Monday, February 28, 2011

wartawan, pelakon, tukang masak dan kini kaunselor?

sejak akhir2 ni kerap lak frens FB dan blog hantar private mesej luahkan perasaan dan kedukaan yang dipendam selama ini. teringat kjee masa meniaga dulu. ada saja customer yang datang mintak nasihat dan luahkan isi hati. pasal anak2 pasal suami. kekadang kjee rasa diri ini macam kaunselor pulak.

ingatkan apabila tirai Dapur Kjee dilabuhkan di medan selera anjung melawati, taman melawati, kjee dah tak jadi 'kaunselor'. tapi apabila kjee mula buat blog dan tulis pengalaman hidup, ada juga yang mungkin rasa dekat kepada kjee lalu luahkan masalah yang membebani fikiran mereka.

malam tadi kjee menangis lagi. menangis membaca kisah seorang ibu muda yang kini bergelar ibu tunggal. dah setahun dah. masa itu anak dia baru berusia 10 bulan. dia tak bagitau usia dia tapi kjee rasa usia dia sikit lebih kurang usia abang nadia. pangkat anak kot dengan kjee.

habis jer baca mesej dia yang panjang lebar, kjee pun bukalah fb dia. cantik sangat orangnya...gambar dia mendukung baby yang agaknya tak sampai setahun. sebak sangat kjee sampaikan bila kjee balas (jugak panjang lebar) ntah mana silapnya, mesej tu tak masuk. bengang betul.

elina (nama samaran) berkahwin dengan suaminya yang juga childhood sweetheart nya. masa sekolah lagi dah couple jadi mereka sepatutnya dah kenal hati budi masing2 sebelum membuat keputusan berkahwin. agaknya masa berkenalan, bekas suami dia tak retilah nak pamerkan kehebatannya menepuk tampar. setakat menepuk bahu dan lengan elina adalah agaknya.

malangnya apabila dah menjadi isteri dia yang sah, mulalah naik tangan sampai mata jadi lebam. nasib baik tak buta. nauzubillah. elina tak kata apa kerja suami dia tapi kjee rasa tak der kerja tetap. dan kjee juga mengandaikan yang elina punya kerjaya yang agak mantap. kalau tidak takkan dia mampu ada kredit card dan beri supplementary card kepada suami.

apa lagi, habislah dia tenyeh guna card itu. bila perlu cash sanggup ambik duit isteri tanpa pengetahuan elina. apabila elina bertanya mengenai kehilangan duit itu, si suami boleh selamba jer kata bila mintak, elina kata tak der duit. dan setelah puas bergaduh dan badan dia calar balar, akhirnya suami dia jatuhkan talak ketika dalam kemarahan yang amat. elina mengaku dia juga turut membalas tamparan bekas suaminya kerana hendak membela diri.

setahun sudah berlalu. elina sebenarnya masih sayang dan kasih bekas suaminya. maklumlah bukan sehari dua menjalin kasih dan sayang itu. ibunya menghalang dia kembali kepada bekas suaminya. sudahlah tidak bertanggungjawab hendak beri nafkah anak, banyak hutang ditinggalkannya. dan kini belum ada kerja tetap. elina kata dia sanggup terima bekas suaminya itu kalau ekonomi suaminya dah stabil.

kata elina dia sudah buat solat hajat dan isthiqarah. mintak petunjuk dari allah swt. tetapi sampai sekarang masih belum nampak sebarang petanda. elina tanya kjee apa harus dia lakukan?

kjee menarik nafas panjang mendengar rintihan elina. berat mata memandang...tapi kjee harap elina tidak kecil hati dengan cara kjee menasihatkannya. kjee tanya elina samada dia sanggup kah dipukul bantai oleh seorang suami yang tidak bertanggungjawab? jika ya jawapannya, kembalilah kepada bekas suami itu.

dan jika elina kata tak sanggup nak rewind dan tonton balik semua yang telah dilakukannya, eloklah elina terus jalan dan tidak lagi pandang ke belakang. elina juga seorang ibu. elina pasti faham perasaan ibu elina yang tidak benarkan elina kembali kepada bekas suami itu. kjee dapat bayangkan kalau kjee di tempat ibu elina, pasti air mata kjee tak kering memikirkan nasib anak yang aku zahirkan di dunia ini dari sekecil tapak tangan. bila besar senang saja suami pukul bantai...

mungkin ada kata kjee kejam suruh elina pisahkan anaknya dengan ayahnya. janganlah nak jadi hipokrit. kalau ayah dia sayangkan anaknya, pasti dia tidak akan lakukan apa yang telah dia lakukan. dengan wajah cantik yang dimiliki elina, maaf cakaplah, kjee boleh gerenti ramai lelaki di sana yang ingin menyuntingnya menjadi isteri.

ada ibu tunggal yang ada anak berderet pun masih boleh menempuh gerbang perkahwinan buat kali kedua. so, kjee nasihatkan elina dan juga mereka yang senasib, jangan putus asa. kalau sudah tahu jalan yang telah ditinggalkan penuh onak dan duri, mengapa harus melaluinya buat kali kedua.

seorang lelaki kalau sudah biasa pukul bantai isteri, tidak akan berubah. percayalah. mereka ini ada sejenis penyakit yang sukar untuk disembuh. kjee ada kawan lelaki yang seperti itu. dia mengaku sayang isterinya tetapi ada ketika dia tidak sedar apa yang dilakukannya. tiba2 sahaja dilihat isterinya sudah tersungkur.

life is short. make the most of it. kalau elina rasa tidak boleh melupakan dia, isikan masa lapang dengan kerja2 yang tidak langsung memberi awak ruang mengingatinya. jauhi tempat yang sering awak pergi ketika bersamanya. put away all photos of you and him. elakkan mendengar lagu2 yang seringkali mengingatkan awak kepadanya.

it's easier said than done. memang senang nak diucapkan tapi sukar hendak dilaksanakan. be strong dan ingat allah swt. zikir adalah terapi paling baik selain menangis. jangan biarkan orang lain tahu kesedihan kita. orang yang tidak terlalu rapat akan ambil kesempatan. atau melemparkan kata2 yang buat kita lagi parah!

pamper yourself. get a new wardrobe. jangan pakai pakaian yang dia kata dia suka elina pakai. ubah segala2nya. insya allah, segala kepahitan boleh dilontarkan jauh2. kjee pernah laluinya dan kjee faham2 sangat apa yang terpendam di dalam jiwa elina.

i buried myself in work. kjee kerja siang malam supaya kjee dapat duit banyak dan bahagiakan diri kjee dan juga anak.

apabila kita rasa happy dan ceria, kita akan dapat kembali semangat untuk terus hidup. dan ketika itu, insya allah akan ada yang terpikat dengan cara kita menangani masalah hidup kita. dan ketika itu, buatlah pilihan yang sebaik2nya. jangan biarkan pisang berbuah dua kali.

good luck Elina dan mereka yang senasib! orang yang teraniaya selalu dilindungi allah swt. percayala!

7 comments:

Anonymous said...

saya puji cara kjee memberi nasihat, straight from the heart. cerita elina adalah sebahagian dari berbagai cite2 suram muram ibu2 tunggal di luar sana. saya sendiri tidak terkecuali. cuma disebabkan faktor umur dan pengalaman demi pengalaman, membuatkan kita, sebagai ibu, sebagai wanita , sebagai insan yang ingin menikmati secebis kebahagian mencari sendiri kekuatan diri tanpa seorang lelaki disisi. Benar kata kjee, berserahlah pada Tuhan, ingat dan kembali padanya. Itulah kebahagian abadi./zumaira

Kjee said...

orang seperti elina perlukan segala segi sokongan moral. mungkin di segi material, dia mampu bina hidup baru tetapi duit bukanlah segala2nya. sebagai ibu muda, dia perlu tabah. ramai yang boleh bagi nasihat. elina kena pandai tapis segala nasihat...dia perlu fikir rasionalnya nasihat itu. mudah2an allah swt memberi elina dan mereka yang senasib kekuatan mental dan fizikal! insya allah.

nik said...

sokong nasihat yg kjee berikan..lagipn elina dah buat istikharah..ikut lah petunjuk istikharah tu.. itulah yg sebaiknya sbb kita 'dah tanya' Allah.

Ubeee..... said...

Salam kak jee
saya selama nie cuma silent reader aje, baru terpanggil nk komen posting yg ini.

Elina kena tabah, walau betapa sayangnya dia pada mantan suaminya, lelaki yg spesis macam nie takkan berubah, melainkan dgn izin Allah. Cukup2lah dgn apa yg dah berlaku, walaupun sayang masih bersisa, biarkan ia dibawa angin lalu.

Mungkin dia blm dpt petunjuk selepas buat solat hajat dan istikharah kerna mungkin deep down in her heart, dia masih mengharap agar dpt kembali bersama. Saya faham sebab dulu2 pun saya mcm tu jugak, buat solat istikharah dan hajat tapi dlm lubuk hati, dah mmg nak yg keputusan yg kita mahukan.....bila dh dpt petunjuk, saya masa tu seolah2 tak blh terima kenyataan kerna petunjuk tidak seperti yg saya mahukan....
Buat Elina, be strong, jgn toleh dan kenang lagi masa silam, kuatkan semangat dan azam utk bina kehidupan yg lebih bahagia disamping org tua dan anak ya....

sharifah rosidah said...

satu je nak cakap orang lelaki ni sekali dia dah sedap naik tangan sampai bila2 pun dia tak akan berhenti, percayalah. seronok masa beli surat khabar bagi tadi ternampak satu tajuk diutusan melayu BEKAS ISTERI DATO K AKHIRI ZAMAN JANDA DENGAN SEORANG USAHAWAN SABAH. aku bukan berniat nak memenangkan tengku zawiah ataupun nak mengutuk siti mungkin kisah yang lepas boleh dijadikan teladan dimasa2 akan datang dan untuk tengku zawiah akhirnya kedukaannya telah diubati smuga dia berbahgia selalu amin.

suhana azlin said...

to elina, you dont deserved to be treated that way...fikir kan masa depan anak, kalau membesar dgn ayah yg mcm tu sampai besar pun dia akan set dlm kepala perempuan mmg patut terima layanan macm tu dari suami...fikir fikirkan....

farhana said...

salam kak jee..sy tatau ini kebetulan atau apa..Tp sy ada jiran nama Elina jgk, yg slalu dipukul suami. Dia pnah bercerai, tp lps dua tahun, rujuk balik. Kami kenal pun lps kami suami isteri pg tenangkan dia masa dia dan anak dia kena pukul ngn lelaki tu. Lelaki tu mmg x kerja, n Elina kata didakwa ada sakit mental. Paling teruk, dkt tubuh anaknya ada kesan lovebite. Masa tu sy tolong mandikan budak tu. Bila ditanya, budak tu ckp ayah dia buat, masa mak pg kerja. Skrg Elina dah x tinggal sama suami dia lg. dia serik katanya. Dia pun nmpk dh makin ceria dan cantik. Tp sumpah, Elina tu mmg cantik sgt orangnya. Kalau jd pelakon pun boleh..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...