Saturday, February 19, 2011

83. Mi Siam orang jawa buat



hujung minggu ni sedap kalau makan mi siam. nama jer mi siam tapi sebenarnya mihun goreng. mihun ni adalah favourite kjee sekeluarga. tapi kalau buat kena cepat2 habiskan kalau simpan lama2 boleh basi. kjee tak tahulah kenapa. mungkin sebab bubuh taugeh.

ada orang makan mi siam dengan kuah. tapi resipi ini turun temurun dari arwah mak. dia tak pernah makan dengan kuah. kekadang bila kjee rajin, kjee buatlah kuah. tak susah. apabila perencah tu siap ditumis, keluarkan sikit, bubuh air asam jawa dan sedikit gula dan air. jadilah kuah. itu kuah versi kjee. tak tahu kalau korang ada versi lain buat kuah dia.

bila kjee tulis resipi ini, kjee teringat kata2 anwardi jamil (anak jamil sulong) masa kjee bagi resipi bunga cina di FB kjee ari tu.. kenapa mesti bubuh cina...tak leh ke bubuh bunga melayu. yang ni pun didi mesti kata kenapa guna siam, org melayu tak der ker?

apapun, mi siam ni favourite arwah bonda, anak2 dan cucu beliau. tq mum for the recipe. kjee diajar bonda buat telor dadar bodoh nipis2 dan hiris halus2 dan tabur sebagai hiasan. sedap tau. lagi satu, bonda punya recipe adalah jenis kering. jangan pulak nanti ada tanya kenapa tak der kuah.

BAHAN2NYA:
½ peket mihun beras
sedikit daging (rebus dan potong kecik2)
udang (suka hatilah nak letak banyak mana)
cili kering (ikut suka kepedasan)
2 biji bawang besar yg tak berapa besar
4 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering (dicuci & toskan)
1 sudu besar tauchu
3 tangkai sawi (dipotong seinci setengah)
dua genggam taugeh
minyak untuk menumis
limau kasturi
daun sop/daun bawang/bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:
Mihun direndam. buatlah telor dadar bodoh dan hiris halus. tepikan. kisar bawang, bawang putih, cili kering (yg telah direndam), udang kering dan tauchu dengan sedikit air hingga halus. kemudian panaskan minyak untuk menumis. bila sudah panas, masukkan bahan tumisan. tumis sampai garing. kalau guna daging rebus, masukkan ketika sudah garing. kalau tidak, masukkan dari awal. bila sudah garing, masukkan udang basah dan sawi dan besarkan api. goreng pantas dan masukkan mihun dan sedikit air. perlahankan api dan kacau sekerap mungkin sehingga mihun masak. kemudian baru masukkan tauge dan gaul sampai rata selama 1 atau dua minit sehingga taugeh setengah masak. jangan masak sangat taugeh..ala2 rangup jer. pastu rasalah. kalau kurang masin, tambahlah sos ikan atau garam. hati2 kerana udang kering dan tauchu sudah cukup masinnya. hidangkan dengan menabur daun sop/daun bawang/bawang goreng serta telor dadar. juga perahkan sedikit limau kasturi.
kalau nak buat kuahnya, kjee buat begini. semasa menumis tadi, bila ia sudah jadi garing, kjee keluarkan sedikit. kjee bubuh sedikit gula dan air asam jawa dan masak berasingan. bila nak hidang, curahkan keatas mihun tadi. selamat mencuba.

(oh yer lupa lak nak bagitau. kjee kekadang ...bila time rajin...buat rencah mi siam ni banyak2.  keluarkan dan simpan dalam botol, iaitu setelah sejuk, dalam peti ais. bila tiba hari maleh tapi teringin lak nak makan, keluarkan dan tumis guna sedikit minyak pastu tak letak dulu daging or udang. sambunglah memasak mihun siam. faham ker. berbelit2 sikit tapi buat2 faham jer lah. hehehe)

13 comments:

  1. ya saya faham,,,hihihi

    ReplyDelete
  2. kalau versi mak aku tak pakai sawi tapi pakai kucai dan kuah pulak yang lain semua sama cuma dibubuh kacang tanah yang ditumbuk kasar2 dlm kuah tu.(kalau tak ada kuah pun tak apa). aku rasa mak aku ikut cara orang singapore sbb didilahirkan disana.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap tuh, saya tak tahu nape kalau goreng mee jadi kering je lepas sejuk..nanti nk cube resepi kjee lah :-))

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. Mee siam nampak sedap. Pinggan dia pun meletop! Tentu amat menyelerakan bila makan.

    Nice recipe;-)

    ReplyDelete
  9. salam kjee,sedap banget mee siam kjee,dulu2 masa kecik2 selalu mkn mee siam ni kat sekolah [di Perelih nun]dihidangkan dgn kuah kacang yg cair dan manis-tukang masaknye org Pdg Besar,so kalau mak teh buat mee siam mesti kena ada kuah kacang tu,cuba kjee cuba,best,terangkat beb,salam

    ReplyDelete
  10. mi siam mmg sedap... pernah makan dulu sewaktu adanya arwah maklong... arwah selalu masak mi siam... rindu dgn masakan arwah... oh ya... sya pernah makan di gerai kjee di taman melawati...

    ReplyDelete
  11. Sama mcm mee hoon ka?sory saya baru belajae

    ReplyDelete