Wednesday, February 2, 2011

31. aku dan juwie

haji a jalil salleh @juwie. foto ghazaaz.blosgspot
memang tak der niat kjee nak masukkan entry pasal juwie ni pepagi sangat pada tanggal 2 feb 2011.sebabnya kjee tak der gambar sahabat kjee ni. so kjee call utusan karya, dan bercakap dengan roslee manah. manalah tau kot2 dia ada gambar juwie. roslee suruh kjee surf internet. alamak kenapalah tak fikir. bingainya aku.

bila kjee buka jer, banyak rupanya artikel mengenai juwie. gambar pun banyak. sukanya kjee maka itu dah menyenangkan tugas kjee mengimbau kembali kenangan bersama sahabatku ini.

nama sebenarnya dia abdul jalil bin salleh. sekarang haji abdul jalil salleh. dia ni senior sikit daripada kjee sewaktu kjee melangkahkah kaki kerja di akhbar The New Straits Times. juwie di berita harian. NST dan Berita harian akhbar adik beradik so opis kami sama.

hari2lah kjee nampak jalil ni. badan dia sekeping jer. kjee pun samalah sekeping masa tu. sekarang dah berkeping keping. begitu jugaklah dengan juwie. senyuman dia manis sekali menyapa kjee. orangnya peramah dan cakapnya begitu lembut dan agak2 nyaring.

juwie kerja bahagian hiburan berita harian. tapi kjee rasalah masa dia masuk kerja, dia buat bahagian lain. dia gunakan byline (nama untuk tulisan) abdul jalil salleh. masa tu dia tak lah top sangat. maklumlah masih baru dalam bidang penulisan. kjee rasa dia masuk BH di awal tahun 70-an. maybe tahun 1971 kot. dia lulusan hotcat (hotel catering) itm dan berasal dari johor baru.

setelah berkawan dengan juwie baru kjee sedar yang ibu saudara dia (adik ayah dia) berkahwin dengan pakcik kjee iaitu adik kepada arwah bapak.

semua tahu siapa juwie. dia ini insan lembut. orang nak panggil dia pondan ke bapuk ke apa ker, juwie tetap kata dia insan khunsa iaitu insan yang mempunyai dua jantina. janganlah kita pandang serong kepada dia kerana dia tidak pernah minta dilahirkan begitu.

kjee sedih sangat tadi bila baca inernet dalam artikel majalah mangga mama juwie sudah bersara. seorang insan menyuruh juwie bertaubat dan tukar kembali ke jantina asal siap dengan hadis. allah swt lebih mngetahui. kjee tak mahu komen banyak2 mengenai kebesaran allah swt terhadp insan yang cukup kreatif dan juga seorang dermawan yang cukup mulia!!

bersama sahabatnya di tanah suci. foto redlina.com
tahukah anda sebahagiaan besar daripada hidup dan harta yang dimilikinya dikongsi tanpa mengira orang itu kenalan dia ataupun tidak? masa kjee mula2 tinggal di kampung datuk keramat di lewat tahun 80-an dulu, juwie berjiran dengan kjee di aparmen berhampiran.

kjee dapat tahu, wang gajinya ketika itu, banyak dihabiskan membantu budak2 universiti yang ramai duduk di kawasan itu,. kalau mereka kesuntukkan duit nak beli buku, juwie lah tempat mereka mengadu. begitu mulianya hati juwie.

kjee tak ingat bila juwie meninggalkan berita harian dan menyertai kumpulan utusan malaysia. kjee tahu dia pergi dengan hati yang cukup berat. ada kisah sedih yang menyebabkan dia pergi. mungkin tak ramai tahu dan juwie juga mungkin tak nak mengaku. tapi kjee tahu yang dia kecewa apabila berita harian tidak mahu mengiktirafnya sebagai 'seorang insan lembut'.

kjee ingat lagi masa itu. dia guna nama Queen untuk salah satu cerita hiburannya. dia dipanggil jumpa pengarang dan namanya terus ditukar kembali menjadi abdul jalil. kjee faham sangat perasan beliau ketika itu. selepas itu, juwie meletakkan jawatan. tiba-tiba kjee tengok dia sudah masuk utusan. kemudian perlahan lahan dia menggunakan nama juwie.

jeritan 'auwwww' dalam tulisannya di ruangan hiburan dan gossip membawa tuah. namun kjee rasa langit tak selalu cerah. ramai yang dengki dengan kejayaan demi kejayaan yang ditempa juwie. kjee tahu ramai yang cucuk pihak pengarang supaya 'usia juwie ditamatkan' atau 'diletak di dalam freezer. dibekukan'.

juwie bukan insan yang mudah melatah. telah banyak ranjau dan duri yang dilalui dalam hidupnya.  dia kayuh pelahan lahan. kemudian kjee dapat tahu juwie ke majalah mangga jadi editor. hati kjee berkata-kata...ketika itu majalah mangga belum popular. isi kandungannya yang berbentuk cerita dan lakaran kartun tidak diminati.

kata orang, insan yang dianiaya pasti dlindungi all swt. juwie bangkit dan ubah majalah mangga secara mendadak. dia buat style dia yang mulanya banyak menerima cemuhan kerana juwie gunakan elemen artis2 seksi dan menggoda dalam majalah mangga. majalah mangga meletup semalaman!!!  sales naik giler2. hah masa itu baru semua yang cuba aniayakan juwie bukak mata.

dan juwie menjadi anak emas utusan. dia masuk kerja ikut suka dia. tak siapa berani cakap apa kerana dia telah buktikan hasil kerjanya. kreativiti juwie hanya muncul di tengah2 malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur, dia mengetuk typewriter sampai pagi. masa orang lain kerja, juwie tido. kalau ada meeting kat pejabat, kene ubah lepas pukul dua kalau mereka mahu juwie hadir!!

masa juwie buat ruangan gossip di utusan, jugak meletup! hingga kini tiada wartawan hiburan lain di malaysia ini yang dapat mengendalikan sebuah ruangan gosip sebagaimana juwie melakukannya dulu. dia banyak dapat story eksklusif. tiada wartawan lain boleh dapat apa yang juwie dapat!!

kelemahan (kelemahan ker?) juwie pada kjee hanya satu. dia terlalu amanah. kalau dia tahu cerita yang 'gelap' mengenai seseorang artis, dia akan hubungi artis itu. kalau artis itu merayu jangan tulis atau bahasa akhbar 'off the record' dia tidak akan tulis atau bocorkan walaupun diletak pisau di lehernya!! akibatnya, pada pandangan kjee, ada kalanya tulisannya kekadang berat sebelah. kalau susah sangat, dia tidak akan tulis langsung!!

lama kjee tak jumpa dia sebab kjee tinggalkan bidang kewartawan lebih awal. kali terakhir kjee jumpa juwie ketika kami sama2 pergi menziarah jenazah arwah M rajoli, di surau flat taman keramat. air mata kjee bergenang melihatnya kerana terlalu rindukan sahabat ini.

juwie dalam satu majlis..foto azaadliana.blogspot
perubahan juwie amat ketara. dia memakai jubah dan selendang ala arab. itu hanya luaran. tapi kjee tahu jauh di sudut hati, juwie tetap juwie walaupun sudah bergelar haji. kenapa harus dia berubah? kenapa masih ada yang dengki dengan dia. kalau anda (yang membenci dia sebab dia lembut) di tempat juwie, anda tentu tahu betapa sukarnya melalui kehidupan yang juwie lalui.

allah swt beri juwie sesuatu yang orang lain tak boleh miliki...sekeping hati yang bersih, sifat2 dermawan yang mulia dan seorang karyawan yang cukup hebat!!

lihatlah dan imbau kembali lirik2 lagu yang pernah dihasilkan juwie. sudah beribu dan dia sendiri tidak terdaya menghitung. tulisan dia lain daripada yang lain. sifat2nya yang kelakar diturunkan dalam tulisan.

JUWIE ...tiada dua...tiada tiga. kjee sentiasa berdoa agar juwie dipanjangkan usia dan sihat sejahtera. hidupnya kini dihabiskan pergi balik ke mekah untuk melakukan umrah.

kepada mereka yang suruh juwie agar bertaubat, cerminkanlah diri anda dulu. mungkin taubat beliau lebih dahulu diterima allah swt. wallahualam

25 comments:

Azlina amir said...

suke juwie!!!!

Kjee said...

lupalak kjee nak tulis. juwie tak suka mengata atau mengumpat. kalau kita cakap apa2 yang dia rasa kita mengata atau mengumpat sesiapa, dia hanya senyum dan pelan2 pergi dari situ! hebatkan!!!!

Anonymous said...

Juwie...saya sangat meminati beliau dari tahun 1980 lagi,, setiap artikel yg ditulis selalu up to date dan padat...now I missed him..jarang cerita dia keluar

Kjee said...

dah dua tahun dia pencen. tapi masih jadi penulis undangan kat majalah2 yang pernah dikendalikannya.

Anonymous said...

tiada komen dapat d tulis selalu mengikut artikel juwie d akbar dan majalah....kjee suka buat cerita sadis...nor cepat airmata terharu ...norasmah

kak ina kl (1) said...

memang suka dengan penulisan dia..lama tak nampak gambar juwie..alhamdulliah bertambah dah berat badan dia.

suka juga dengan penulisan kamu..

saerah said...

lama sgt2 dh nk tau psl juwie ni..br puas hati dpt tau psl dia sket ari ni..nk tya ni, dh 2 juwie msh jdeditor mjlh mangga ke lg?klu blh nk tau lg psl dia fauziah..terima kasih fauziah..

Ami said...

terharu baca cite mama juwie ni. saya cuma mengenali dia dari hasil penanya saja. boleh dikitakan lebih tahu yang -ve dari +ve tentang juwie. inilah dunia...yang indah tidak semestinya baik @ betul. yang pelik, yang buruk itu tetap kepunyaan Tuhan. hanya Dia yang Maha Mengetahui.

terimakasih k.jee. saya ternanti2 entry selanjutnya dari U!

Nur68 said...

lately tercari ke mana hilangnya juwie, alhamdulillah...apa2pun sy doakan semoga juwie sihat2 selalu dan happy hendaknya. Zaman remaja sy dulu membesar dgn ruangan gossip juwie...skrg ni dah tak larat dah nak layan semua..tqs Kjee for updating about him here...

Anonymous said...

sy kagum dgn juwie ni sejak zmn sek b'puluh thn lps.betul kata k.jee,jgn ukur thp keimanan org dr segi luaran.sy ingat lg kes juwie ni ms dia ingin tukar jantina dulu.dia pegi jumpa mufti,bila mufti bg nas2 knp dia tak perlu tukar jantina,dia akur perintah Allah.kes tu dah buktikan sapa juwie..sentiasa redha dgn kuasa Allah.tu sbblah Allah bg ketenangan dlm hidup dia skrg..dilah

sharifah rosidah said...

Aku suka lagu2 yang juwie tulis liriknya.

Mat Gebu said...

Moga Alah swt sentiasa merahmati Juwie....aminn..

Selendang Enterprise said...

betul kata2 kak jee insan bernama juwie ni sensitif dan begitu ambil berat tentang kawan2,masa kami mengikuti rombongan julie dahlan keLondon dan Paris,shooting filem putera,saya demam dan Juwie la org yg menjaga saya masa tu,dengan iklas,teringin nak jumpa mama..

rohayu said...

Moga Juwie terus dilindungi Allah dan di permudahkan segala urusan nyer .. Sya tak pernah membenci Juwie,tp dari dulu sya amat kagum dgn Bakat dan ketabahan nya..Salam untuk saudara Juwie..

@ RED KASIH ZAM said...

tetap kagum dengan penulisan mama juwie

KerK collection & entertainment said...

salam kak jee..ermmm...saje jer..saya ada trdgar yg mama juwie ni berasal dari terengganu iaitu anak kepada seorang ahli kaji sejarah terengganu,kalau tak silap dgr lah...wllahullam... apa2 pun i support karya2 mama juwie

Kjee said...

mana ada. dia orang johor. orang johor baru. kalau orang tu daha femes, banyak lah orang nak claim kata sedara dia lah dan macam2 lagi. tak taulah kalau sebelah mak or ayah dia. tapi setau kjee dia mmg orang johor.

Anonymous said...

Saya memang meminati tulisan Juwie...and agreed till to-date tak sapa dapat menandingi tulisan dia di majalah atau dada akgbar...saya dulu beli Mangga kerana semata-mata nak baca tulisan mama Juwie..hebat dia...

mn fija said...

kjee fija mengenali Juwie,masa lepak2 kat kg.baru...masa PESTAKEBUDAYAAN NASIONAL,baca puisi...masatu Juwie hampiri Fija...interview..panjang ceritanya ,Juwielah orang pertama mempercepatkan proses Fija jadi wartawan,Nama Fijapun diilham dari nama Juwie...Juwie pernah bertanya kenapa tak eja....nama fija seperti Feeja.Fija terdiam ketikatu kerana nak abadikan M.N. nama seorang ayah yg tidak b/jawab tetapi sgt dikasihi seorang anak.Apapun fija dah maafkannya.Hingga kehari ini Fija mencari2nya juga melalui internet & ada juga bertanyakan dirinya kat kawan2.

ilhamhadir said...
This comment has been removed by the author.
ilhamhadir said...

kjee kirim salam kat JUWIE andaikata Kjee bertemunya...kjee ihamhadir @ MN Fija adalah orang yg sama.

ashamami said...

terharu membaca kisah mama juwie yang kjee paparkan. doa saya moga mama juwie sentiasa di lindungi Allah. Aamiin.

Anonymous said...

Boleh tak sampaikan salam ampun maaf saya pada dia, sebab dulu saya dan kawan2 selalu ketawakan dia masa dia muncul sebagai penari arab dalam satu rancangan hari raya RTM,
SALAM
ZULJB

Anonymous said...

Salute kpd Hj Abd Jalil Salleh @ Mama Juwie. Semoga sihat sejahtera hendaknya selalu..

adekshahmir said...

All the best juwie!! Sentuhan liriknya sngt berbisa

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...