya baik, harap Effa kembali seperti dulu2. Amin.

    ReplyDelete