Wednesday, February 16, 2011

73. pantang nenek moyang orang seni...

hah silap haribulan lupa dailog, eirma tembak cam ni! hehehe
semua pelakon ada pantang larang kalau berlakon. baik yang baru mahupun yang dah masuk dalam kategori hukum tembak macam kjee. ah bukan pelakon jer, pengarah pun sama.

kjee dah lupa siapa pengarah ni tapi kalau dia mengarah, jangan ada sesiapa berani makan kuaci! sebab bagi dia kalau makan kuaci nanti cuaca yang elok, terus jadi mendung dan turunlah hujan. kan orang2 produksi cukup takut kalau hujan. hujan bermakna penggambaran akan tertunda. tertunda makna kos meningkat.

makan kuaci panggil hujan? eh bagus gak kan...sekarang musim panas. jom kita pakat ramai2 makan kuaci! janganlah pulak makan satu lori atau satu kontena. nanti banjir lak. hehehe

anyway, berbalik kepada pantang larang anak2 seni. kjee paling pantang kalau berlakon dengan budak2 yang baru sekali dua berlakon. bukanlah kjee dengki sebab dia orang tu muda dan lawa. dia orang ni menyusahkan pelakon lain tau!!! kalau sebab nak ucap satu line dailog, ulang sampai 14 hingga 15 take, tak ke maut kita menunggu?

kalau dah nak panggil diri awak pelakon, sebelum datang ke set, buatlah homework. bacalah dailog, fahamlah cerita. ini tidak. sampai je di set, terkebil2 macam cicak berak kapur. orang lain yang dah buat persiapan, jenuh menunggu. korang ingat senang ke nak berlakon apabila dikeliling lampu2 yang ntah berapa watt banyaknya. berpeluh2 atas bawah!!!

bukan jer pelakon lain tak der mood. pengarah pun yang mulanya datang dengan senyum, terus jadi singa. ada jer tak kena. semuanya kerana budak sekor ni yang tak reti2 nak buat persiapan!

pernah sekali kjee jadi pengurus produksi kepada seorang pengarah cina dari Hong Kong. Produksinya milik orang malaysia. tak taulah kjee kenapa pengarahnya orang cina Hong Kong. masa production meeting, kjee dah rasa tak selesa sebab dia langsung tak faham bahasa melayu. camner nak arah drama melayu.

rupa2nya dia ada jurubahasa. seorang budak cina orang malaysia yang sikit lebih kurang faham bahasa melayu. tapi itu bukan persoalannya. pengarah ni, kalau tak silap kjee nama dia Paul.  setiap hari paul pastikan kalau kjee nak sediakan pelakon tambahan atau extras, dia mahu yang biasa berlakon.
pengarah norliza ismail ketika shooting filem hantu bukit cina

mulanya kjee menyampah gak dengan permintaan dia. kalau amik pelakon yang dah biasa berlakon untuk watak extra atau pelakon tambahan, tak ke mahal kos. biasanya kjee cekup je sesapa yang lalu lalang kawasan shooting untuk jadi extras.

apabila dah kerja dengan Paul barulah kjee faham. Paul tak nak buang masa! lokasi penggambaran bukan tempat untuk belajar berlakon!!! korang tanyalah eirma fatima, norliza ismail atau rashid sibir ker, angin tak dia orang kalau pelakon extra asyik terkebil2 masa orang tengah sibuk nak kejar masa!!

dulu masa kjee berlakon satu drama rtm hitam putih, kjee ada pengalaman cukup pahit dengan budak ni. dia dipilih berlakon kali pertama. kjee masa tu bawak watak utama (ewah leading ko). dia jadi adik kjee. masa latihan, dia buat selamba jer. orang tegur dia buat tak tahu. mentang2lah dia cantik.

masa shooting dia mula buat hal. kejap2 lupa dailog. zaman berlakon drama rtm, tak der sapa pun boleh kata lupa dailog. itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima bukan sahaja oleh pengarah (rtm panggil penerbit) tapi semua yang terlibat. kjee naik angin. bukan setakat naik angin tapi naik hantu. hehehe itulah agaknya kali terakhir dia berlakon. tak pernah jumpa dia lagi selepas itu.

azean irdawati dan maya karin. foto www.mayakarin.fc.blogspot
dalam ramai2 pelakon yang kjee temui dalam industri ini, kjee rasa yang cukup berdisiplin dan datang siap sedia sepenuhnya macam orang hendak pergi perang ialah azean irdawati. dia ni memang hebat!! hebat tahap gaban!! cerewet dia pun tahap gaban. memang tidak ramai dapat menyesuaikan diri dengan kerenahnya. tetapi persiapannya first class.

azean datang ke set siap dengan dailog yang lancar dan segala perhiasan dirinya dari baju, kasut aksessories dan segala keperluan diri yang sepatutnya. ada kala mekap pun dia buat sendiri sebab dia memang cerewet mengenai penampilannya.

kerana itu, azean boleh demand . produser tahu kalau ambil azean memang berbaloi walaupun pekerja produksi tak terkejarlah kerenah dia ni! dan kalau azean boleh buat camtu, dia jugak harap semua yang berlakon dengan dia datang dengan persiapan yang sempurna. kalau tidak, awas...nanti kena sembur api macam dragon naik angin!!

so kalau korang nak jadi pelakon, siap sedialah. jangan ingat muka korang lawa, bodi seksi adalah tiket atau pasport agung untuk jadi pelakon terkenal. kalau dengan muka cantik dan bodi seksi, ada gak produksi yang suka...produksi yang buat blue filem!! hah itu tak payah nak hafal dialog. ya ampun!!!

3 comments:

  1. jee budak2 sekarang yang nak jadi artis bukan kira baB2 tu semua, diorang berlakon sbb nak cari boyren kaya supaya boleh shopping barang2 branded(boleh dikatakan kalau ada 10 yang nak jadi artis 1 orang je yang betul2 berhempas pulas jaga disiplin dan segal2nya, yang lain hancur sbb niat tak betul).

    ReplyDelete
  2. betul tu shidah. aku setuju sangat. harapkan muka jer lawo...perangai dan attitude hancus!!!!!

    ReplyDelete