Tuesday, February 1, 2011

25. kisah sempoi aku dengan artis.

artis tak kenang budi? kenapa terkejut? artis pun manusia biasa gak kan... ada hati, ada perasaan, ada rasa dengki dan ada semualah rasa yang dimiliki orang lain. kjee tidak bertujuan nak mengaibkan sesiapa. dan kjee juga tidak terbawa2 dengan emosi daripada apa yang kjee lalui bila menulis ini.

kjee ingat selama ini kjee sorang saja yang terasa, rupa-rupanya ada kengkawan kjee yang setelah pencen jadi wartawan, samada pencen awal atau pencen ikut usia 55, turut berkongsi cerita dengan kjee.

mula2 nak luahkan memanglah malu. tetapi kekadang apabila kami bertemu, ada juga terbit cerita2 mengenai artis yang tak kenang budi. masa perlukan kami untuk tujuan mendapat publisiti, sanggup telefon tak kira siang atau malam. yang lelaki pulak (kalau handsome, ada ke artis lelaki tak handsome?) sanggup lah buat apa saja.

kjee pernah 'terkena' dengan penyanyi lelaki ni. masa tu kjee belumlah berkahwin. duduk dengan nenek kat kampung baru. penyanyi ni (dia memang handsome giler. suara bolehlah tahan) sanggup datang rumah tapi tak berani masuk. duduk dalam kereta dari pukul 10 malam sampai dua pagi. ntah apa yang dia borakkan dengan kjee, kjee tak ingat. nenek sampai jenguklah...tanya dia tak der rumah ker?

pastu kjee dengar cerita dia ni dah kahwin tapi tak mengaku. (jangan salah anggap ingat kjee syokkan dia. masa tu kjee dah adalah yang special hehehe. so handsome mana pun artis tu, tak heranlah.) kjee ni masa jadi wartawan macam special branch lah jugak. kjee puas fikir cara nak cari jalan untuk buktikan yang dia dah kahwin.

satu hari kjee kata nak ke rumah dia nak amik gambar rumah bujang. dia kata ok. alamak, kata hati kjee. naya ni. kalau betul dia bujang, tak ker bahaya aku ke rumah dia. dia pulak kata dia tinggal sorang!!

tapi kata orang kalau nawaitu kita tu baik, insya allah, kita akan dilindungi. kjee tunggu dia kat syarikat rekod dia. kemudian dia suruh kjee naik kereta dia. kereta kjee tinggal jer kat situ. kjee pun ikutlah dia ke satu kawasan tak silap kjee belakang Redifussion. dia sewa di sebuah bangunan bawah kedai atas dia orang buat rumah. kjee pun seram sejuklah. tuhan jer tahu masa tu.

kami masuk rumah dia. senyap tak der sesiapa. ah sudah, mampus aku, kata hati kjer. rumah dia kemas. langsung tak macam rumah orang bujang yang selalunya berselerak. tapi ada taste pompuan. jangan2 dia gay kot, kata kjee dalam hati. maklumlah kalau lelaki tu jambu sangat, bukan boleh percaya kan?

dia suruh kjee duduk sebab dia kata dia nak mandi dulu. opppssss mandi? kjee dah fikir kalau apa2 jadi kjee jerit jer atau lari terus dari situ. masa dia mandi, kjee intai2 kat dapur. kalau dia dah kahwin, dapur orang dah kahwin mesti lain daripada dapur orang bujang.

oda ismail, sahabat ku, sama di Bharian dulu
jeng jeng jeng. confirm dah. dia kantoi. kjee jumpa banyak tin susu formula untuk baby termasuk botol susu. masa dia masih dalam bilik mandi, ada orang ketuk pintu. kjee terus berlari bukak pintu. kat muka pintu ada lelaki tua berkopiah. sorry bukan pencegah maksiat tau tapi bapak penyanyi tu!!!

dia terkejut tengok kjee. kjee bersalaman. kjee kenalkan diri sebagai wartawan nak interview anak dia. pakcik tu mintak maaf sebab ganggu kjee. dia tanya mana pergi menantu dia. kantoi!!!  penyanyi tu dah siap mandi, keluar dan terkejut tengok bapak dia ada, nasib baik dia berpakaian lengkap...kalaulah...heheh tak tahu nak cakaplah. bapak dia tanya mana bini dan anak kau? muka dia biru. pelan2 dia kata balik umah mak mentua dia.

itu sebahagian daripada cara artis lelaki nak pikat wartawan pompuan, ada yang kena. jangan tak mengaku,.kjee tahu. sampaikan sangguplah buat cerita artis yang sama jer sepanjang masa.


nasib wartawan kan (kjee cakap pasal wartawan hiburan tapi rasanya wartawan bahagian lain pun sama), satu kaki dia melangkah keluar dari dunia kewartawanan, hilanglah sudah ingatan artis kepada mereka. kalau bertemu, bukan nak hulur tangan, nak bagi salam pun susah.

apa pulak lagi wartawan macam kjee ni yang 'tidak disukai' ramai artis kerana risau kjee akan tulis akan 'kerja-kerja gelap' mereka. korang faham ker? tak faham pun buat2 faham jer lah. masa kjee kerja berita harian dulu, kami ada terima arahan. kalau ada sesiapa menerima hadiah yang nilainya lebih daripada rm10, maka kena serahkan kepada pejabat. kemudian terpulang kepada budi bicara pejabat untuk menyimpan hadiah itu atau serahkan kepada wartawan berkenaan. kalau wartawan berkenaan dibenarkan simpan hadiah itu, maka kjee pasti kegiatan wartawan itu akan diintip. setiap tulisan wartawan itu akan diperhatikan.

kjee ni pulak, jenis wartawan yang 'kau buat apa aku tulis'. contoh, hari ni kau berlakon hebat, aku tulis elok dan puji kalau perlu dipuji. tapi kalau esok lusa, kalau berlakon macam siot, koo kenalah. tapi ada gak geng geng yang tak ikhlas. elok ke tak elok, tetap kata elok sebab semalam dah dapat minyak wangi, lipstick, even rumah dia artis tolong renovate. dan kereta yang artis pernah guna, diberikan...ooppps tadi kata tak nak aibkan orang. sorry satu lori.

bersama kawan2 di BHarian. tengah oda ismail
berbalik kepada bab artis tak kenang budi ni. oleh kerana kjee ni wartawan yang terlalu telus dan lurus, maka meniti lah dari satu mulut yang 'fauziah samad tu jahat. jaga2 pena dia'. baru berlakon dua tiga filem, dah bawak BMW, baru buat satu album dah ada rumah banglo...hehehe kan aku dah kata kalau kau hidup cara elok, aku tulis elok kan.

tapi bukan semualah artis yang tak suka kjee. kjee pernah terserempak dengan mereka masa keluar dengan nadia. dia orang peluk nadia dan kata, mama awak ni baik tau. selalu selalu buat cerita pasal aunty/uncle dulu. nadia tak nak jadi wartawan ker?

sebab tu bila kjee tengok wartawan sekarang baik sangat dengan artis, kjee senyum. tunggulah nanti, satu hari sebelah kaki kau keluar jer dari dunia kewartawanan, pandang muka kau pun dia orang tak nak lagi tau.

artis artis yang ada sekarang, ingatlah mereka yang pernah membantu anda hingga nama dikenali berjuta peminat. walaupun dia hanya wartawan surat khabar nyamuk, dia pernah mainkan peranan membantu karier anda. tak payah bagi hadiah nak tunjuk ingat tapi cukuplah hulur tangan dan beri sedikit masa bersembang. betapa besar hati kami.walaupun menulis pasal awak tu dulu kerja kami dan kami diberi gaji, tapi kami juga punya hati dan perasaan!!!

9 comments:

Anonymous said...

bukan dalm dunia wartawan gan artis je ada jadinya kesah gini....dunia kita ni yang cuma baca suratkabo ni pun ada juga manusia camni masa nak ituini hu lembut gigi dari getah...abis semua la ni jgn kan nak salam nampak pun buat tak nampak..balance kjee selagi d namakan manusia..norasmah

Kjee said...

hehehe betul betul betul

Eizam Merican said...

kak gee : heheehehehe..suka part masa lelaki jambu..ahahahhaaha..kannnnnnnnn..sekarang lelaki jambu banyak yang cover maut..padahal dia orang tettttttttttttttttt..tak boleh sebut..nanti kenan saman..heheehehe..yer lah kak gee...biasalah kan kak gee..kalau nak popular, berebut2 tepon wartawan suruh promote dia kan..lumrah dunia kak gee...manusia kan..tapi at least hormat lah "orang" yang pernah promote, tulis ttg kebaikan dirinyer dan cuba mengharumkan nama nyer....lupa daratan tu..

Kjee said...

hehehe zam. your comments always make me laugh. thnx.

inahar ali said...

salam kakjee cayang...amboi senyap2 dh ada blog ek! tak tau pun k.jee dh start blogging..anyway malam ni kita tidur lambat sbb terjebak baca mcm2 entry best psl memori k.jee ngan artis2 hebat kt mesia nih..ada gak sampai nk ngalir airmata nih! mmg nostalgia sgt..love uuuu!! i folloooowww!!!

Mat Gebu said...

Salam kak jee..ODA dulu kan, kami selalu kalau ada berita panas sesama blogger masak, kami akan kata..."pstt, ni dari sumber2 yang boleh dipercayai..ala2 Oda..erkk!"...minta ampon saya pada Oda..teringat drama "Pengantin Popular" lakonan ogy dengn erma fatimah, masa tu kak engku, kalau tak silap, pegang watak sebagai Oda...kalau salah betul kan eks...hehe.

Kjee said...

betul..dialah satu2nya sahabat setia akjee dalam dunia kewartawan. 2moro besdei dia tahu.

Kjee said...

salan ina. miss you sooooo much. miss the times kita kat gerai kjee kan.

Nin said...

Salam Kjee. Mencabar juga ye dunia wartawan ni.. Ingatkan jadi cikgu je mencabar... sebab nak hadap karenah anak murid dan juga mak bapak murid. Nasib baik Kjee tabah.. Kalau tak asyik tergoda jee bila digoda.. yek?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...