Thursday, February 10, 2011

60. reunion frens lama yang akrab dengan arwah sudirman

kjee menitiskan airmata apabila bertemu kengkawan lama yang begitu rapat dengan arwah sudir di media launch dokumentari mengenai Sudirman yang bakal disiarkan di History channel astro pada 20 Februari ini. antaranya Dharanee (pengurusnya), JoAnne (penari latar), jack nadarajah (penerbit RTM),  mrs beh suat peng (bos EMI) serta sahabat karib kjee saodah ismail dan asraf dahari yang menjadi jurufoto peribadi sudir.

tidak ketinggalan juga atai, anak saudara sudir yang dulu seakan bayang2 sudirman serta kakak allahyarham Datin Rudiah Arshad.

jangan lupa saksikan dokumentari ini yang akan disiarkan buat pertama kalinya pada 20/2 diikuti dengan beberapa lagi siri ulang tayangnya.

banyak yang kita tidak tahu mengenai sudir, akan kita ketahui apabila menontonnya. sebak, terharu dan gembira. itulah reaksi kjee tadi sewaktu ditayangkan dokumentari itu kepada media. kegigihan seorang anak seni yang tidak pernah puas dengan segala apa yang dicapainya. rumahtangganya mengalami kehancuran disebabkan terlalu keras bekerja siang dan malam. dan akhirnya, turut juga menganggu kesihatannya sehingga membawa kepada pemergiannya.

tahniah GERARD BENEDICT yang kjee pasti semua masih ingat. beliau pernah menjadi penyampai berita inggeris di TV3 satu ketika dulu. usahanya menjejaki mereka yang terbaik dan rapat dengan sudir harus diberi pujian. beliau mengaku tidak pernah mengenali sudirman...juga tidak pernah menonton sebarang show sudir. tetapi dia terpanggil membuat dokumentari ini kerana menyedari betapa hebatnya seorang penghibur versatile bernama sudirman haji arshad.

malangnya, kata gerald, dia tidak cuba mendapatkan klip video interview bersama sudir ketika hayat allahyarham tetapi gagal. puas mencari di arkib2 tv di negara ini, akhirnya gerald terpaksa hidang apa sahaja yang ada.



gerard benedict bersama othman hafsham

datin rudiah, kakak sudirman

atai anak sedara sudir

atai dengar cerita kjee pasal arwah cokman dia
hadirin dihiburkan oleh Tilu

bersama ibu dan ayah Tilu

joanne penari latar sudir
asraf jurugambar fav sudir. dan oda, wartawan fav sudir




atai bersama anak yang tidak sempat kenali sudirman
dharanee sudirman's former manager. kelihatan juga isteri dia yang manis, Pat.
                                                               
mereka yang terbabit dalam dokumentari sudir
                                            

5 comments:

  1. Too bad I tak dapat menonton the documentary.Sudirman was and still is my fav.

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat berkumpul bersama2 teman rapat Arwah Abang Sudir, sayangnya semalam saya tak berkesempatan berjumpa sama...I hope 19hb ni dapatlah berjumpa di Lucky Garden Bangsar...

    ReplyDelete
  3. terkenang masa dolu2 jumpa arwah dilucky plaza singapore, tersengih2 aku lambai dia kat tingkat 3 dan yang bestnya sambil tersenyum lebar dia lambai2 balik kat aku.

    ReplyDelete
  4. saya tak pernah nonton 'life show' allahyarham, atau simpan seleksi lagu2nya, tapi memang cukup bangga dan hormat akan insan sepertinya. mudah2an ada 'mutiara' bakal menggantinya..zumaira

    ReplyDelete
  5. memang sentiasa meminati sudir dan lagu2nya... takde pengganti lagi pada saya. Masa my early 20, kerja kena buat survey,di flat cheras. Ternampak sudir, tp at that time tak tau atau lebih tept tak terfikir itu dia. Kelihatan terlalu kecik, tapi memberikan senyuman yang lebar pd kami. Lepas berlalu dr rumah tu br terfikir.."eh itu kan sudirman yg senyum kat kita tu?" . So kami btanya pd seorg budak dan dia confirmkan. tp kami malu pulak nak gi kacau masa tu. Dan...masa tu sememangnya sudir tgh sakit. Kalau x silap few months later kot sudir 'pergi'. Terasa ruginya sangat sbb tak 'buat tak malu' masa tu. Tp Allah lebih menyayangi nya kan...alfatihah.

    ReplyDelete