Monday, February 7, 2011

50. aku, unclepali dan nadia

kjee rasalah anak yang paling popular kat facebook ialah anak kjee, nadia. begitu juga unclepali, suami yang paling popular di facebook. mana tidaknya. hari2 dia orang enter frame kat wall facebook kjee ataupun di blog kjee. pernah gak nadia kata, tak payahlah asyik sebut nama dia jer. macamlah dia hebat sangat. begitu juga sungutan unclepali.

hari ni kjee terkejut baca satu komen seorang ibu di wall kjee anaknya tak takut dia. seorang lagi ibu semalam kata anak2 bujang dia hanya buat hal sendiri. langsung tak nak tolong dia kat rumah. balik kerja walaupun keletihan, terpaksa kemas dan buat apa sahaja kerja sebelum dapat rehat.

dalam bab ini kjee memang seorang ibu dan isteri yang sangat2 bertuah. kjee bersyukur ke hadrat allah swt kerana hidup ini sentiasa dibantu unclepali dan nadia. they are really God sent. mereka adalah anugerah yang tidak ternilai buat kjee di dunia ini. kalaulah diberi pilihan lain, kjee tetap mahu hidup bersama unclepali dan nadia walaupun kehidupan kami tidaklah semewah mana.

kjee cukup2 dimanjakan dan dibelai dengan penuh kasih dan sayang. mungkin semua tidak percaya bila kjee kata, kjee hanya perlu bukak mulut sebut mahu apa, kedua2nya akan terus bangun dan mendapatkannya. masa kjee mula2 sakit dulu kedua2nya bagai hilang punca. kjee boleh merasakan ketakutan dan kebimbangan mereka.

ada kalanya kjee rasa bersalah sangat. apabila sudah sakit dan tidak berupaya untuk bergerak secara bebas di dalam rumah, semua perlakuan terbatas. ada ketika nak cuci sebiji cawan pun tangan kjee tak mampu lakukannya. syukur alhamdullilah kini sudha hampir dua tahun. kjee tidak pernah mendengar unclepali atau nadia merungut atau mengeluh. kjee boleh 'baca' melalui body language mereka...tangan mereka sentiasa ringan untuk menghulurkan bantuan. sebak betul kjee. banyak kali kjee menitiskan airmata mengenangkan kebaikan dua insan, anugerah allah swt kepada kjee ini.

setiap malam sebelum tidur, kjee memohon kemaafan kepada unclepali sekiranya kjee tersilap kata. maklumlah bila kita sakit, tanpa sedar ada saja yang terkeluar dari mulut yang sukar kita kawal. kata2 yang terbit dari mulut unclepali setiap kali kjee memohon ampun adalah "tak payahlah mintak ampun. awak tak der buat salah apapun kat saya!"

kjee mengaku kjee pun banyak bersalah pada nadia. kjee ni perfectionist. apa yang dilakukan mesti sempurna. buat sesuatu mesti ikut akal. dan sebagai anak yang masih mentah, nadia selalu buat kerja ikut suka. selalu kena marah dengan kjee. kjee lakukan itu sebab mahu dia jadikan ia suatu tabiat. alah bisa tegal biasa.

kjee bukanlah riak mendabek dada memberitahu semua yang nadia bukan sahaja seorang anak yang taat tetapi seorang anak yang cukup sabar. belum pernah kjee jumpa seorang anak remaja sesabar nadia. walaupun kekadang, dia juga punya kemahuan tetapi segala2nya diketepikan demi kjee.

semua mahu tahu bagaimana cara kjee mendidik dia sehinggakan dia menjadi seorang anak yang 'dengar kata'. kjee tak tahu apa yang telah kjee lakukan sehingga nadia jadi begitu. mungkin nadia telah melihat dan mendengar segala keperitan yang kjee lalui dalam hidup.

antara kami tiada rahsia. kekadang agak pelik jugak. apa yang terlintas dalam kepala kjee, turut terlintas dalam fikiran dia. selalunya buka sahaja mulut, dia akan kata, mama boleh baca apa yang nadia fikirkan ker? begitu juga sebaliknya. misalnya, kalau kjee teringin hendak makan sesuatu, baru hendak bukak mulut, dia akan sebut dulu. orang putih kata telepathy. betul ke tidak, wallahualam.

the moral of the story, jadikanlah anak kita teman rapat kita. jangan sesekali wujudkan jurang antara ibu dan anak. zaman sekarang sudah berubah. libatkan diri dalam setiap apa yang mereka lakukan. memanglah ramai anak2 sekarang tidak suka ibu mereka 'campur tangan dalam urusan mereka'. tetapi seandainya dari kecil, kita dah jadi kawan mereka, mereka lebih sukar berterus terang dengan kita. mereka lebih suka berkongsi cerita boyfriend atau girlfriend mereka dengan kita.

nadia memang tiada masalah dengan boyfriend kerana setakat ini belum ada yang istimewa di hatinya. dia pernah beritahu ada seorang temannya (lelaki) yang jauh lebih muda daripadanya ada hati dengan dia. sambil ketawa berdekah2, dia kata dia perlu seorang teman yang boleh sama2 kongsi masalah dan bertukar-tukar fikiran. bukan 'seorang adik yang suka merengek'. dan apabila melihat budak2 sekarang (lelaki) yang bebas, rambut tercanak, hisap rokok guna duit mak bapak, nadia selalu kata :"tak naklah. setakat ni nadia rela tak de pak we daripada dapat budak2 cam tu,"

bagi mereka yang nak tahu apa ilmu yang kjee gunakan untuk tawan hati unclepali, terus terang kjee kata semuanya datang secara semulajadi. kjee hormat unclepali sebagai seorang suami walaupun jurang usia kami agak jauh.kalau kita jaga tertib, taat dan jaga makan minum dia dengan sempurna, insya allah kasih sayang dia pada kita tidak akan berbelah bagi.

harap entry ini tidak 'melemaskan' semua. kekadang kita harus luahkan apa yang terpendam. dan kjee rasa sungguh lega, apa yang kjee rasa terhadap unclepali dan nadia telah kjee luahkan.

kjee memohon doa agar kjee diberi peluang untuk terus bersama mereka untuk jangkamasa yang lebih lama. banyak lagi yang perlu kjee lakukan untuk membalas budi dua insan yang cukup istimewa ini. insya allah.

17 comments:

  1. Mohamad Salleh OthmanFebruary 7, 2011 at 1:02 AM

    Amin...

    ReplyDelete
  2. amin..kjee...untung kjee di anugerahkan seorg suami dan anak yg baik...bersyukur sangat2kan kjee....terharu juga saya baca n3 ni...apa2 pun saya pun patut bersyukur sbb dpt suami yg dari saya kawin...dah 14 thn x penah kena pukul atau marah2 x tentu arah...klu saya buat salah...suami tegur dgn cara yg baik...bersyukur sangat2...
    hanie zubir..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Hidup K.Jee di permudahkan Allah ..

    ReplyDelete
  4. Amin. Tak melemaskan la Kjee..it's good to be able to share your thoughts here....moga segala urusan Kjee sekeluarga dipermudahkan Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Amin... So sweet famly...

    ReplyDelete
  6. amin...syukur sgt2, kasih sayang unclepali dan nadia x pernah pudar wlau kjee penah sakit,malah ttp melayan kjee bak seorang puteri..mereka adalah anugerah buat kjee...

    ReplyDelete
  7. insya allah kita semua boleh dapat suami sebaik unclepali dan anak sebaik nadia. kita kena betulkan diri kita dulu. kalau kita baik, insya allah, mereka juga akan follow.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kak gee.......Allah sentiasa melindungi mu

    ReplyDelete
  9. kjee sekali lagi tulisan kjee mengundang air mata ...mungkin kita ada persamaan suami dan satu anak..anak nor walaupun dah berumahtangga dan lelaki tapi masih seperti dulu caring dan rajin suami takusah cakap cukup sempurna dan baik ...muga allah memberkati mereka berdua ...dan doa untuk kjee uncle n nadia juga

    ReplyDelete
  10. Amin..saya pun mgharapkan insan2 seperti unclepali n anak sprti nadia..kjee beruntung..saya doakan kebhagian kjee sekeluarga brpanjangan hingga ke nafas yg terakhir..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.... dear Kjee. I shed my tears when I read this entry of yours. It is really touching and genuine. It is full of sincerity and passion. Kak, memang betol apa yang akak katakan. Anak ni kita perlu treat dia seperti seorg teman yang paling rapat, berkongsi cerita, idea, masalah dan pengalaman bersama. I started to have heart to heart talk with my girl since she was 1 year old. Alhamdulillah kak, sampai ke hari ini, balik jer dari sekolah tak henti2 dia bercerita pasal hal2 dia dan kawan2. Lebih menyayat hati bila dia selalu mention to me, "Mummy, whenever I am around you I feel as if there are 1 million best friends surrounded me". Mona jua seperti akak bersyukur sesangat dikurniakan seorg anak yang juga seorg teman yang setia sepanjang 12 tahun kebelakangan ini. Mona doakan, semoga akak, uncle dan Nadia akan terus dilimpahkan rahmat kasih sayang Allah SWT hendaknya. Amiin....

    ReplyDelete
  12. amin amin amin. thnx mona. your sincere comment also moved me to tears...
    i was a deprived chilld..deprived of all the love and attention. i promised myself nadia will get all my love and attention...
    berbaloi2 rupanya. 2moro she'll be 23, i will never regret an inch for going through that terrible labour givin birth to her...it nearly cost my own life!!! follow your instincts bringing up your princess. insya allah god will be with you.

    ReplyDelete
  13. what a beautiful writing from a beautiful person! beruntung you all have each other. mcm kata whitney housetan (betul ke spelling tu?) 'love is what makes the world goes around'. dgn kasih sayang, segala susah ditanggung bersama. saya doakan kjee panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan sentiasa ceria menemani kami pengunjung2 setia blog kjee!Zumaira

    ReplyDelete
  14. kjee, mleleh air mata baca artikel kjee, sy teringin jd mcm nadia dan sy teringin punya ibu mcm kjee namun sy xdpt semua tu, ibu yang mampu bertolak ansur dgn anak anak bukan memaksa anak anak mematuhi permintaan dan perintah tanpa memikirkan kemampuan dan keinginan anak anak

    ReplyDelete
  15. salam perkenalan k.jee..saya dtg polo....

    ReplyDelete
  16. kjee adalah seorang wanita yg paling beruntung dikurniakan pasangan hidup yang mencurahkan kasih sayang tulus ikhlas dan setia pd kjee.
    tidak seperti saya yg bersuamikan lelaki curang lebuh memedihkan dgn budak uia degree in eng and literature berusia separuh dr usia saya dan cuma tua 3 tahun dr anak gadis saya. kjee memang bertuah,semoga bahagia selalu. lb

    ReplyDelete
  17. 1-Kjee, w/pun post ni da lama, tp isinya bole d jadikan teladan sepanjang zaman. Siapa x nk anak yang mendengar kate dan sayangkan ibunya. Semua nk..tp balik2 pada didikan ibu bapa dan bagaimana layanan terhadap anak.
    2-Saya stuju dgn ape yg kjee kate, sebelum tidur minx maaf dgn suami wlpn x buat silap dan jaga tanggungjwb kita sbgai isteri. Insya Allah suami saya juga seorang yg sgt caring, loving, supportive n really God sent. Saya sgt bersyukur di dtgkan dia buat saya. Semoga keluaga kita semua d beri kebahagian hingga ke akhir hayat bersama inisan tersayang.. amin.. (^,^)

    ReplyDelete