Wednesday, February 2, 2011

32. gong xi fa chai

dulu kong hee fatt choy sekarang gong xi fa chai. apapun, matlamatnya sama. itu cara mengucapkan selamat tahun baru kepada kengkawan Cina kita yang menyambut perayaan itu.

norazelin dah hafiz bersama diana. danish dan aqila leow
tadi dalam perjalanan balik dari Bentong, kjee beritahu unclepali esok, adik iparnya Hafiz Leow akan menyambut tahun baru cina. hafiz berkahwin dengan adik perempuan unclepali bernama Norazelin. unclepali kata dia memang tahu setiap tahun Hafiz sambut tahun baru cina. perayaan itu bukanlah perayaan keagamaan jadi tidak salahlah hafiz menyambutnya, kata unclepali.

bercerita mengenai tahun baru cina ni, arwah maklah yang paling sibuk kalau tiba perayaan ini. dulu kami tinggal di 'lubuk' orang cina belakang chong hwa high school . batu 3¾ jalan gombak. tak tahulah kjee kenapa dalam banyak2 tempat, bapak pergi cari rumah sewa di kawasan 100% orang cina. adik bongsu kjee (prof dr merdeka fazila kini dekan fakulti bisnes dan akaunting Universiti malaya), juga bersekolah cina di kawasan berhampiran.

masa tinggal di sana pada tahun 1969, tercetuslah peristiwa 13 mei. korang bayangkan, kami satu2nya keluarga melayu tinggal di situ.  ada kira2 40 keluarga cina.

petang tu, kami sedang rehat di rumah. rumah kami sebelah atas sederet rumah dua tingkat yang bawah orang lain sewa. tetiba dengar kecuh kat luar. mak jenguk kat luar. nampak orang2 semua sedang berlari-lari. kecuh. mak suruh adik kjee pergi dengar apa dia orang cakap. hanya fazilah yang tahu cakap cina. tetiba fazilah, yang masa tu kecik sangat kata ada rusuhan. orang melayu lawan sama orang cina!

kami semua panik. jam tu jugak arwah mak tetiba rasa nak pengsan.. muka bapak pucat. toreh tak berdarah! bapak jenguk kat balkoni. dia nampak dua tiga orang jiran kami. jiran kami suruh duduk diam2 kat rumah. masa tu mak dah demam. orang sibuk nak tahu apa terjadi, dia mengigil2 lak atas sofa depan.

kami intai dari atas dan nampak beberapa lelaki muda dan tua sedang mengasah batang paip di tengah2 jalan. nak jadikan macam buluh runcing. tak berapa lama lepas itu, pintu rumah kami diketuk. mulanya mak tak bagi bapak bukak. sampaikan dia histeria ketakutan. tapi bapak tenang. dia pasrah sekiranya kami sekeluarga mati.

bapak buka pintu dan dua jiran cina kami masuk. bapak memeluk mereka. mereka beritahu bapa supaya tidak perlu susah hati. seandainya apa2 terjadi, keluarga kami akan dijaga sebaik2nya. seandainya ada orang luar masuk dan cuba kacau kami, mereka terlebih dulu kena berdepan dengan jiran2 kami.

begitulah baiknya kesemua jiran kami ketika itu. mereka turut menghantar bekalan makanan kepada kami. kami dapat berguni2 kentang dan quaker oats. sebenarnya masa timbul kekecuhan di KL, beberapa lori yang sedang membawa kentang dan quaker oats ketakutan dan berlindung di kawasan kami. kalau tak silap nama kampung itu ialah kampung chung hwa. jiran2 kjee cilok kentang dan quakers oats dan bahagi2kan kepada semua orang kampung kami.

esoknya, satu terak askar datang ke kampung chong hwa. rupa-rupanya datuk kjee yang tinggal di kampung baru membuat laporan polis anak, menantu dan cucu2nya mungkin terperangkap di kampung chong hwa. bapak kjee menolak dengan baik pelawaan pegawai tentera itu untuk keluar dari kawasan itu. bapak yakin hidup kami lebih selamat di situ. askar2 tu pun beredar dari situ.

hafiz bersama danish dan aqila leow
seminggu sebelum kejadian 13 mei, ketika kjee balik sekolah, mak telah mengajak kjee pergi ke rumah jiran sebelah. mak syak ada sesuatu yang tak kena sebab kawannya yang kira2 sama usia dengannya tidak kelihatan sejak pagi. kami pun masuklah ke dalam rumah yang tidak berkunci.  mak memanggil kawannya itu tetapi tiada jawapan. kami masuk ke bilik tidur dan melihat dia sedang nyenyak tido. mak pegang kakinya. panas. mak kemudian ambil cadar tipis dan tutup badan kawannya itu kerana dia fikirkan dia demam.kami pun balik

sejam kemudian, suami jiran kami balik. kemudian mak dengar kecuh2. kami keluar. suami jiran itu beritahu isterinya sudah mati!!! mak terkejut. mak kata tadi mak pegang kaki dia panas. suami dia kata isterinya mungkin ketika itu baru sahaja mati! takutnya mak masa tu.

malam itu, bapak tolong jiran2 cina kami menaikkan kemah dan buat sambungan letrik untuk lampu2 bawah kemah.

kerana itulah, mungkin jiwa kami sekeluarga selamat. mereka sebenarnya tidak menganggap kami orang asing. kami dianggap jiran 1 Malaysia!

dan lama selepas 13 mei, kami sudah berpindah ke petaling jaya. tetapi setiap tahun baru cina, maklah yang paling sibuk masak. buat kek, buat kuih tart buat rendang untuk diberikan kepada kawan2 cina beliau. itulah pengalaman paling manis. kami adik beradik terima berbakul2 limau mandarin dan angpow.

baru2 ini kjee pergi ke kampung chong hwa. rumah kami zaman itu sudah dirobohkan dan digantikan dengan apartmen dan kondominuim. kjee ralat tidak dapat menemui semua jiran2 yang telah 'menyelamatkan nyawa' kami sekeluarga dulu.

GONG XI FAA CHAI SEMUA YANG MENYAMBUTNYA ESOK. SELAMAT TAHUN BARU CINA JUGA KEPADA ADIK IPAR KAMI HAFIZ LEOW KON SEONG.

11 comments:

Mat Gebu said...

Gong Xi Fa Cai juga untuk biras kak jee tuu = 恭喜发财

Kjee said...

dia kat kampung isterinya di kuala selangor.

zeera azira said...

semuga lin dgn husband bahagia bersama keluarga tersyg di tahun baru cina ni...(classmate lin 2000-2001 SMK sg besar)

Erni said...

terharu saya dgn semangat kejiranan yg ada pada jiran2 kak jee..semangat 1 malaysia dulu lagi tebal dr skrg!

anymz said...

assalam kjee,mengenang kembali masa 13 mei,69.kami masa tu tggl di kg baru dan ayah saya telah di tahan oleh sekumpulan pemuda melayu..ini semua gara2 wajah ayah saya persis lelaki cina..hehe..saya pun dengar cerita mak je..umur saya pun baru 5 thn masa tu..

Kjee said...

ya kjee masih ingat anymz...pakcik2 kjee ada cerita macam2 tapi terlalu sensitif untuk kjee tulis di sini.
buangkan yang keruh, ambil yang jernih. kita harus positif dan sama2 menyambut seruan dato seri najib untuk kembalikan semangat 1 malaysia.

Anonymous said...

kjee nor ada ceta kesah trgis 13mei ..tapi bak kata kjee sensitif...nor ingat kejadian yg berlaku dan terjadi 2 ....3 hari sebelum peristiwa tu walaupun masa tu nor baru 3 tahun..norasmah

Nin said...

Actually kan Kjee, apa-apa kaum pun, mereka ni manusia juga. Ada hak untuk hidup di muka bumi Allah in sebab Allah yang ciptakan kita semua kan.. Jadi, kita perlu bersangka baik sesama manusia supaya tidak timbul pertelingkahan. I make friends with everybody regardless of their races, religions, skin colours...

azelin said...

GONG XI FA CAI!!!! thanks kjee...hihihi segan plak hafiz..malu2 arnab dia tgk gambar dia kat blog kak jee..:D TAKUTNYE DGR KISAH 13 MEI..apa lagi org yg mengalaminya ..harap2 malaysia aman selama lamanya...yg penting kita kena tanamkan semangat 1 malaysia pada anak2 supaya mereka menghormati semua bangsa..

Ami said...

Gong Xi Fa Chai kepada semua kawan2 yang menyambutnya! anak saya dulu saya sekolahkan di sjk (c) subang dan walaupun dia kini sudah 2 tahun bersekolah menengah, saya tetap meningatkan nya, 'jgn lupa ucap cikgu2 selamat tahun baru' , 'keep in touch dgn kgkawan2 sek rendah dulu', . adap yang baik dikekalkan, hubungan yang mesra dieratkan.

Anonymous said...

best lah dengar pengalaman kak jee.. ras amacam nak buat filem je..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...