Sunday, February 6, 2011

46. kawanku kupu2 malam....



Apabila kjee buat citer adik adik, cerita pondon lorong dan pondan antarabangsa, ada jugak yang tanya tak de ke cerita kupu kupu malam atau madame butterfly. simpang malaikat 44.. janganlah ada di antara sedara mara, rakan taulan atau yang pernah kukenali 'terpaksa' mengharungi hidup sebagai kupu2 malam.

ketika mula2 jadi wartawan dulu, kjee ditugaskan di bahagian jenayah. ada jugak kjee ikut polis anti maksiat pergi serbu sarang2 kupu2 malam. malah ketika ini pun kjee sedang menulis satu skrip mengenai kisah kupu kupu malam. kisah itu kjee baca dalam akhbar beberapa tahun lalu. skrip berjudul Kasihnya Rima itu harus kjee serahkan untuk dijadikan drama sebelum penghujung bulan ini.

bagaimanapun, kisah yang kjee mahu paparkan ini bukan cerita drama kasihnya Rima yang bakal kjee hasilkan. apa yang kjee mahu cerita malam ini adalah mengenai seorang wanita yang pernah menjadi kupu kupu malam. dia buat bukan atas kerelaan hatinya tetapi 'dijual' tanpa disedari. kjee mengalirkan airmata dan mengeletar membaca surat kiriman wanita yang mengelarkan dirinya suzy. bukan nama sebenarnya.

di usia remaja, suzy hampir jadi mangsa nafsu ayah kandung yang rakus. dia tidak pula nyatakan samada dirogol tetapi kjee rasa dia telah diperkosa. kemudian dia melarikan diri dan berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa cina. malangnya, panas yang diharapkan sampai ke petang, tidak kesampaian. suaminya mengabaikannya, menyebabkan dia menjadi murtad.

tiada pilihan, dengan hidup terumbang ambing, dia diselamatkan seorang kakak angkat yang membawanya ke kuala lumpur. kakak angkat ini terlalu baik. dia berusaha kembalikan akidah suzy. ajar dia agama, mengaji dan solat. kakak angkat yang bekerja di sebuah kedai berhampiran rumah mereka melakukan ini selama setahun. menanggung makan pakai suzy sehinggakan satu hari, entah apa yang berlaku, suzy mula merasakan kemesraan itu semakin tipis.

suzy mencari kerja di sebuah kedai makan berhampiran dengan gaji yang hanya cukup untuk menampung dirinya. satu hari, kakak itu membawa dia bertemu seorang lelaki yang membawa dia ke sebuah tempat. tanpa disedari suzy, kakak itu telah menjual suzy ke sebuah sarang pelacuran.

suzy sudah terjebak. nak lari dia tidak berdaya kerana faham2 jer lah kalau terperangkap di sarang pelacuran, gerak gerinya diawasi gengster upahan bapak ayam. selama dua tahun suzy menjadi kupu kupu malam. satu hari apabila bapak ayam sibuk uruskan kemasukkan 'anak2 ayam baru', suzy akhirnya berjaya memboloskan diri.

dia kembali ke pangkuan keluarga di kampung. mereka langsung tidak mengetahui apa yang berlaku selepas dia mula2 lari dari rumah. tidak tahu tentang perkahwinannya dan juga tidak tahu kehidupan gelapnya selepas itu. apa yang mereka tahu, suzy kata dia ke kuala lumpur dan bekerja di situ.

suzy kini sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. dia menemui suaminya itu ketika dia pulang ke kampung. suaminya tahu semua yang berlaku keatas dirinya dan menerima dia seadanya.  kjee tak pasti samada suami suzy sekarang mengetahui apa yang terjadi kepada suzy itu sebelum atau selepas mereka berkahwin. kjee tak tergamak nak tanya dia banyak2.

kini kjee rasa suzy cukup bahagia. imejnya juga kini kearah muslimah. kalau pandang wajahnya yang comel dan lembut itu, tiada siapa yang mengesyaki apa yang telah dilalui suzy. it's a nightmare. usianya kini dalam lingkungan lewat 20-an.

suzy mintak kjee tulis cerita dia dalam bentuk skrip untuk dijadikan filem atau drama. dia mahu sangat2 agar paparan itu kelak akan menjadi pengajaran kepada semua. jangan ada yang tersilap langkah dan jadi sepertinya. kjee tak tahu samada ada stesyen tv yang mahu kisah2 seperti itu dipaparkan. tetapi kjee berharap proposal kjee kelak diterima.

apapun, kjee mendoakan agar suzy telah menemui 'cahaya di hujung terowong'. memang ada banyak lagi kisah seperti yang dilalui suzy. sama seperti yang dilalui Rima dalam kisah kasihnya rima yang bakal kjee paparkan dalam bentuk drama tidak lama lagi. rima juga mangsa keadaan seperti suzy. tetapi memang ada yang sengaja mencari duit jalan mudah menjadi kupu kupu malam. harap2 mereka segera pulang ke pangkal jalan. insya allah.

11 comments:

fanficstory said...

rasanya mcm citer dramalah k.gee...mah pernah tengok di astro tapi tajuk tak pasti arr! sebijik citer mcm k.gee citer nih! akhirnya dia kahwin dgn pemuda kampung yang terima dia seadanya!

Kjee said...

ya ker? kesian pompuan ni tau. dia siap poskan kjee polis report pasal pompuan yang pernah jadi kkak angkat dia tu amik keretanya jugak. lagi satu dia kata dia turut risau apa yang jadi pada dia akan jadi pada anak perempuan dia kelak. bab kena perkosa dengan bapa sendiri. kjee suruh dia sentiasa berfikiran positif dan mintak dilindungiNya.

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Wow, accidentally jumpa your blog, hey nice to hear from you. Gorgeous blog here.

Kjee said...

thnx paty. nice knowing you here.

CTE said...

Allah tetap akan memberi jalan dan panduan jika kita sendiri yang mahu berubah....

Kjee said...

betul betul betul CTE. kerjaya kupu2 malam ini dpercayai tertua dan (paling popular???!!!) di dunia!!!! ramai jantan2 satu dunia suka tolong mereka!!!

Tengku Khalidah Tengku Bidin said...

Kak Jee suka buat orang sedih tau....sob, sob, sob.

atievan said...

k.jee kisah benar ni dh dterjemah dlm skrip drama yer....bagus ler camtu xsabar nk tgk....tapi sya yakin citer tuss akan dluluskn tayangan nyer....think posotif yer k.jee....sya mmg suke kalu drama yg jenis dr kisah benar tapi ngan syarat mesti dptkn pelakon yg brwibawa kalu x hancuss citer ngan skrip dh strong tapi sbbkan pelakon hancuss jdnyer...byk drama melayu cam gitu k.jee smpaikn sya naik menyampah nk tgk

Eizam Merican said...

it's an interesting story. Can be converted to script..I agreed with you. Kepada suzy, alhamdulillah, dia telah kembali ke pangkal jalan..nasib baik Allah memberi dia jalan untuk keluar dari sarang/lembah maksiat itu..

Kjee said...

skrip yang kjee tangah buat ni judulnya kasihnya rima. bukan kisah suzy. tapi sikit lebih kuranglah. dah tiga tahun kjee simpan idea nak buata kasihnya rima. baru sekarang berpeluang.

Hasniza said...

Kjee..jgn lupa war2kan kat kitaorg kalo kuar tv yer..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...