Thursday, February 3, 2011

39. aku dan eton... zaiton sameon

kjee kenal zaiton sameon masa dia belum terkenal lagi. sebelum dia jadi penyanyi atau recording artiste, dia ni dulu nyanyi kat pub. kalau tak silap nama pub di mna kjee jumpa dia ialah New castle, kat jln TAR. masa tu dia nyanyi dengan rohana jalil.

kjee pergi dengan arwah bapak nadia masa kami baru jer kahwin. tujuan kjee nak cari beritalah kerana ada orang kata rohana jalil nyanyi kat situ. masa tu rohana pun belumlah terkenal dan bukan artis rakaman. tapi orang kata suara dia sedap, cubalah interview dia.

masa kjee sampai, rohana belum datang lagi. zaiton ada. zaiton nampak kjee. dia terus dapatkan kjee. mungkin dia kenal kjee wartawan. kami pun bual2. dia ni ramah sangat. pastu rohana masuk. dia nampak zaiton mesra sangat ngan kjee. muka dia masam. dia tahu kjee nak datang tapi kenapalah si eton ni menyibuk kat situ. terus dia buat tak tahu. pandang atau nak sapa kjee pun dia tak nak.

apa lagi, selepas habis berbual dengan zaiton, kjee dan suami pun belah lah. nak tunggu apa lagi. sombonglah rohana jalil. so tak payahlah aku tulis pasal dia. sebelum bergerak, kjee bagi nombor telefon kat zaiton. dia jugak mintak alamat rumah. katanya bila senang nanti dia nak datang rumah. oklah.

habislah cerita kjee dengan zaiton sameon. kemudian satu malam, kira2 setahun kemudian, kira2 kul 2 pagi, ada orang ketuk pintu apartmen kjee. kami tengah tidor. bapak nadia bukak pintu. terkejut lihat zaiton sameon di depan pintu. rambut berserabai dan bahagian bawah badannya (dari pinggang ke kaki basah). eton kata dia turun teksi pastu terjatuh dalam longkang depan apartmen kjee.

dalam keadaan kami suami isteri yang mengantuk, zaiton ceritalah apa terjadi sampai dia tiba dirumah kjee. tapi semua kjee tak nak ceritalah kat korang ya. off the record.

petang esoknya, bila kjee balik kerja, dia kata dia nak balik. kjee tanya nak ke mana, dia diam jer. pastu dia menonong jer keluar. hmmm ntahlah budak ni, kata bapak nadia kebingungan.

pastu lama tak dengar kisah dia. tetiba satu hari kjee pergi show pop yeh yeh kat kuala pilah. tetiba kjee tengok dia ada. kjee ikut rombongan sebagai artislah konon. menyanyi dan melawak. zaiton ikut rohana jalil. masa tu rohana dah mesra sikit ngan kjee. dia lupa kot apa dia buat kat kjee sebelum tu. tak kisahlah.

bersama grup artis termasuk m osman dan s jibeng. dia orang mewakili artis pop yeh yeh. kami semua tinggal dalam satu rest house. petang masa nak show, kami semua bersiap2lah. s jibeng mintak izin masuk bilik kami untuk berbual. kjee pun interview beliau. tetiba eton masuk ntah dari mana. dia nak tukar baju tapi dia risau sebab s jibeng ada. rohana pulak kata: " ala ton, kau salin jer baju kau kat sini, abang jibeng kan buta."

ya tak yer, kata eton. jibeng ketawa berdekah2. eton pun selambalah salin baju. dia bukak habis sampai tinggal bra ngan panties jer. faham2lah eton kan. dia ni pun ala2 kurang sposen. body dia solid molid gitu. tetiba jibeng bukak mulut.

"wah sepasang merah yer Ton?!!" semua terkejut. eton lari lintang pukang dalam bilik cari perlindungan. rupa2nya jibeng memang tak nampak tapi dia nampak warna tau. memanglah eton pakai sepasang bra dan panties merah!! menyumpah eton bagai nak rak. jibeng bangun perlahan2 dan keluar bilik ketakutan. tulah kisahnya.

bab2 eksiden kjee tak nak sentuh sebab satu malaya dah tahu. kjee hanya nak beritahu, van yang eton guna tu milik penyanyi fareez, bekas suami noraniza idris. van itu memang nak cari mangsa. kalau tidak eton yang kena, mangsanya ialah kjee tahu. serius ini bukan rekaan. kjee guna van itu sehari sebelum eton. kjee pergi USM penang jumpa rosnani jamil. kat penang banyak kali kawan kjee yang pandu nyaris kene eksiden. kjee tak tahulah nak cakap apa masa tu. kemudian apabila kami nak serahkan van tu, budak eton dah tunggu nak amik van. dia marah2 sebab lambat kami antar. esoknya eton eksiden guna van itu. dah tertulis kan.

ok. bila dah eksiden, eton dah jadi orang lain. dan kjee baru2 ini setelah hampir 20 tahun, berjumpa dengan eton di shah alam. ada orang yang uruskan pertemuan itu.

sebak, pilu dan sayu kjee tengok dia. kjee peluk dia. lama dia amati kjee. kemudian dia mengucap panjang. kami berbual sakan. cerita macam2 sampaikan bab s jibeng kenal warna merah tu.

sebelum kjee balik, kjee confirm 100% eton sebenarnya dah pulih 98%. jangan ada nak kata dia hilang ingatan atau gila. kjee tanya dia banyak soalan masa dulu. masa dia belum eksiden. dia jawab perfect 10/10. kjee kata rumah kjee dekat dengan rumah dia yang terakhir sebelum eksiden. dia siap bagi alamat rumah!!! dan macam2 lagi yang kjee sengaja test ingatan dia. dia jawab dengan tepat!!

so eton ni dah sihat. kjee buat kesimpulan dia sebenarnya cukup konfius dengan kehidupan dia sekarang. kalau boleh dia mahu lupakan detik2 kehilangan anaknya Irwan, kehilangan ibu dan ayahnya dan macam2 lagi sehingga dia terlantar dalam kehidupan yang serba kekurangan.

tapi apakan daya eton. kalau dia cerita kat orang yang dia dah okay, semua seperti tidak percaya sebab kekadang pertuturan dia agak blur. so semua kata eton hilang ingatan, gila dan sebagainya.

apapun, kjee tetap berpegang kepada kepercayaan kjee yang dia dah okay. kalau orang lain kata tidak, terserahlah. tetapi dia perlukan banyak bantuan kerana keupayaan dia mencari rezeki sudah terbatas. so janganlah persatuan artis yang pernah hulurkan rm500 kepadanya setiap bulan, hentikan bantuan itu. kjee tahu eton sudah tidak dapat lagi bantuan tu. korang tak kesian ke pada dia?

17 comments:

SITI NORBAINI said...

setiap kali lalu kat taman melawati sy akan memandang rumah lereng bukit yang pernah jadi milik beliau satu masa dahulu

Kjee said...

betul...umah kjee kaat bawah bukit tu.

sharifah rosidah said...

Masa kita sama2 jumpa dia, aku pun cerita pasal kes Hasnah Harun dan Rafeah Buang kena tenung dengan S.jibeng masa sedang menyalin pakaian.maknanya betulah S.Jibeng ni memang tak beritahu orang yang dia tu boleh nampak warna kan! Kesian tengok Eton kan Jee.

rohayu said...

Kak Eton pernah tinggal dgn adik nyer di Putrajaya dlm 2-3 tahun lepas..so selalu jumpa K.Eton..suara nya masih sedap,ingatan makin pulih..cuma agak kesian..dia seperti konfius,sedih atas kehilangan tersayang..Semua Org tahu,Beliau amat sayangkan Arwah Anak nya..Al-Fatihah..

zu said...

terharu dgn kisah k.eton..sama2 kita doakan k.eton tabah & kuat semangat menghadapi segala ujian dariNya..yg pasti mesti ada hikmah disebaliknya..
Amin..

Eizam Merican said...

kak gee : sedih zam baca entry ni. Kesian kak zaiton. Penyanyi yang meletup tahun 80-an jadi macam ni...hanya Allah yang tahu apa sebenarnya. Harap orang dapat membantunya. Insya Allah. Berbalik pada kes S Jibeng nampak warna..eeeeeeee...tak sangka ek orang tua tu...apa2 pun lelaki kan....tak nampak semua pun. warna pun jadik yer..ooooppsssss...

Kjee said...

kahkahkah eizam gi cuci mulut. a jibeng dah arwah tau!!! hehehe

niey_muhaini said...

Smg Kak Eton sentiasa dalam peliharaan Allah.Sudah tertulis nasibnya sebegitu.walaupan kehilangan org2 yang disayangi namun dia masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan..
tetap meminati lagu2nya..

Nin said...

Semoga kehidupan beliau lebih selesa selepas ini..

mummy_hanny said...

Kjee, Mona dan arwah papa Mona adalah antara peminat setia Zaiton Sameon. Suaranya yang gemersik indah serta serak2 sikit tu amat unik dan, bagi pendapat Mona, pada hari ini masih tiada yang mampu menandingi kekuatan vokal yang Zaiton Sameon ada. Mona harap dan berdoa, semoga Zaiton Sameon akan dapat mengatasi kesedihan serta rasa confuse dia very, very soon agar dia akan pulih 100%. Semoga Allah melindungi serta melimpahkan rahmat serta rezeki buatnya. All the best to Zaiton Sameon!

Anonymous said...

sedih baca cite zaiton ni...seolah2 mcm dlm senikata lagu top dia 'dulu aku sendiri, kini aku sendiri, hadapi hidup ini....' semoga zaiton tabah dengan segala dugaan ini dan mendapat perlindung Tuhan selalu. zumaira

Anonymous said...

Kak Jee, Kak Eton best, suara power of luv... semoga Kak Eton sihat sentiasa & all the best...!!! - (Fendi)

Unknown said...

Saya pun minat suara Kak Eton dulu....skrg ni just rasa kasihan jela. Hanya doa ku kirimkan semoga setiap urusannya dipermudahkan Allah. Dan moga Kak Eton kita boleh jadi baik mcm Noorkumalasari, takyahlah nyanyi lagi, skrg bkn zaman awak lagi. Sedih sy org keliling dok ngutuk & ngata Kak Eton bila dia nyanyi esp bdk2 muda.

Syed Putra.

Anonymous said...

saya kesian dengan nasib yang menimpa kak eton semenjak terlibat dalam suatu kemalangan dulu. Termasuk Kehilangan anak, ibu bapa meninggal. Dan juga kehilangan wang pencarian. Saya sokong pendapat kak jee mana 2 persatuan artis 2 yg pernah hulurkan bantuan rm 500. Tolong jangan hentikan bantuan. Kesian lah kat kak eton. Lebih - lebih lagi kak eton takde suami. Kalau kak eton ada suami mungkin dia tak susah payah nyanyi balik. Dia nyanyi balik pun semata mata kerana mencari rezeki. Dan kerana masih berminat dgn nyanyian. Masih ramai lagi peminat dia yg mahu dia menyanyi semula.dia takde niat pun nak berlawan dengan mana mana artis muda sekarang. Sebab dia tahu ini bukan zaman dia lagi. Dia menyanyi pun sebab ingin mencari rezeki dan sebab dia memang berminat dgn nyanyian. Pada saya tak salah kalau dia nak nyanyi balik. Kak eton usah peduli dgn kata kata sesetengah orang yg tak berpuas hati kak eton nyanyi balik. Pekakkan telinga je.

Anonymous said...

Baru lepas tgk filem Zaiton Cerita ku...nangis sebab kesian tgk dia merana.

-Ayop-

Anonymous said...

saya prminat zaiton sameon.Best jalan citer zaiton kisahku.anak2 saya kata citer in best sangat sampai lebih 5 kali ank saya tengok.tak boring kata mereka.sedih citernya.mereka sanggup download lagu2 zaiton sameon yg menjadi lagu kegemaran mereka.walaupun sebelum ini anak2 saya tak kenal siapa zaiton sameon.sekarang dah mengenali dan menjadi peminat mereka

Alep Anuar said...

Kalau boleh nak sangat jumpa dia...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...