Saturday, February 5, 2011

43. gossip artis...meloyakan!

pepagi buta dah nak mengumpat. eh bukan mengumpat tau. nak cerita yang realiti. itulah sebabnya kjee tergolong dalam geng wartawan yang tidak disukai artis (dan mereka yang sewaktu dengannya). sebabnya, kjee tak tulis gossip tapi tulis yang kenyataan.

sapa tak suka baca gossip. arwah mak dulu pun suka. terkekek kekek dia ketawa. kemudian apabila dua anaknya menjadi artis, barulah dia risau. yalah, takut terkena batang hidung dia sendiri. tapi anak pompuan dia ni, tak pernah masuk dalam ruangan gossip. cuma dia yang kendalikan ruangan gossip. hah sapa nak jawab. aku tukang canang gossip orang, boleh?!!

gossip adalah makanan dan asam garam hidup artis. omputih kata walk hand in hand. seiring dan sejalan...ewah pinjam lagu broery dan kak pah jap. kat paper ada citer gossip, kat tv pun ada. kat radio ada ker? lantaklah aku bukannya ada radio kat umah. hanya dengar radio dalam kereta.

kjee paling menyampah kalau ada artis (yang baru bergelar artis), canang sana sini kononnya dia tak kisah kalau kalau ada citer gossip. itu bakal menaikkan nama dia. kau nak naik camner? kau tahu tak kalau kau selalu kena gossip, yang dah sarat, sesarat 'dosa2 yang bakal kau lakukan' (opsss ya ampun hanya allah swt jer yang decide bab dosa tau), maka akan terus menjunamlah jugak masa depan kau tu!

atau pun kjee paling loya kalau ada budak2 yang baru enter frame berlakon drama dah gelar diri mereka pelakon. atau yang baru masuk pertandingan karaoke, dapat tempat corot, gelar diri mereka penyanyi. lepas tu kata dia jadi anak seni (fuyooo anak seni konon) sebab nak kahwin anak raja. ada gua cakap lu artis bengap kata macam tu kat wartawan. eh kata mana agaknya dia sekarang yer. dapat kawen anak raja kot..raja kapur...hehehe

dan yang paling kjee nak uwekk tahap gaban ialah, apabila dia kata nak jadi artis sebab nak ubah cara hidup dia dan keluarga. semua dengar, boleh kesat airmata tau. cian...baiknyer dia. first class punya nawaitu. tapi hampeh!!! ubah bukan untuk kebaikan tapi untuk jadi hantu raya. kacau rumahtangga orang, dedah bodi sana dedah bodi sini dan buatlah apa saja yang dia suka. maklumlah dah dapat pasport agung!! dah jadi anak seni!!

korang percaya tak yang artis sendiri yang undang gossip. saja buat kerja2 tak senonoh. bagi wartawan terkejar kejar dan berlumba2 tulis. kalau dia orang tak buat, mana wartawan nak tahu dan tulis? kau ingat wartawan berani ker nak reka cerita? abis tu bila dah terpapar dalam ruangan gossip, ada hati nak marah wartawan. ada hati nak saman!!

masa jadi wartawan dulu, kjee pernah sekali kena saman. korang tak payah tanya sapa yang samanlah. kjee pun sekarang dah baik balik dengan dia. dia saman kononnya sebab dakwa kjee fitnah dia jadi ibu ayam. dia saman kjee rm30-ribu! teman2 kjee kat media semua ketawa. harga diri dia rm30-ribu jer ker? maka, ada yang pergi jumpa artis yang saman kjee ni. dia orang kata kalau u berani saman fauziah samad, kami pakat nak dedahkan lebih banyak lagi 'kegiatan gelap ko'. hehehe tak lama lepas tu, dia tarik balik saman.

beberapa tahun lalu, di pasar juadah, kjee tengah meniaga. bekas suami artis ni datang. cam biasalah mulut dia. dia cakap kat nadia, baguslah camni meniaga. tok sah jadi wartawan cam mak kau. suka tulis gossip kisah artis. darah kjee menyirap. kjee kata kat malaun tu (sorry sekarang dia dah arwah). "jadi yang aku tulis dulu sampai kena saman pasal janda kau tu dulu, tak betul lah cerita tu ya? kau berani sumpah? ari ni kita sama2 puasa tau!" korang tahu dia jawab apa? "hehehe yang tu...oklah tapi citer lain..." eh ehh ehhh dia nak kornar ke lain pulak. pastu dia salam kjee dan mintak maaf di hari baik bulan baik. tak lama lepas tu, dengar cerita dia meninggal!!!

korang tahu tak 50% daripada gossip yang korang baca kat paper ada kebenarannya! kjee berani cakap 50% jer sebab takkanlah sampai 100% betul kan. macam mana wartawan tahu? ah tak payahlah tanya macama mana wartawan lain tahu. tanya kjee macam mana kjee tahu okay. kjee tahu sebab dapat feedback (maklumbalas) dari artis sendiri!

kau ingat semua artis baik sesama sendiri? ramai gak yang mulut longkang bukan wartawan jer tau! kjee pernah dapat banyak info seperti "eh kau check jee artis si polan tu...anak dia tu. dah umur 3 tahun tapi dia kawin baru 2 tahun. si jantan tu pulak mengaku kat orang ramai dia orang dah lama kawin sebab sayangkan isterinya. nak coverline konon bab anak tu. sebenarnya, anak tu, bukan anak dia. anak dia tuttt dengan seorang pelakon popular tapi pelakon tu tak nak mengaku. maklumlah dia tengah top sekarang!"

wartawan gossip zaman ni lagi canggih. dia orang letak no handfon kat ruang gossip dia orang supaya orang ramai senang sms bagi tip pasal artis. kerja malaslah kjee kata kalau nak banding dengan wartawan dulu yang cari cerita sendiri.

apapun, sekarang kjee 'sulah angkat bendela putih'. macam apek dalam filem madu tiga tu. kjee dah tak der lagi tulis pasal gossip dalam paper. korang baca betul2 kjee kata DALAM PAPER bukan dalam blog!!! hehehe. apa korang ingat sekarang ni pun kjee tak der dapat kisah atau gossip artis. sekarang pun ada...lagi banyak tau sebab yang tukang sampai ingat kjee dah tak menulis lagi.

hehehe dia silap...manyak silap lorrr.

(ADIK2 WARTAWAN YANG BACA JANGAN LER MARAH YER.)

5 comments:

Eizam Merican said...

heheheheheheeh...artis bermacam ragam...

permaisuri said...

bkn mcm ragam jer semua mcm ada..ada yg xsdr diri,paling nyampah dh terang2 nmpk bukti salah dia dh tu xnk ngaku lak..siap ugut lak ada bukti ker klu ada bukti tunjuk lah..blm jd artis xsdr diri kita tu mcm mn dh jd artis terus lp diri sdgkan semua ni hny pinjaman dr allah shj..pttnyer kena bersyukur bkn lp daratan.

Nin said...

Salam Kjee,
Sebenarnya bukan artis je yg bermacam ragam seperti yg Eizam cakap. Orang lain pun lebih kurang je cuma tak diterbitkan dalam printed media. Tapikan kalau dah jadi artis ni, hidup diperhati bukan oleh Allah je, tapi orang ramai. Kenala jaga pernagnai tu sikit. Kita setuju dengan Kjee bila Kjee kata kalau seronok orang asyik gossip pasal dia (artis) TAPI kalau asyik tulis yg negative memang boleh terjunam terus tanpaada masa depan. Diorang ni tak serik2 ye.. Belajarlah drp senior2 yang tak pernah ada cerita bukan2. Bila orang ingat kat artis2 yg tak ada cerita sensasi ni, mereka akan terus disukai...

Anonymous said...

gosip ni ada di mana2.....seronok kot bergosip

Radziah Hassan said...

Tak ada angin masakan pokok bergoyang....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...