Thursday, February 3, 2011

38. doa buat adik2 kita di mesir

ini cerita adik adik yang terperangkap kat mesir tu. adik adik betul bukan adeek adeek yang tu tau! nanti korang konfius lak.

tadi kan masa kjee gi makan kat restoren Mahbub depan bangsar village bersebelahan dengan mesjid saidina abu bakar, jemaah mesjid tengah solat isya'. habis solat, ada imam baca doa panjang lebar.  

kjee pun angkat tanganlah dengar dia berdoa. doa beliau termasuklah doa untuk adik adik kita di mesir. moga allah swt selamatkan mereka. moga mereka juga selamat kembali ke tanah air. punyalah panjang doa beliau sampaikan sejuklah capatti dalam pinggan kjee.

apupun, samalah2 kita panjatkan doa kepada allah swt supaya adik adik pelajar2 kita kat sana tu dilindungiNya. sedih kjee dengar rintihan keluaarga mereka di sini. kjee bayangkan kalaulah anak kjee dalam situasi sedemikian, mau kjee setengah giler di malaysia.

maklumlah ingatkan antar anak gi belajar kat negara islam lebih selamat daripada antar kat amerika dan england atau negara2 omputih lain kan? apapun, semua sudah tertulis bahawa anak2 anda itu akan melalui saat saat paling getir dan trauma jauh daripada ibu, ayah dan keluarga. tetapi mereka ada allah swt untuk melindungi mereka, insya allah.

kjee dengar kat tv, beberapa ayah dan ibu mengamuk dan mendesak kerajaan segera membawa mereka pulang. ada sorang tu kata anak dia dan kawan2nya bakal memimpin negara ini, so cepatlah usahakan agar dia dan kawan2 dia dibawak balik segera.

10-ribu tu bukan  100 orang jer. kalau nak angkut, nak angkut naik apa kalau semua 10,000 pelajar tu nak dibawa pulang sekali gus. walaupun kita dalam keadaan cemas di sini, kita juga kena berfikiran rasional. bukan senang hendak menyusup masuk ke mesir dalam keadaan yang tengah bergolak sekarang. ntah2 rombongan yang masuk nak bawak keluar pelajar2 tu yang 'kena' dulu. kita manalah tahu kan.

kita minta semua rakyat malaysia tak kira kaum dan agama sama2 mendoakan keselamatan mereka. semuanya budak2 lagi. semuanya dikatakan tiada wang yang cukup untuk bertahan lama. harga kopi secawan khabarnya rm200. sesuatu yang sangat sukar.

kjee yakin perdana menteri kita yang dikasihi telah mengarahkan mereka yang berkenaan memantau 24jam keadaan pelajar2 kita di mesir. kita ada kedutaan di sana. janganlah berterusan bimbang hingga menjejaskan kesihatan. percayalah kepada qada' dan qadar.

insya allah, kami akan berterusan mendoakan kesejahteraan anak2 anda. amin.

3 comments:

Nin said...

Salam, Kjee. 2 hari tak berblog, tengok2 Kjee dah 10 entries. Kuat mandrem Kjee nih...
Betullah, Kjee, saya pun doakan mereka selamat. We all from hari pertama demo di Mesir, tiap-tiap hari dok mengadap CNN dan AlJazeera. Actually dari hari yang Tony Blair kena enquiry pasal mission to Iraq tu lagi dah. We have many friends here from Egypt and middle east yg further studies kat our Malaysian local univs. Kesian juga kat depa sbb risaukan family diorang kat sana.
Kjee, kita dulu kan ingat akan dapat pi belajar kat sana juga. Tapi masa tu abah kita kata kalau dapat tawaran local uni, belajar kat sini je la.. Tup, tup, dapat offer from local uni. Ada rahmat jugakla sebab tahun tu Gulf war. So ramailah senior2 yang kena balik. My friends yg nak ke sana tak kesampaian.
Tapi anak dara saya bercita-cita nak study medicine kat Ain Syam di Egypt. Kita ni doakan yang terbaik je buat dia. Dah dia nak ke sana, kita ni sbg ibu mestila support dia dan doakan kejayaan dia. Harap-harap masa dia nanti tak ada masalah yang sebegini... Amin.

Anonymous said...

Amin...saya juga mendoakan semua rakyat m'sia, dan mereka yg tidak berdosa terselamat di dalam rusuhan ini. kalu baca blog 'jelitawans' seram sejuk dengar banduan2 yg lepas lari, kaum wanita dirogol, bekalan2 terputus dsb. saya tak punyai anak di sana, tak juga punya sedara mara atau anak2 kgkawan yang terlibat. tapi sebagai sesama Islam, kita doakan agar Tuhan sentiasa melndungi insan2 yang tidak berdosa....Zumaira

Kjee said...

nin: daripada susah hati apa2 jadi kat luar negara, it's better anak2 kita belajar local uni. nadia pun sama. i'd rather pay dia masuk IPTS rather than kene antar other states kalau masuk Uitm. anak sorang jer.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...