Saturday, February 26, 2011

101. ini kes dua suami ditipu isteri

pagi tadi dapat satu email. kemudian kjee dapat lak call dari seorang lagi teman kaum adam yang meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana kjee seakan2an menyebelahi kaum hawa. tak adillah, kjee. jangan pandang sebelah mata jer. kata Haris (bukan nama sebenar) dalam emailnya.

kjee mintak izin siarkan sepenuhnya email dia tapi dia kata, tak payahlah. kupas jer lah.

harris telah 12 tahun kahwin dengan zu. mereka mempunyai seorang anak perempuan, neesa yang sekarang dah berusia 10 tahun. zu bekerja di sektor perhotelan mengikut shif. manakala haris seorang eksekutif kewangan.

oleh kerana zu banyak menghabiskan masa di tempat kerja, haris banyak melayan neesa. apabila neesa sudah terlalu rapat dengannya, zu pula cemburu. kononnya haris sudah tidak pedulikannya lagi. haris tidak tahu apa yang harus dilakukan. zu seringkali merajuk dan bawak neesa balik ke rumah ibunya di pinggir kl.

zu memberi alasan kepada keluarganya yang dia bimbang tinggal neesa seorang diri di rumah dengan papanya jika dia bekerja. haris tidak menyedari segala tindak tanduk zu.

setiap hari selepas habis kerja, haris akan ke rumah mertuanya untuk menjenguk neesa. setiap kali datang, neesa akan menangis hendak ikut haris pulang tetapi mertuanya tidak mengizinkan. macam2 alasan diberikan. haris tidak tahu apa yang menyebabkan zu 'melarikan' neesa ke rumah mertuanya. alasan zu, dia tidak mahu menyusahkan haris menjaga neesa kerana zu selalu kerja shif. hanya bila zu cuti barulah neesa dibawa pulang ke rumah mereka.

satu hari kerana berkeras hendak membawa neesa pulang ke rumah setelah neesa menangis hendak mengikutnya, barulah terbongkar cerita mengapa neesa duduk dengan neneknya. haris terkejut. ibu mertuanya mengeluarkan kata2 kesat yang memang tidak sepatutnya dituturkan seorang mertua. mertuanya menyuruh haris pulangkan kembali zu!

zu pandai berlakon. dia memujuk harris supaya patuh dengan arahan ibunya. setelah berpisah, zu akan mencari jalan agar mereka rujuk kembali. dan selepas itu neesa akan kembali tinggal bersama mereka. haris tidak tahu kenapa dia menonong sahaja ikut arahan zu.

setelah bercerai, saban hari harris menunggu panggilan telefon zu. apabila gagal menghubungi zu, dia pergi ke tempat kerja tetapi setiap kali ada alasan yang setafnya berikan. sepanjang masa zu outstation atau keluar jumpa klien. apapun, haris dibenarkan melawat neesa tetapi tidak dibenarkan membawa neesa untuk bermalam. seandainya dapat bercakap di telefon dengan zu, zu berjanji akan bertemu untuk kembali rujuk.

janji tinggal janji. selepas genap tempoh edah, esoknya haris mendapat berita zu sudah bernikah dengan orang lain! haris mengamuk. dia mencari zu dan bersemuka. zu memberitahu haris, suami barunya adalah pilihan ibunya. dia tidak mahu menjadi anak derhaka!

dua bulan kemudian barulah haris dapat cerita sebenarnya. suami baru zu adalah kekasih zu selama ini! haris serik untuk mencari cinta lagi. kasihnya sekarang kata haris hanya untuk Yang Maha Esa, anaknya neesa dan ibunya di kampung yang sudah uzur!

jadi, kata haris dia telah menjadi mangsa penipuan zu. selama ini dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap zu. dia layan setiap pemintaan zu. kini kata haris hidup dia sudah tiada erti, dia hanya meneruskan sisa2 hidup ini kerana neesa yang hanya ditemuinya di hujung minggu.

terkedu kjee dengar cerita haris. selama ini haris kata dia tidak pernah mencerita kisah rumahtangganya kepada sesiapa. tetapi hatinya terpanggil apabila membaca entry kjee mengenai suami yang curang.

"banyak lagi kisah isteri yang curang, kjee. tapi mungkin kjee tidak pernah mengetahuinya," kata haris dalam emailnya.

seorang lagi rakan kjee Rizal pulak menelefon menceritakan bagaimana isterinya menunggu sehingga dia mengeluarkan segala wang dalam simpanan hidupnya (EPF), kikis dia hingga licin dan mohon cerai.

rizal berkahwin ketika usianya 40 tahun dengan seorang janda beranak 3 yang cukup jelita. anak2 tirinya tinggal bersama dan rizal membiayai segala makan minum dan juga persekolahan mereka. ketika rizal mencapai usia 55 tahun dan dapat mengeluarkan wang EPF yang hampir rm400 ribu, isterinya Dee telah memujuk Rizal renovate rumah miliknya yang disewakan ketika berkahwin dengan rizal.

rizal habis hampir rm200-ribu untuk baikpulih rumah kembar dua itu. Dee berkata selepas pencen, bolehlah mereka tinggal di rumah itu memandangkan rizal mempunyai sebuah kondo yang tidak selesa bagi mereka lima beranak. ketika masih bekerja mereka tinggal di rumah yang disediakan syarikat.

kemudian dee pujuk rizal belikan dia kereta baru memandangkan kereta yang digunakannya sudah hampir 10 tahu usianya. rizal pun belilah tanpa banyak soal.

ketika rumah dee direnovate, dee mengajak rizal ke luar negara bersama anak2nya. banyaklah tempat mereka ziarah hingga kopak dekat rm80 ribu, kata rizal. apapun, rizal tidak kisah kerana selepas pencen, banyak lagi sumber kewangan kerana dia telah dilantik pengarah di dua buah syarikat.

kembali dari luar negara, rizal jatuh sakit. dia mengidap kencing manis. doktor mahu bedah kakinya tetapi dee tidak benarkan. bekas pemandu rizal yang sayang bosnya membawa rizal berubat cara melayu. luka dikakinya kering dan tidak perlu dibedah.

dalam masa rizal berulang alik ke melaka untuk berubat, dee mula berubah. dia menjalinkan hubungan dengan rakan anak bujangnya. rizal terbau hubungan itu. dee selamba sahaja meminta cerai dan menuduh rizal dayus tidak menceraikannya setelah tahu dia ada kekasih lain.

aku terpaksa ceraikan dia, kata rizal. habis duit aku dia kerjakan. sekarang aku dengar dia sudah kahwin dengan budak tu dan tinggal dalam rumah dia yang aku tolong renovate, kata rizal kepada kjee.

itulah asam garam hidup. kita tak boleh tuduh yang lelaki curang atau yang perempuan jahat. i rest my case. lepas ni tak naklah tulis lagi entry macam ni. nanti ada tindak balas yang buat kjee lebih bingung.

kjee harap haris dan rizal tidak serik selepas ini. bukan semua wanita seperti zu dan dee.

7 comments:

  1. hmmm kesimpulannya, apabila membelakangkan agama akan timbullah mcm2 masalah.

    ReplyDelete
  2. memalukan orang perempuan je, eh boleh ke panggil perempuan kalau perangai macam ni. aku rasa elok panggil betina je. dapat laki baik dia buat hal pulak. neraka lah tempat ko nanti.

    ReplyDelete
  3. btul shidah. tapi kalau laki buat isteri, camner?

    ReplyDelete
  4. Wanita yg baik utk lelaki yg baik. Pape pun sbg isteri kita wajib hormat suami... klembutan akn mnambahkn lg kcantikan seorg wanita......

    ReplyDelete
  5. situasi kga sekarang tak boleh diduga, dapat suami baik isteri buat hal, dibomohkan dsb, dapat isteri baik suami buat hal jugak bermain kayu tiga, ikutlah qada dan qadar masing-masing, tgu dan lihat kehidupan seterusnya.

    ReplyDelete
  6. ala kjee, jgn la stop tulis dlm hal2 mcm ni..kita ambik la sbg pengajaran....dlm dunia ni xkira laki ke perempuan/jantan@betina...kalau bernafsukan syatan jd la mcm ni
    blog kjee kan semua ada...tak memilih jantina..kami semua blh fikir mn yg baik @buruk

    ReplyDelete