Friday, February 4, 2011

41. keruntuhan moral anak melayu

entry malam ni lain sikitlah. serius sikit. untuk panduan mak mak dan bapak bapak di luar sana. kjee ni tak lah terer sangat nak bagi nasihat. tapi dah berkontena garam kjee telan. so adalah pengalaman sikit2 sana sini.

semalam, masa kjee gi bentong, nadia call kata dia nak gi bowling kat Berjaya Times square selepas group discussion dengan temannya di Uni. oklah kjee bagi greenlight sebab kjee tahu teman2 dia kat Uni semuanya waras2.  lagipun, nak pergi siang, malam hanya untuk keluar dengan mama dan papa. ada gak kawan2 dulu yang cuba cucuk dia. "eh dah umur 22 tahun pun tak boleh keluar malam lagi ker?" nadia bagitau dia orang, dia pun memang tak minat.

masa kjee dalam perjalanan balik dari bentong nadia sms bagitau dia dah ada kat rumah. isyhh budak ni, kata hati kjee. orang dah bagi greenlight, tak nak pulak pergi. rupa2nya dia dah sampai Berjaya Times Square dan masuk tempat bowling. "penuh sangat mama dengan budak2 bawah umur. bukan jer main bowling. amik kesempatan berpeluk2 di sudut2 gelap di situ. apa lagi, nadia dan geng teruslah balik." kata nadia.

masa kjee kecik dulu, kjee pernah sembang2 dengan ahmad fauzee. dia abang sulung. oleh kerana kjee anak nombor dua, kami rapat. selalu fauzee kata kalau besar besok, tak nak ikut macam mak dan bapak. asyik kontrol jer kita kan. tak boleh keluar tak boleh itu, tak boleh ini. kjee pun sokong jer lah cakap dia. mak dan bapak memang tegas. dah kerja pun, kjee masih kena rotan tau!! semuanya sebab kjee nak ikut kawan2 keluar malam. mak bagi can tapi balik, bapak tunggu dengan rotan.

bila dah ada anak sendiri baru kjee sedar apa yang dilakukan oleh arwah mak dan bapak adalah yang terbaik. cuma cara bapak tu tak kenalah. silap sikit dirotan. kalau kita buat cam tu pada anak2 sekarang, panjanglah langkah dia orang lari tinggalkan rumah.

masa kjee meniaga di anjung melawati, taman melawati dulu, kjee stress tengok tingkah laku anak sekolah menengah (anak melayulah, apa lagi) yang ponteng sekolah. gerai kami di foodcourt Anjung melawati bukak pukul 7 pagi. pukul 7.30 pagi dah ada yang melepak walaupun di hari pertama persekolahan. selamba jer hisap rokok lelaki dan perempuan. jalan berpeluk pelukan, duduk beriba...betul, duduk atas riba di hari jumaat ketika orang sibuk berebut cari pahala solat jumaat.

kjee tak bagi muka. ada saja budak sekolah cuba ponteng dan order makan di gerai kjee, kjee enggan jual. duduk berpeluk2, kjee suruh pindah ke tempat lain dengan baik. oleh kerana ada gerai lain di situ yang sanggup melayan budak2 ni, maka hari2 ramailah berkumpul kat situ. polis kalau datang, makcik kedai itu akan segera menjerit suruh budak2 lari menyorok.

ada satu hari tu, guru besar sendiri kunci gate sekolah. budak2 tak boleh keluar ponteng. makcik gerai tu telah pergi ke sekolah menengah itu dan serang pejabat guru. dia kata kenapa tak benarkan budak2 keluar sebab bisnes dia terjejas teruk! cerita ini disampaikan seorang guru disiplin sekolah itu pada kjee.

kat foodcourt anjung melawati ni ada tandas. budak2 sekolah lelaki dan perempuan keluar masuk tanpa segan silu berdua2 dalam tandas perempuan. pernah satu ketika, ada orang tangkap budak umur 12 tahun (darjah 6) bersama budak lelaki umur 14 tahun sedang projek dalam tandas. siap tengah buat seks oral lagi!!!

kjee tak pasti korang ada tak tengok video budak perempuan remaja dan pakwe dia beromen tepi jalan di depan pavilion Kl. orang lalu lalang horn kereta tapi dia orang terus berkucupan tanpa hiraukan orang sekitar. mungkin mereka dibawah pengarah dadah atau alkohol maka sudah tidak ada rasa segan silu lagi. carilah dalam you tube! ada orang tag kjee video itu bulan puasa lalu!

kjee tak nak cerita zaman kjee sebab dulu perkara ini semua tidak berlaku. kes budak sekolah hisap rokok kini bukan lagi masalah utama yang memeningkan kepala guru2 sekolah menengah. seorang guru disiplin membisikkan pada kjee, kes hubungan seks luar nikah yang paling mereka risau. sekarang mereka sudah tidak kisah lagi...tandas KFC kat taman melawati pun khabarnya jadi tempat mereka melepaskan nafsu serakah.

kjee pernah sergah budak2 sekolah yang berpelukan dan bercium tanpa segan silu dikhayalak ramai. dia orang tak takut. yang lelaki terus tunjuk penumbuk dan yang perempuan berlalu sambil ketawa berdekah2. 

tidakkah ibu bapa bimbang mengenai gejala ini? kenapa anak2 bawah umur dibiarkan berkeliaran di luar rumah selepas maghrib? kjee pastikan nadia mesti ada di rumah sebelum maghrib jika tidak, dia akan kena 'grounded' atau tidak boleh keluar bersama kawan2nya selama sebulan! kalau dia tersangkut dalam kesesakan jalan raya, dia akan segera telefon beritahu yang dia lambat balik. punyalah dia takut.

kjee dulu bukannya baik pun. sebab tu kjee pastikan anak kjee tidak akan jadi seperti kjee. tetapi kenapa ibu bapa sekarang terlalu senang melepaskan anak pergi ke mana sahaja tanpa ada rasa curiga?

dari kecik kjee didik nadia supaya jadikan kjee kawan dia. tiada rahsia antara kami. malah banyak rahsia kjee yang nadia simpan. kekadang daripada keluar dengan kawan2, dia lebih rela keluar dengan kjee. itulah caranya kita hendak didik anak. janganlah garang macam harimau sehingga anak2 apabila terlepas, dia akan lakukan apa sahaja seakan membalas dendam. ini tidak bererti anak tidak boleh diberi kebebasan tetapi kata orang buatlah ibarat bermain layang2, lepas sikit kemudian tarik balik.

semalam, kjee, unclepali dan nadia sarapan di Pak Li Kopitiam. kjee nampak keluarga ini. dua anak lelaki yang sudah bujang dan seorang anak dara, minum bersama ibu dan ayahnya. kjee beritahu nadia, kalau mahu cari suami, carilah yang seperti budak bujang tu. masih ada masa untuk ibu dan ayah, makan dan keluar bersama-sama. ramai anak bujang dan anak dara sudah tak mahu lagi keluar bersama ibu dan ayah.

jadikanlah anak2 kita kawan kita. jangan ada jurang pemisah. biarlah mereka menangis sekarang, jangan kita menangis di hari kemudian.

8 comments:

Mat Gebu said...

salam malam kak jee..betul2..saya pun takut juga, dekat anak2 buah siap pesan (depa tu baru jadi anak yatim)..kalau kat sekolah, waima cikgu sekali pun (anak buah saya perempuan)..pegang atau ter ter apa2 kat kws yang tak sepatutnyaa...jgn kasi muka, jerit kuat2... itu masalah di sekolah, kat kampung kami pun ada gak kejadian tak bess...jgn ingat budak bandar je hebat..kampung pun hebat...jugakk, ada tu siap rekod kat hp yg ada kamera tu, yang bingai nya apa tau, budak pompuan tu muka nampak, yang lelaki tak....hmm patut tak hp ada kamera ni kita larang budak2 sekolah guna?...

Kjee said...

kalu ko kaat sini CMG, tentu ko pengsan tengok budak2 KL ni. maleh nak citer. kita orang tua pun malu lak tengok dia orang beromen. terus sangkat kaki dan blah! teruskan nasihat anak2 buah. bahaya sekarang!!!

lizaharun said...

time kasih kakjee..bnyk pengajarn saye dpt bace N3 kakjee ni..

Anonymous said...

n3 ni nor takde anak dah tapi anakbuah ramai alhamdulillah mereka2 ni jenis dengarkata senang le kita nak maegasuhnya ....semuga tak sampai kesitu pergaulan takut kjee tengok perangai bebudak ni d shoping complek kita yg malu...moral zaman ni

Eizam Merican said...

bagus kak gee..penyakit sosial budak2 sekarang.Dia orang semua terpesong dan tersasar lebih jauh. Maka ibu-bapa lah harus memainkan peranan. Guru dan masyarakat mesti perhatikan dan menegur juga. Semua pengaruh kawan2 dan mereka terikiut-ikut budaya barat.

Selendang Enterprise said...

sebijik macam mak saya selalu cakap biar dia menangis sekarang,jangan esok kita menangis,tapi klu terlalu baik pun kak jee,musnah jugak,cam jiran saya tu,anak2 tak nak sekolah tak marah,anak2 lepak ngan lelaki kat rumahpun tak marah,lama2 budak2 tu dah tak nak sekolah umur baru 14 tahun sayangnya.gelap masa depan dia.

Nur68 said...

betul tu Kjee, sy pun naik risau tgk keruntuhan moral budak2 sekarang...which reminds me of an incident jumaat lepas..anak jiran sy bergaduh kat depan rumah, entah mamat mana yg dia pukul ...ikut cerita jiran sebelah rumah yg tengok gelagat mereka, anak jiran sy tu minum air setan tu dulu baru nak mengamok...he was shouting like mad...sblm tu elok je dia gelak2 dgn kawan2 dia dpn rumah tu tiba2 dtg antu..yg paling sy geram sgt tu kan, ayah budak tu biarkan aje...kalau bpk sendiri tak tegur anak, mcm mana lah anak nak dengar nasihat org lain...sedih tgk anak bangsa sendiri rosak mcm tu,

Anonymous said...

sokong dengan pendapat dan teguran serta nasihat yang kak jee bagi. Anak muda sekarng sukar dikawal. Sebenarnya didikan bermula dirumah. Malangnya ramai ibubapa sekarang tidak ada ilmu keibubapaan.Pandai nikah dan buat anak saja tapi tak pandai mendidik. Ada aspek-aspek tertentu yang diabaikan dan tidak dititikberatkan. Sebagai orang Islam, kita sudah diberi garis panduan dalam mendidik anak-anak. Mereka adalah aset kita yang penting .. dunia dan akhirat. Ibubapa adalah role model terbaik untuk mereka. Sayangnya, ramai ibubapa ( terutamanya bapa .. ) yang tidak ambil berat hal-hal yang berkaitan soal ibadah seperti solat berjemaah, tazkirah ringkas selepas solat. Kalau si bapa tidak pandai untuk mengendalikan solat berjemaah .. dia wajib belajar. Kalau solat maghrib wajib dilakukan secara berjemaah di rumah .. maka tiada sebab untuk anak-anak dibiarkan begitu sahaja apabila mereka tidak ada dirumah ketika itu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...