Tuesday, February 1, 2011

28. air tebu pun bahaya

korang masih ingat lagi tak kes arwah Din Beramboi? masa arwah sakit tenat di hospital, kecuh kononnya dia kena kencing tikus. nama saintifik dia kjee tak tahu. korang carilah sendiri. tapi akhirnya, doktor sahkan arwah meninggal kerana penyakit lain.

kemudian kecuh pulak kawasan perkelahan Lubuk Yu kat Maran, Pahang ditutup kepada semua pengunjung sebab tercemar dengan kencing haiwan tu. sampai ada dua orang kalau tak silap yang meninggal.. unclepali selalu bawak kjee kat situ sebab dekat sangat dengan kampung dia.tapi ada orang kata sebenarnya tempat tu ada puaka. ntahlah kjee bukan nak citer pasal hantu kan.

kita semua terkejut, apa sebenarnya penyakit yang disebabkan oleh kencing tikus. macam mana kita nak elak. maka kjee ada satu citer ni. ada seorang fren FB yang hantar cerita ni kat kjee. kjee lama cari posting dia tu tapi tak jumpa. dah terpadam kot. so apa yang kjee ingat, kjee citer lah yer.

korang sedar tak, minuman yang paling kita gemari especially masa bulan puasa ialah air tebu?!!  aduh nanti aku kena saman lak dengan persatuan penjual2 air tebu. tapi ader aku kesah. kengkawan aku lagi penting tau! kalau aku kena saman, korang kutiplah sorang singgit tolong aku kat mahkamah nanti yer. janjitau.

fren FB ni kjee rasa orang cerdik pandai sebab kjee buka info dulu nk tgk background dia. dia belajar luar negeri dan ada banyaklah pengitirafan. so boleh percaya apa dia tulis. okaylah back to air kencing tikus.

apa kaitan air tebu dengan kencing tikus? adakah tikus ni favourite dia kecing kat tebu? wallahualam. tapi, kawan kjee tu cerita, orang jual tebu selalu beli tebu berikat2 dan dilonggokkan kat tepi gerai dia. selalunya, dia takkan akan bawak balik tebu tu selepas meniaga. dia ikat jer ngan rantai atau tali pastu puuuhh kiri puhhh kanan supaya orang tak curi tengah2 malam.

selalunya tempat dia orang store tebu dia orang tu lembab. bukan lembab cam orang bodoh tapi lembab basah manja gitu. tikus suka merayap2 sambil gigit2 tebu. manis kan. kita pun suka. orang kata kalau rajin kunyah batang tebu, gigi jadi cantik. ntahlah. korang tanya dentist. hah tanya juga Dr Erfa Zainaldin Zainal, anak deejay radio ibu kota dulu. dia ni doktor gigi.

menceceh ke lain pulak. lepas tikus2 tu gigit2, tebu, maka sebelum pergi, biaselah dia kencinglah dulu. esoknya, orang jual tebu amik dan buang kulit dan terus mesin. ada pernah kau tengok dia orang cuci? aku berani potong jari lah dia orang tak pernah cuci.

kawan kjee tu sambung citer, ada satu kes anak cina ni. dia suka sangat minum air tebu. ada orang jual dekat umah dia. hari2 dia minum dan satu hari dia sakit misteri. doktor sahkan dia kena kencing kucing...eh apa lak kencing kucing, kencing tikuslah. siasat punya siasat, dapat tahu kena kencing tikus ekoran minum air tebu. agaknya anak cina tu memang malang kan. orang lain tak lak pasti berapa yang mati minum air tebu kat situ.

nak pendekkan cerita, kjee dah mengantuk ni sebab kekenyangan, kjee dah tak minum air tebu lagi. dah dua tahun kjee bergaduh dengan unclepali bila tiba bulan puasa. dia berkeras sebab itu minuman favourite dia. kjee kata, awak memang tak sayang saya. kalau awak sayang, awak tak nak mati dulu. sejak itu dia tak minum air tebu lagi. confirmlah yang unclepali sayang kjee. hehehehe

so korang, sekarang selain daripada tak boleh makan kangkung, air tebu jugak tak boleh..


ya allah ya tuhanku, janganlah ada tauke sayur kangkung atau penjual air tebu baca entry aku kali ni. aku takut nak turun naik court punya dalam!!!!!

22 comments:

Kjee said...

tadi memberi kjee kata ada satu lagi tip. bila beli air tin, atau makanan dalam tin. pastikan cuci bahagian atas tin tu bersih2 dengan sabun. selalunya, tin2 tu diletakkan diatas rak di supermarket. kita tak tahu haiwan apaa yang menyelinap di tengah2 malam. ada kemungkinan besar tin2 akan terdedaha kepada kencing tikus. so hati2 yer. jangn beli terus gogok.

aida said...

kembang tekak eden membacanya ..kene hati2 yea kak jee..jgn sebarang minum minuman tepi jalan ni..aduhai..kebersihan tidak di titik beratkan skrg ni..men boh je...ilmu berguna tuk pembeli pasni...thanks kak jee...cayalah!!!

Anonymous said...

mujur le nor ni tak minun air tebu dah lama agak2 4..5 tahun selepas batuk tak stop hampir 6 bulan kerana segelas air tebu pure punya....

Deena Sulaiman said...

kjee citer slumber pun deena dah sakit prut ketawa ni.. adoyaiii ! psstt.. adik ipor deena niaga air tebu pasni deena nak pastikan dia basuh dlu dan x store di tmpt lembab basah manja gitu.. huhu...

p/s: ada aku kisah ! :)

Kjee said...

deena: hahaha jangan jangan nanti dia saman kjee sebab fitnah...fitnah? ooooo tak sanggup.

Anonymous said...

info yg sngt berguna,munking benar aper yg k'jee tulis ni....

Anonymous said...

wah info yg sgt berguna..terima kasih K.jee.apa yg k.jee tulis tu byk yg benarnya..memang apapun barang yg kita beli dr mana2 tempat pun wajib basuh bersih2.kami dulu pun penah meniaga air tebu tapi suami basuh dulu baru kupas kulitnya tapi tak dinafikan ramai(bukan semua la) yg tidak basuh tebu tu n dibiarkan aje begitu..kira dah tercemar sgt tu.abah sy byk tanam tebu zaman kekanak n kita org suka sgt makan tebu,apapun kami sefamili memang dah lama tak beli air tebu pasal kes tak bersih ni la.sy ade terbace 1 artikel kat paper n menyenaraikan minuman n makanan yg tercemar yg dijual oleh penjaja,air tebu duduk d ranking teratas sekali.

marinahunny said...

salam kak jee, waaah lama x kuar tv, dolu2 slalu berlakon kan..heheheehe

sbb baca kisah tebu ni la dulu saya stop minum air tebu..huhuhu kdg2 lalu tepi org jual air tebu meleleh2 air liur tp tahan je la sbb teringatkan cite ni ;)

saya baru jumjpa blog kak jee nih, nanti kena baca smpai habis .

resepi said...
This comment has been removed by the author.
Niza Romli said...

kjee..nak share cita ni boleh?

Hasniza said...

Pasni seme followers k.jee brbelah bagi samada nak minum atau x air febret diaorg. Anyway thanks bagi info..:)

azelin said...

kahkahkah bab puhh kiri puhh kanan tu yg x boleh tahan...:D pecah perot gelak.... alaaaa..nampaknye kena kurangkan 1 minuman kegemaran..:( pasal minuman dlm tin tu mmg betul kak jee..atas bahagian tin tu mmg kotor...lagi2 klu masuk pasaraya yg masuk je terus tercium bau kencing tikus...eeeee geli..kak jee nak share ye!!!.:)

Kjee said...

alin: puuhhh kiri puuhhh kanan penting tau. kahkahkah

Kjee said...

niza ramali: sharelah. I like!!!

Nin said...

Salam Morning, Kjee.

Kjee, ini hari sudah terlebih mandrem nampak... Hehehe!
Memang betul pun Kjee pasal air tebu tu. Even canned and bottled drinks kat kedai pun bahaya juga. Tu pasal dinasihatkan membawa minuman dari rumah bila nak ke mana2. Tak perlu berbelanja lebih. Bak kata iklan pengguna, pilih di antara kehendak dan keperluan. betul tak.

Kjee said...

very true Nin. kekadang kita yang dah dewasa ni faham tapi anak2. lagi satu, orang yang jual air e.g kat pasar juadah. air yang kaler2 tu baik oren or jagung or whatever. yang dia orang bubub ais. memang nampak menyelerakan. tapi u all tahu mana dia orang amik air sebelum dicampurkan perasa tu? kjee pernah nampak ada seorang peniaga tengah isi air dalam tong dia dari toilet awam!!! kjee tak pernah beli tau!!!
macam mana you tau semalam kjee terlebih mandrem? itulah puuhhh kiri puuh kanan kjee mujarab. nak belajar? hah kena siapkan ayam hitam duda empat ekor. kahkahkah

Nin said...

Gua taula (slang apek cina). Tetiba tengok banyak sangat entries kat blog Kjee. Terlebih mandrem, terlebih kudrat untuk bekerja. Hahaha...

sharifah rosidah said...

Takuuuut aku nak minum air tebu lepas ni.

Anonymous said...

azie takot nak minum ar tebu bukan sebb kencing tikus ni...tp memang da lama x minum sebb mentua ckp pas beranak x elok minum air tebu ni.....tambah lak citer ni lg takoooot....

mohd nazim said...

mmg betul tu kak jee.... saye dah lebih 5 tahun tak minum air tebu lagi..... mungking sbb yg terbaru ni sbb kencing tikus..... tapi sbb yg lama dah saye tak minum air tebu ni sbb kencing anjing.. biasalah kak jee, org meniaga air tebu ni mmg order banyak banyak tebunya tu jadi dia orang just ikat kat tepi tepi gerai @ stall jer.... jadi paham paham jer la anjing anjing yg berkeliaran di waktu malam membuang air kecil ( angkat kaki sebelah membasahi tebu tebu yg tegak berdiri tu...) esok pagi nye kita beli air tebu yg bercampur kencing tikus n kencing anjing....hehe ...

norehan shariff said...

memang dari dulu saya tak suka minum air tebu yg di jual di luar.. sbb lihat saja di mana peniaga tu sandarkan btg tebu..tmpt anjing suka memancut dan tikus berlari2...lagi pun air tebu ni x leh kita amal kan minum ari2 kencing manis ..

ilhamhadir said...

Kjee info air tebu ni baguslah....macam kangkongtu..biar sama2 tak makan minum,jika teringin sangat beli tebutu potong kecil blend @ masuk mesin buah....tentu terjaminkan khasiat n kebersihannya..Fija pulak takut nak nak minum air kelapa biji tepi jalantu...pernah suruh mereka potong kononnya nak ori tapi bila potongpun tetap berhabuk juga....sebaiknya beli bawa balik potong kat rumah.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...