Sunday, February 20, 2011

86. aku dan yassin

foto: sebex-narzedzia.pl
masa kjee terima offer jadi pengurus produksi (PM) drama AKU KAYA yang dibuat dalam bentuk vcd, kjee sebenarnya dah lama tak jadi PM. PM maksudnya Production Manager. ada yang nakal, kalau PM tu perangai cam siot, dicarutkan dia orang guna singkatan PM tu. hehehe.

Tapi oleh kerana pernah sekali kerja dengan pengarah M Murali (berlakon untuk drama cyber pot pet dot com), kjee pun terimalah offer Murali. tak tahulah samada selama ini dia pernah dengar camner kerja kjee. selalu sebelum pengarah amik seseorang PM tu, dia orang siasat dulu latar belakang PM tersebut. wallahualam.

dan apabila kjee dengar pelakon utamanya Yassin, kjee pening jugaklah. kira2 setahun sebelum itu, kjee bertugas sebagai wartawan dan pernah interviu dia. masa tu hebuh kes dia terbabit dalam dadah. yassin tak mengaku masa kjee jumpa dia dulu. so kjee tulislah cerita dia. rupanya dia kelentong kjee. tak lama selepas itu dia ditangkap. sepandai2 aku kena jugak tipu ngan budak tu, kata hati kjee. tak kisahlah.

lakonan dia dalam Aku Kaya adalah yang pertama setelah dia lama tidak bekerja kerana masalah kena tangkap itu. tapi ramai jugak yang kesian dan nak tolong dia. kjee dan murali turut berdoa agar dia bagi dirinya peluang kedua.

foto mediateam
bagi kjee yassin adalah seorang anak seni yang cukup berbakat. lakonannya selamba. malah, dialah yang menjadi 'cahaya' satu ketika dulu kepada kumpulan senario yang populariti  mereka mula suram. kjee tak pernah kenal yassin secara dekat. kjee memang minat dia. pertemuan pertama ialah  ketika kjee interviu dia tu dan kedua ketika di set Aku Kaya.

kami mula shooting di Johor Baru. oleh kerana kjee kurang mahir dengan lokasi johor, produser telah melantik seorang pembantu buat mencari lokasi di sana. ringanlah sikit beban kjee kan.

adegan pertama shooting, kjee tiada di set. banyak tugas2 lain seorang PM di luar set seperti memastikan segala2 hal berkaitan produksi seperti penginapan, makan dan juga barang2 keperluan shooting disediakan. habis semua itu, kjee barulah jenguk ke set.

sampai di set, murali panggil kjee. dia minta kjee guna kebijaksanaan kjee settlekan masalah yang dihadapi pelakon utamanya? yassin ker tanya kjee?. berkerut dahi kjee. kata murali, hanya badan yassin ada disitu, fikirannya seolah2 melayang jauh. aduh kenapa pulak, kata hati kecil kjee.

kjee masuk ke rumah kampung (rumah set tiga bujang tu), dan jumpa yassin duduk seorang diri di dapur. dia tengah minum kopi. kjee tarik kerusi dan tuang secawan kopi untuk kjee. kjee pandang yassin. dia tunduk jer tanpa pedulikan kjee. kjee risau fikir camner nak mula.

foto vidrec.com
akhirnya, kjee bukak mulut dan tanya dia samada dia ada masalah dengan sesiapa dalam produksi itu. dia geleng2 jer. barulah kjee tahu yang yassin ni seorang yang cukup pendiam. cakap sepatah jawab sepatah. dia tak kecuh macam dalam lakonannya. aduh...camner nak handle budak ni hah?

akhirnya, kjee pandang dia dan letak diri kjee dalam situasi dia. kjee cakap dengan nada yang cukup perlahan. kjee kata, kjee faham perasaan dia. kjee tahu yang dia rasa amat rendah diri kerana masalah kena tangkap dulu tu. kjee pun beritahulah dia yang sekiranya orang mahu hukum dia, mereka boleh buat demikian. malah produser drama itu pun boleh amik ornag lain. tapi mereka sayang bakat besar yang ada pada dirinya itu. mereka tidak mahu bakat yassin terkubur dengan masalah dirinya.

seperti biasalah, kalau kjee cakap macam tu, air mata kjee mula mengalir. yassin kjee pandang sama seperti seorang anak yang memerlukan kasih sayang seorang ibu. kjee pegang tangannya lembut. dia pandang kjee. air mata dia pun bergenang. kemudian dia senyum. lap air matanya, ramas tangan kjee dan terus bangun.

malam itu, murali panggil kjee. dia kata apa yang kjee dah 'hembuskan' kat yassin? kenapa kjee tanya? murali senyum kata yassin dah okay. lakonan dia dah ada feel.

itulah pengalaman kjee dengan yassin. sampai sekarang kjee tak pernah jumpa yassin lagi. cerita yassin pun dah senyap. entah apa agaknya yang dilakukan sekarang. atau apakah kjee dah ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan terbarunya?

jagalah diri baik baik ye dik.



foto: arkibnegara.blogspot

7 comments:

  1. ..alahai..niat di hati mmg nk tgk td..tp lepas lunch & zohor..terus terlentuk dpn tv...husband slalu kate sofa dpn tv tu mmg'berhantu'..letak badan je..mmg terlelap..

    ReplyDelete
  2. salam kak jee..saya pun minat sgt yassin nih..masa senario dulu dia la yg plg top kan kak!! tp tu ler hidup ini x selalunye cerahkan..rasa sedih gak sbb bakat yg ada pd dier tak dapat dikembang kan lg! manalaa pegi si yassin ni sekrg??

    ReplyDelete
  3. memang masa "down" sokongan moral is the best remedies...

    ReplyDelete
  4. kjee budak yasin ni dari dulu lakonan dia selamber je ....buat dek macam bukan berlakon pada hal dia berlakon...norasmah

    ReplyDelete
  5. sy suka sangat dia ni. dulu tengok senario sebab ada yassin jer. sayang bakat hilang macam tu saja.

    ReplyDelete
  6. Yassin msh lagi trlibat dgn gejala dadah....thn lps ada kena tangkap kluar kt Melodi. Pastu dia snyap sb ada buat bisnes sndiri, jual naja klau x silap saya....

    ReplyDelete