Thursday, February 24, 2011

95. hari ini DDDKJ berusia sebulan!

nak nyanyi lagu hepi besday tak leh sebab tak kene. ari ni genap sebulan yehhh 30 hari, dunia dari dapur kak jee bersiaran. ewah bersiaran konon. tenkiu all for rajin sangat intai2 blog mokcik ni. hehehe blog orang tua yang banyak merapu.

mula2 bukak blog ni dulu (setelah hari2 unclepali memekak suruh write something), kjee plan nak buat blog masakan jer. tapi apabila tengok blog Dapur Tanpa Sempadan dan blog2 masakan lain seperti MamaFami dan yang sewaktu dengannya, kjee ubah strategi.

kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. cermin dulu diri sendiri. memang ko tak layak fauziah abd samad nak buat blog masakan!! pastu bila dah sedar diri,  kjee ingatkan nak tukar jer tak nak bubuh Dapur Kak Jee sebab dah menyimpang. nanti orang ingat ini blog masakan. kjee bukak topik ini kat facebook. rata2 kata okay. cuma fren kjee Rose Baha yang suggest Dunia dari Dapur Kak Jee.

Thanks Rose! I like cos kjee memang banyak habiskan masa in the dapur. so kjee pandang dunia dari dapur kjee. kelas kan? high class or low class tak tau lah.

unclepali punyalah lega kjee tak suruh dia tukar judul blog kjee. sebagai designer blog ni, dia memang tak suka kalau kjee banyak sangat songeh suruh ubah itu ubah ini dalam design yang dia dah buat. tapi dia cuma add perkataan Dunia dari... atas permintaan kjee. thanks my love.

so bila kjee mula menulis, susah lak nak berhenti..macam ada satu member tu yang pantang jumpa microphone...kalau tak menyanyi dia membebel panjang lebar sebab pernah kecewa dalam cita2 nak jadi YB.

tulis punya tulis, kjee semakin syok pulak. habislah rahsia hidup aku satu malaya tahu. hehehe. dan respond yang kjee terima amat memberangsangkan. semua suka lak baca kisah suka dan duka kjee. sampai ada yang marah2 sebab hari2 meleleh air mata. fuyooo dasyat tu...kjee pun turut meleleh masa menulis tau especially entry on arwah hani Mohsin Hanafi. korang dah baca ker? siap tisu satu kotak di sebelah yer.


and then...ewah hehehe... hari demi hari orang yang view blog kjee makin bertambah. sehari sekurangnya 2,000 views. maka dalam masa sebulan dah hampir 60,000 views. to be exact adalah dalam 57,800 masa kjee tulis entry ni.

tenkiu kamsia rumer nandre terima kasih banyak2. 


setakat ni dah ada hampir 100 entries dalam masa sebulan tau. ini termasuk dua entry yang kjee terpaksa padam setelah ia disiarkan. satu sebab cik han mengamuk dan satu sebab ada orang tak amanah dan cuba tipu kjee. anak dara tak malu sanggup kata dah kawen sebab nak tahu rahsia hubungan suami isteri! anak dara ker dia tu??!!!

kalau kjee sudah ketandusan idea, mulalah kjee tepek resipi. tapi jangan marah, resipi kjee pun dapat sambutan tau. bukan setakat tepek tak tentu pasal sebab koring idea tau!

ini figure terbaru kul 11.35am 24/2/11
anyway, at this age kjee jadi blogger boleh kira hebat jugak yer. tapi kerana insaf diri ini yang kubur sudah kata mari, maka kjee hati2lah pilih bahan untuk tulis. bahasa pun kena jaga. kan kjee ni bekas wartawan so kjee kena komited kepada pembaca semua. tak leh selalu tulis yang hanya khas untuk 18SX. setakat ini hanya ada satu jer entry untuk 18SX. kalau korang belum baca, ko carilah dalam hampir 100 entries kjee tu!

apa arah kjee selepas ini? wehh macam orang interview lak kan? arah kjee adalah untuk menulis seberapa banyak cerita yang boleh bawa kebaikan kepada semua. biar korang baca dan kemudian pause sejenak dan kata...memang betul kjee, saya setuju dengan apa yang kjee kata. bukan senang tau nak dapat komen cam tu. komen biasa kita dengar ialah...eleh ingat dia pandai sangat ker? tapi tak kisahlah..every one has a right to voice their opinion.

kjee sangat berfikiran terbuka ketika buat keputusan buka blog ini. if korang rasa kjee banyak sangat melalut, please tegur. jangan susah, kjee takkan saman kalau korang nak kutuk blog ini. kalau korang kutuk maknanya korang baca blog ini dan sayang kjee.

segala pendapat dan pandangan yang kjee luahkan dalam blog ini adalah bersifat peribadi. kjee tidak ada niat hendak mengaib atau mengecilkan hati sesiapa. ada kala pedas jugak sindiran. tapi kita kena terima kenyataan. ada yang merasakan diri mereka sudah terlalu hebat. tak ada siapa berani kritik mereka dan apabila kena kritikan kjee, panas telinga. terimalah dengan fikiran yang terbuka. insya allah kita akan selamat dunia dan akhirat.

okay sempena one month kewujudan blog ini, kjee ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa membaca dan memberi komen baik di sini atau dalam facebook. komenlah kat sini bukan di facebook. kalau ada orang baca entry sambil baca komen anda, kan lebih meriah.

mudah2an allah swt bagi kjee kesiuman untuk terus menulis dan terus menulis. insya allah.

oh ya. dalam satu entry awal kjee ada kata kjee akan beri something like sijil untuk mereka yang join JOM JADI GENG KJEE. kjee masih ingat tau. unclepali tengah buat design dan nak print. bukan computer printing tau tapi buat offset printing. unclepali kan ada company buat design dan printing. so bila lagi nak amik kesempatan kan. so tungguuuu.

21 comments:

  1. kak jee,
    kita jadi org pertama jad member boleh..heehee..kita dulu mmg minat giler kat kjee tau.kalau drma yg kjee act mesti tengok..kata org tak semestinya kena cun baru irg suka,kagipun kjee ada aira tersendiri,nak kata kelako,mmg kelako,nak kate serious tak juga...mmg serinik dapat geng ngan kjee..selalu dtg ajer bila kjee dah posting..kekdg jadi sulent reader ajer..ni nak ucap tahniah yer...teruskan menulis..

    ReplyDelete
  2. maap ler kjee..my keyboard nie giler sket..aura jd aira,,,hehehe baca ngan ayat yg betul...cayang kjeee

    ReplyDelete
  3. epi 1 month kak jee....saya follower tegar nih...ada sijil tak?? ..he..he....
    semoga terus mdapat ilham utk berblog....

    ReplyDelete
  4. Err.. sy pun peminat drama kjee dan flower tegar siap komen momen g kt N3 akk...ada sijil x?..hehe!!

    ReplyDelete
  5. Tahniah Kjee, walaupun baru sebulan blog ni,,tapi macam2 entry ada, hampir setiap hari saya mesti baca blog Kjee,, sbb kdg2 blog ni very slow nk view..(hani sufiah)

    ReplyDelete
  6. ya ya ..sedang tunggu dengan tekun nya ni wahai k jie. tahniah atas kejayaan blog sebulan. kalau setahun kalu, mau bergegaq malaysia.. hehehe

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas sokongana korang. hah setahun bergegar ker cek chun? hidup ke kita lagi nak tunggu setahun tu hehehe

    ReplyDelete
  8. tahniah kjee! bukan senang nak menulis dan terus memerah idea menulis ni. wpun saya x dapat selalu online, saya tetap akan singgah blog kjee nak jenguk2 kejap. there is alwayz something to look for. and yes, entry pasal arwah hani mohsin hanafi memang menyayat hati. keep going kjee! zumaira

    ReplyDelete
  9. Tahniah Kjee, sy pun dah jadi your regular visitor, tiap2 hari mesti singgah. It's fun and mind provoking baca blog Kjee. Kirenya blog Kjee ni ada sweet and spice and everything nice. Kadang2 nangis baca tp bukan sebab sedih aje tp sebak terharu dengan cerita yg Kjee sampaikan tak kira la pasal artis ke ataupun Kjee sendiri.

    Keep it up Kjee. Hugs n muah....

    ReplyDelete
  10. kjee...hepi blogging..
    Dasatlah sebulan 100 n3...apapun semoga terus menulis dan berkongsi kebaikan...mudah2an yg baik itu jd saham bersama.

    ReplyDelete
  11. Syabas Kak Jee... keep on writing/posting... all the best! - (Fendi)

    ReplyDelete
  12. kerjaya kjee sebagai wartawan dulu menjadikan penulisan kjee tak jemu dibaca. hari2 masuk sini dan tengok2 entry terbaru kadang2 sehari sampai 2, 3 kali intai. tulisan kjee yang pelbagai menjadikan blog nie lebih menarik...
    saya pun nak jadi geng kjee...

    ReplyDelete
  13. bravo bravo.....hi hip hooray :)
    sya_omar

    ReplyDelete
  14. kjee,ikhlas ni saya nak gitau saya suka bangat baca blog kjee ni...mmg best!ada gak 2-3 entry yg bikin air mata saya meleleh,hari2 mmg saya x penah miss la nak baca blog kjee ni,dok tertunggu2 je..sambil baca blog leh belajar masak lak tu..harap kjee teruskan penulisan blog ni sampai bila2 yo..syg kjee..(haslina)

    ReplyDelete
  15. saye pon awal2 lagi jdi geng kakjee tp kekadnag je dpt post komen2 sbb line slow..klu on9 mesti saye singgah blog kakjee..bila bce blog kakjee rasa mcm bace kt majalah lak..bestt

    ReplyDelete
  16. sorry aku lambat komen, ko paham2 jelah, tengah repair dapur. aku pun tak miss baca blog ni,cuma kekadang pakai blackbery so tak leh komen tapi kadang2 boleh plak pelik tul lah.so TAHNIAH UNTUK BLOG NI YANG DAH MASUK SEBULAN.

    ReplyDelete
  17. Congrats to kjee..love yr blog stories x kira pasal pe pun..keep it up n i will keep supporting u..insyaAllah...

    ReplyDelete
  18. TAHNIAH DDDKJ TERUS HIDUP!TERUS HIDUP!TERUS HIDUP!

    ReplyDelete
  19. Best sgt2 blog kjee ni...mcm2 adooo..rini doakan kjee & klga dipjgkan umur, dimurahkan rezeki, dilindungi Allah swt wlau di mana berada...smg bahagia hingga hujung nyawa...

    rini

    ReplyDelete
  20. dah macam ketagih klu sehari tak bkk blog kak jee ni<3

    ReplyDelete