Monday, February 21, 2011

88. mesti ramai baru sedar kehebatan sudir!

MEREKA YANG TIDAK BERKESEMPATAN MENONTON DOKUMENTARI SUDIRMAN HAJI ARSHAD, SILA FOLLOW SCHEDULE INI DI HISTORY CHANNEL, 555 ASTRO.

22 FEBRUARY                  11 MALAM
23 FEBRUARY                  11 PAGI, 5PTG & 9 MLM
24 FEBRUARY                   4 PAGI & 3 PETANG
26 FEBRUARY                   12 TENGAH HARI
27 FEBRUARY                   10 PAGI
1 MARCH                           7 MALAM
11 MARCH                         11 MALAM
13 MARCH                         7 MALAM








atai, anak saudara arwah sudir


insaf betul tengok dokumentari arwah dato sudirman hj arshad tadi. tak sangka rupa2nya di depan mata kjee pernah lahir seorang bintang yang cukup hebat. tidak akan ada lagi sudirman,. tarafnya samalah macam allahyarham tan sri p ramlee yang tiada dua, tiada tiga.

kita hanya mengenal sudirman sebagai seorang penghibur tetapi kita tidak tahu bagaimana dia berusaha untuk sampai ke tahap yang begitu tinggi. bagi sudir, tempatnya hanya yang teratas...numero uno...nombor satu...tak mainlah tempat di nombor dua atau pun tiga.

deras airmata kjee mengalir tadi apabila melihat wajahnya ketika diumumkan sebagai pemenang pertandingan Asia's No1. wajah yang terkejut spontan mendengar pengumuman. walaupun sudir berusaha keras untuk memastikan dia muncul pemenang, dia tahu mereka yang bertanding dengan dia bukan calang2 orang. baik dari Hong Kong, Filipina atau Singapura!
gerard benedict

terkejut jugak kjee lihat anita sarawak turut menjadi salah seorang daripada calonnya. bak kata pengurusnya dharanee, kalau nak dibandingkan, peserta lain punya suara lebih hebat, juga ada yang punya corak persembahan yang cukup mendebarkan tetapi mereka tidak ada pakej seperti sudirman!

kjee menonton dokumentari itu ketika pelancarannya bersama2 saodah ismail dan  Mrs Beh Suat Peng, bekas bos EMI.  ketika itu. kata mrs beh, dia turut sama ke london untuk menyaksikan pertandingan itu. mula2nya ketika ke sana, tiada seorang pun dalam rombongan malaysia harapkan kemenangan sudir. mungkin sudir pun tahu dia hanya underdog.

tapi kata mrs beh, sebaik sahaja sudir muncul di pentas dan menyanyi, sorakan daripada penonton membuat mrs beh yakin sudir akan muncul pemenang. sebelum itu, rata2 penonton menyokong leslie cheung! sebaik sahaja habis persembahan, Albert Hall London bergema dengan tepukan dan sorakan buat sudir!!

dan saodah ismail pula beritahu, sudir amat kecewa apabila dia kembali ke tanahair tanpa ada sambutan buatnya. yang datang jemput dia hanya segelintir wartawan dan pegawai syarikat rekod dan syarikat pengurusannya.

"sudir kecewa sangat. aku tengok muka dia. sudir kemudian bagitau aku yang dia sedih kenapa tiada sambutan buat dia sepertimana wira sukan yang mendapat kejayaan di luar negara," kata saodah.

itulah. betul kata saodah. artis kita yang mendapat kejayaan di luar negara tidak penting di mata kita berbanding dengan ahli sukan. artis hanya akan disanjung selepas mereka tiada. masa itu segala penghargaan sia2 sahaja.

tapi sekarang ni kjee tengok ramai sangat artis yang dapat anugerah dato. kekadang kelakar jugak bila kita fikirkan apakah hebatnya sumbangan mereka sehingga diberikan anugerah sedemikian. mohon ampun sekiranya terlanjur kata..

setelah 19 tahun sudir meninggalkan kita barulah kita diinsafkan dengan kehebatan beliau. yang buat dokumentari itu pulak sebuah syarikat luar negara. penerbitnya, gerard benedict walaupun rakyat malaysia dan fasih berbahasa melayu, mengakui pada kjee yang dia sendiri tidak pernah mengenali mahupun menonton konsert sudir secara live sebelum ini.

tetapi sebagai seorang bekas wartawan penyiaran, gerard berusaha melakukan dengan halangan yang cukup banyak. dia mengakui masih ada kekurangan pada dokumentarinya itu. tetapi bagi kjee dan kjee yakin semua yang menontonnya tadi, penghasilan dokumentari itu telah melakar satu sejarah dalam industri hiburan tanah air.

mudah2an lebih ramai lagi karyawan seperti gerard dan datuk paduka shuhaimi baba, dapat menghasilkan dokumentari mengenai  seniman tanahair buat tatapan generasi akan datang.


kjee bersama mrs beh, saodah dan atai

14 comments:

  1. begitu hebat nya insan bernama SUDIRMAN HAJI ARSHAD....saya adalah peminat setia arwah sudir..ALFATIHAH...

    ReplyDelete
  2. lagi best kalau yang di 'interview' dari kalangan keluarga sendiri..lebih nampak lengkap dokumentari tersebut kan..

    ReplyDelete
  3. Tahniah K.Gee sedar tak sedar dah 88 post dlm blog nih sikit lagi 100!
    Al-Fatihah untuk penghibur uno Malaysia!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih banyak Kjee. Pandangan kjee memang accurate dan honest. Bagi kami.. bukan dokumentari ini yang kami hendak orang puji tetapi supaya kalangan penonton dan peminat lebih faham mengenai cabaran2 peribadi yg arwah Sudir menghadapi untuk menjadi penghibur No. 1 M'sia dan Asia.

    Seperti mana yang kak rudiah dah cakap dlm surat khabar baru2 ini, cukuplah bagi keluarga cakap pasal Sudir, biarlah orang luar puji arwah. Memang tepat pandangan itu.

    ReplyDelete
  5. terima kasih gerard kerana sedarkan kami yang sudirman harus diletakkan di tempat sepatutnya di persada seni tanahair. selepas 19 tahun ketiadaannya barulah kita semua membuka mata! mudah2an dokumentari anda itu akan dijadikan bahan rujukan bagi mereka yang perlu bahan kajian mengenai sudirman haji arshad!!

    ReplyDelete
  6. Setuju gan kjee..bagi yang tidak kenal siapa arwah Sudirman mereka dapt tambah pengetahuan dgn adanya dokumentari sprti ini...tahniah pada yg menjayakan program ini dan untuk kjee..muuacckkss !!

    ReplyDelete
  7. susah untuk mencari penghibur yang hebat dah bekerja keras seperti Sudiraman... kagum bila tengok dokumentari semalam macam mana sudir mengambil kira semua aspek penerbitan, baik rancangan tv atau konsert. Alangkah baiknya jika air Cola Sudi dan Sudir Shoppe masih ada lagi sekarang... sempat jugak minum air tu dan singgah ke kedai sudir dulu...

    ReplyDelete
  8. kadang kala terpikir juga, kenapa mereka dapat dato'. apakah sumbangan pada negara?

    adakah kerana berlakon lama seseorang tu sudah layak di dato' kan?

    ReplyDelete
  9. tiada kata yg dpt describe betapa hebatnye seorang yg bernama sudirman ini..teresak2 saya menangis semalam kak!! al fatihah wat allahyarham..

    ReplyDelete
  10. Tima kasih kjee bagi schedule sudir yg baru...kali ni x mo terlepas lagi!!!

    ReplyDelete
  11. Kjee...saya adalah peminat Allahyarham Sudir... pemergiannya telah membuatkan saya menangis tersedu-sedan ... sedih kerana dia pergi pada usia yang begitu muda dan masih banyak lagi impian dia yang belum tercapai...

    Al-Fatihah buat sudir yang tiada penggantinya...dia 1 dalam berjuta...

    ReplyDelete
  12. Begitulah Penghibur sejati, umpama lilin menerangi membakar diri.... Sudirman tiada dua, tiada tiga hanyalah kau saja....Bakat seninya tiada tandingan, jasa yang ditaburkan sukar untuk kita balas...Thanks Mr Gerard kerana Dokumentari ini telah membuka mata banyak pihak tentang kehebatan Sudirman sebagai Penghibur yang tiada galang gantinya...Al-Fatihah buat Arwah Sudirman

    ReplyDelete
  13. baru semalam sy tgk, dah terasa sebak sepanjang program, sy spt peminat aruah yang lain, membesar dengan lagu2 dia, even masih ingat lagi sebahagian dari lirik2 lagu2 dia, ...sy plak terasa mcm tak puas hati dan kesal dengan kembalinya dia ke rahmatullah...masih terasa kehilangan dia w/pun dah 19thn berlalu...kalau dengar lagu2 dia di radio atau di tv mesti sebak dan menangis...esp kalau drive sorang2...w/pun ada cd aruah dlm kereta, sy jarang mainkan...

    apa2pun Allah maha mengetahui.

    Al-fatihah...moga rohnya bersemadi dengan aman disana..Amin.

    ReplyDelete
  14. pertama kali terjumpa blog ni...

    ReplyDelete