Tuesday, February 8, 2011

56. aku penjaja kecil melayu...


memang kjee nak tulis pengalaman kjee jadi penjaja kecil. bukan mudah rupanya hendak menyesuaikan diri di tengah2 penjaja melayu yang sudah 'hard core'. penjaja melayu yang cukup emosional dan sensitif.

maaflah bukan niat kjee hendak mendedahkan keburukkan mereka. apatah lagi kjee juga pernah jadi kelompok itu selama hampir 6 tahun. tetapi itulah hakikat yang kita harus terima. kjee belum pernah melihat kaum lain yang meniaga sekolompok, bergaduh atau dengki mendengki antara satu sama lain. tetapi apabila masuk dalam kelompok mereka (kelompok penjaja melayu), barulah kjee berani kata hampir apa cerita yang kjee selama ini dengar, ada kebenarannya.

sewaktu, kjee sain kontrak dengan pihak majlis berkuasa tempatan untuk mengendalikan gerai di anjung melawati, taman melawati, kjee telah dibisikkan oleh beberapa pegawai supaya "meniagalah dengan baik. janganlah campur adukkan peribadi dalam perniagaan. buatlah hal sendiri!".

kjee terkejut. seorang petugas lain pulak kata, kjee hati2lah dengan orang itu dan orang ini di sana. sering buat kacau bilau hingga pihak majlis pun rimas melayan tindak tanduk mereka. mungkin pihak majlis berkata demikian sebab tahu kjee bukannya peniaga 'yang hard core'. mereka tahu siapa kjee dan mungkin mereka was2 kjee akan gunakan pena untuk 'attack segala kepincangan' di situ.

ok. kjee mulalah meniaga kerana satu niat sahaja. niat untuk mencari rezeki untuk kami tiga beranak. tidak lebih daripada itu. lagipun, kjee ni jenis manusia yang 'tidak gemar jaga tepi kain orang'. di rumah pun, kami tiga beranak jarang duduk tepi tembok, bual2 dengan jiran tanpa sebab. ataupun jadi ahli mesyuarat tingkap. kjee telah dilatih oleh ibu dan ayah supaya tidak menunggu tangga rumah jiran. alhamdullilah nadia pun ikut perangai mama dia. begitu juga apabila berkahwin dengan unclepali. dia pun satu kepala dengan kjee.

minggu pertama kami meniaga, ada lah dua tiga peniaga di situ yang bertegur sapa. pagi2 buta dah bertandang di gerai kjee. kjee layan sebab kjee tak tahu apa 'nak expect'. tapi adalah dua tiga kerat cuba 'hasut kjee supaya masuk geng dia orang. jangan campur orang sinun sebab orang sinun jahat'. kjee senyum dan kata biarlah kjee kena (bukan kenal) dulu dengan orang2 sinun tu. barulah kjee akan buat keputusan. biru juga muka kumpulan sini tu.

nak dipendekkan cerita, gerai kjee mendapat sambutan hangat. hari pertama niaga dapat sales rm400. peniaga lain kata first day mereka rata2 hanya dapat tak lebih dari rm20. kjee bersyukur di dalam hati. tak berani riak sebab takut nanti rezeki itu ditarik balik semudah ia datang.

dua bulan kemudian, majlis buat mesyuarat panggil semua penjaja. kjee pun pergi. seorang pegawai majlis tanya kjee bagaimana bisnes. kjee senyum dan berkata alhamdullilah. dia beritahu kjee ada 'dua tiga kerat peniaga' di sana komplen pada majlis yang kjee kaup semua customer dan 'tidak mahu berkongsi dengan mereka!"

ini satu berita baru buat kjee. 'kaup semua customer?" dia orang turut mengadu kjee tidak 'carikan customer untuk mereka!". aduhai. berapalah agaknya gaji mereka berikan kepada kjee untuk carikan customer untuk mereka? hati kjee sudah mula berdetik. ini satu permulaan yang kurang sihat.

kemudian, kjee jumpa dua orang yang kjee sudah agak 'tukang komplen' itu. kjee kata begini. bagaimana kalau kita semua masak apa jua yang kita jual dan kita buat satu sessi 'food tasting'. kita diberi kebebasan untuk mengritik mana2 makanan yang dirasakan kurang sedap. DAN kita sama2 cari jalan untuk 'menyedapkan' makanan tersebut! itu pandangan ikhlas kjee demi mengundang lebih ramai customer ke situ. kalau semua gerai jual makanan berlainan dan sedap, insya allah medan selera anjung melawati akan dilimpahi customer.

nawaitu kjee diputar belit. dia jaja kepada semua yang kjee KATA DIA ORANG SEMUA TAK PANDAI MASAK. SEBAB ITU HANYA GERAI KJEE JER LAKU SEBAB KJEE MASAK SEDAP!!! maka sebab itulah kjee nak buat sessi food testing. nak tunjuk tererlah konon, kata si tukang komplen tu. ada lak yang sampaikan kat kjee. aduh..kena pulak.



sejak itu, kjee asingkan diri daripada semua penjaja di situ kecual dua tiga kerat yang juga seperti kjee yang tidak suka campur hal ehwal orang lain. mereka buat persatuan. kjee tanya majlis samada menjadi ahli satu kemestian. majlis kata tidak. so kjee tak jadi ahli sebab jadi ahli hanya mesyuarat sahaja tiap minggu dan asyik komplen saja. mereka mahu majlis kecualikan mereka daripada bayar sewa bulanan atau buat gerai di food court itu secara sewa beli. kjee dengar saja mereka menyalak masa meeting dari jauh. tapi kjee tak masuk campur sebab idea dia orang itu langsung tidak masuk akal.

ada satu kakak ni lagi best. dua tahun sebelum kjee berhenti meniaga, dia sudah datang gerai kjee. dia meniaga tiga ke empat gerai dari kjee. dia kata kalau kjee berhenti meniaga, dia akan ambil semua menu kjee sebab dia kata itulah yang customer suka. kjee tanya kenapa tunggu kjee tutup, ambillah sekarang. dia kata tak bolehlah. itu kurang ajar dia kata.

eh pelikkan. kjee belum lagi ada rancangan nak berhenti meniaga dia dah cakap macam tu. agaknya dia 'ahlil nujum pak belalang punya species'. kemudian adalah dua tiga orang customer kata tiap kali dia pergi kedai kjee tak nampak kedai bukak. kenapa? eh kjee kata kjee hanya cuti sehari dalam seminggu. dia mula kata kedai kjee kena 'selubung ngan ilmu hitam'. ada pulak satu pakcik ini, dia kata dia jumpa duit siling satu sen dengan jumlah yang banyak belakang gerai kjee. dia suruh kjee hati2 dan macam2 lagi. kjee berfikiran cukup positif. pada kjee, hanya satu sahaja pelindung atau pendinding kami iaitu allah swt.

lagi best kes ini. satu pagi kjee baru saja bukak kedai. ada kawan baik kjee tengah makan nasi lemak. selesai sahaja dia makan, kami bersembang. datang drebar yang bawak lori ais (budak melayu) dengan pembantunya orang bangla. dalam hati kjee, aku naklah belanja budak ni makan sebab dia supply ais hari2.

budak melayu itu order nasi lemak. dia makan satu suap saja. tetiba dia menjerit sekuat2nya. kjee dan kawan kjee yang tengah bersembang terkejut. "hey kau jual nasi lemak basi ker??!!!"

kjee terus bangun. unclepali yang tengah buat air berlari kearah lelaki itu. kjee kata nasi lemak itu baru 10 minit keluar dari kukusan. mustahil basi! kawan kjee pun kata dia baru sahaja makan dua bungkus. mana ada basi. kjee ambil sudu dan kjee rasa nasi lemak lebihan budak itu. tak basi pun. dia menjerit lagi kata jangan sesekali tuduh dia penipu!!!

unclepali minta maaf. masuk dan bawak keluar roti jala. dia pulun sampai habis. dari niat hendak belanja dia, kjee tak jadi belanja. dia campak duit termasuk duit nasi lemak sekali! bila dia pergi, kjee ketakutan tapi kawan kjee suruh kjee tenang. itulah adat meniaga. esoknya kjee cancel berlanggan ais dengan dia kerana takut dia 'apa2kan' ais yang kjee amik dari dia. nanti customer kjee jadi mangsa.

oh ya. petang itu, sewaktu kjee hendak kemas kedai, orang gaji kjee pergi buang sampah. dia lalu di belakang gerai tidak jauh dari tempat kjee meniaga. dia lihat budak drebar lori ais itu sedang seronok bercerita sambil tepuk tampar dengan seorang peniaga di situ. ntah apa yang dicerita tapi bila kakak gerai itu nampak maid kjee, dia suruh budak ais itu diam! hah korang fikirlah sendiri. drebar ais itu sebenarnya salah pilih hari. hari dia buat kecuh di gerai kjee, ketika itu belum ada customer cuma sorang saja. kalau ramai tak tahulah apa akan terjadi.

begitulah senario meniaga di tempat di mana 100% peniaganya adalah melayu. eh silap dua daripada 20 gerai itu milik mamak rojak dan cendol. kjee berhenti meniaga bukan kerana kjee telah 'terkena serpihan apa sahaja yang mereka lakukan' tetapi kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

mula2 kjee sakit, ada customer risau dan suruh kjee cari ubat melayu dan cari pendinding. tak mengapalah kjee kata. itu semua kuasa allah swt. setiap pagi sebaik sahaja melangkah masuk kedai, kjee pasang surah2 termasuk surah yasin dari handfon kjee. setiap hari without fail. itulah sebenarnya 'tangkal rezeki dan pendinding'.

ada juga tanya apa ilmu kjee guna sampaikan kalau kjee tak meniaga, customer yang datang enggan tunggu atau pergi kedai lain. kjee kata, rahsia kjee yang paling utama ialah doa, kedua yang kjee rasa cukup penting ialah MASAK MESTI SEDAP DAN MENIAGA MESTI IKHLAS. 

kalau masakan kita tak sedap, gunalah tangkal dari langit sekali pun, kjee rasa orang tidak akan jenguk gerai kita dua kali!!! melainkan kalau kita bagi mereka makan free!!! tapi kalau makanan free itu tidak sedap, mahukah anda telan?!!

seperkara lagi banyaklah bersedekah. kalau ada orang tua atau orang mintak sedekah datang, berikanlah mereka makan. kita tidak tahu samada mereka itu malaikat yang datang berkunjung. wallahualam.

11 comments:

resepi said...

entri yg sangat menarik kakjee..emak saye pon jdi mngsa mcm kakjee..ckop lah..sampai skrg keluarga saye d pulaukn oleh org2 MELAYU..susah nk cerita kakjee...hnya hati je menagis bila mengenangkn sikap peniaga2 melayu yg bepuak2, bedengki2 dn bemusuhan sesama sndiri..bukan ikut stail peniaga cina..berniaaga besaing secara sihat bukn dgn bomoh membomoh..sampai bila2 lah melayu tak maju sbb sikap sebegini..maaf yek pada sesape yg tersa.inilah ralitinya

Anonymous said...

selagi ada phd..melayu tak boli jalan seiring dalam dunia apapun.....

Kjee said...

itulah dunia....

Love Till Jannah said...

realiti!
tabah betul k jee...

Lisa Amin said...

Terima kasih la kepada Kjee yang sudi berkongsi pengalaman meniaga dengan pembaca. Bukan senang nak dengar pengalaman sebenar macam ni...... semoga kita semua berhati-hati dah jauh kan diri dari sifat hasad dengki. Sesunggunnya kita semua berkongsi rezeki dengan orang lain. Tamak Tak membawa kita ke mana-mana.

Anonymous said...

hmmm mana2 pun sama... beniaga kecil2 lan... duit abis pergi pekena org lain... tak ke bodoh...

nana said...

kjee, saya nk ambik pengalaman ni bubuh dlm fb saya. saya sedang melalui pengalaman kjee ini. semoga nota kjee akan jadi penguat semangat saya.

Kjee said...

silakan nana

Anonymous said...

Assalamualaikum Kjee...
dunia berniaga ni macam2 hal kan...
teringat kes adik saya yg bekerja sebagai tukang masak di Putrajaya
ramai pelanggan tiba2 tak puas hati dengan hasil masakannya..
walaupun dah diletak garam, tapi mereka kata masakan tu tawar & langsung tak sedap
lepas tu majikan adik saya jadi pemerhati adik saya kat dapur...
siap masak, majikan tu rasa & dia kata dah sedap
tapi bila dibawa ke meja makan, rasa masakan tu dah lain
maknanya, bila dimakan di dapur ok, tapi bila keluar dari dapur, dah tak sedap...
adik saya masa tu diberi seminggu cuti & dlm waktu tu majikannya mencari ikhtiar utk pulihkan keadaan.
Alhamdulillah, sekarang masalah tu dah selesai...

zila_ziham@yahoo said...

entri ni sgt menarik kjee,terima kasih berkongsi pengalaman dgn pembaca..moga kita dijauhkn sifat hasad dengki sesama manusia....sy suka dtg ke blog ni mcm2 citer...mekasih zila66

Rashidah Zainal said...

mmg mcm niih ler org2 melayu kter brniaga kak G//pnuh dgn hasad dengki..kalo tngok org cina..bkn saje tk dengki dgn kaum dier brniaga..malah mmbantu lgik..mcm kalo brniaga brg2 runcit.harga utk kaum dier mmg hrga special..juah lgik murah..tuuh sbb bngsa dier bole terus brniaga...tpi org melayu niih sush nk ckp le..penuh dgn hasad dengki..tk bole tngok org lane brjaya..msti ler gunakan mandram...ape slhnyer kalo brniaga cara sihat..rezeki tuuh dtg dri ALLAH SWT..kalo tk yakin dgn rexeki ALAH tuuh yg jdik mcm yg kak G kena...mentaliti pniaga melayu niih mmg kne ubah ler kak G..selagi begini smpai bler pn tk kmner...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...