Friday, February 11, 2011

62. world yang tak world

kjee pasti korang mesti pernah jumpa manusia jenis world ni. bukan 'world' tu tau. world tu tak tahu agaknya pandangan orang pasal insan bergelar world. maka dia gunakan tagline world. kalau dia tahu, kjee rasa siang2 lagi dia dah buang jauh2 perkataan itu.

amboi, kjee dah mengumpat hari ni yer. ooppps ya ampun. bukan mengumpat tapi kjee cerita jer. cerita tanpa sebut nama diklasifikasikan sebagai mengumpat ker? oohhh tidak...kalau kita sebut nama barulah mengumpat kan. tak per habis cerita nanti, boleh mintak ampun.

masa kjee kerja kat NST dulu, ada seorang insan ni yang semua panggil world. nama dia bukanlah world tapi kjee rasa ramai tak tahu nama sebenarnya sebab sedar2 orang dah panggil dia world! kjee rasa nama tu kekal sampai ke hari ini walaupun kjee dah berpuluh tahun tak jumpa dia.

world ini handsome orangnya. dan bolehlah dikategorikan sebagai insan yang cerdik. kalau tidak takkan masuk universiti dan kerja sebagai wartawan. tetapi kjee rasa dia salah bawak 'kecerdikkannya'. dia merasakan orang lain kurang cerdik daripada dia.

oleh kerana dia terlalu taksub dia terlalu cerdik, maka dia suka sangat menyampuk kalau kami duduk berlonggok longgok sambil bersembang. apa saja topik perbualan, world akan menyampuk. dia akan masuklah cerita versi dia yang buat kami semua hampir uweekkk. maka itu, setiap kali kami berlonggok, kalau nampak jer world datang, pelan2 kami angkat punggung dan belah.

rasa2nya world ni tak tahu yang kengkawan dia tak suka dengan sikap 'keworld-lan' dia. kalau tahu, pasti dia tidak akan ulangi perbuatannya. silap kengkawan dia jugak termasuk kjee. sepatutnya ada yang 'sound' kat dia kan. tapi entahlah kekadang seronok gak dengar dia gormal. ada kala dia cakap banyak gak menipu. macamlah kita orang tak tahu kan. hehehe

kjee dah lama tinggalkan NST. kjee jarang jarang lagi jumpa manusia jenis ni. tetapi adalah setahun dua ni, kjee jumpa balik insan world seperti world yang kjee story tadi. tapi ini world pompuan lak. aduh...sebut jer nama dia, unclepali dah ketawa berdekah2. kalau kjee kata kjee nak gi jumpa world pompuan ni, unclepali siang2 lagi angkat tangan surrender tak nak join. nadia pun sama. kalau kawan lain nadia ikutlah mama tapi world pompuan ni tak nak ikut, boleh tak, rayu nadia.

tapi seperti biasa, nadia tak der pilihan. world ke tak world dia kena ikut. kalau tidak siapa nak drive mama ke tempat nak jumpa world kan! hehehe cian anak mama selalu jadi mangsa.

world pompuan ni pada kjee insan yang cerdik walaupun unclepali think otherwise. ya lah kalau tak cerdik, takkanlah gi belajar kat overseas. pas ke tidak, wallahualam. ala unclepali kata, kalaau ada duit sampai ke bulan pun orang boleh pergi. ee tak baik tau! kjee tak berani nak tanya dan juga tak kuasa nak tanya dia belajar apa. sebab? baru tanya satu soalan, kjee kena 'tahan telinga' satu jam dengar dia cerita pasal 1001 kisah kehidupan dia masa kat sana. walhal duduk bukannya sampai 14 ke 15 tahun kat overseas. setahun jer!!!

slang dia kalau cakap omputih mengalahkan omputih ori. omputih ori pun risau tau. mesti dia orang kata :"eh budak ni omputih species mana hah?"

tapi kjee yakin dia ni baik hati walaupun dia world. sahabat kjee yang juga kawan world pompuan ni, selalu bisik kat kjee...dia je yang pandai, dia je yang hebat, dia juga tau segala2nya. kalau kita masak dia tak pernah puji. hanya kata nanti aku masak, kau trylah pulak lauk tu! tapi sampai ke hari ni kjee tak pernah rasa masakan dia walaupun cara dia war warkan itu, tersangatlah sedap dia masak.

kjee tanya dia  kau dah tengok blog aku? cepat2 dia jawab yang dia pun tengah nak buat blog tapi sibuk sangat siang malam. tapi kjee yakin dia intai blog kjee tetapi sebab ego tak nak komen. tak kisahlah kan!!

kjee tanya unclepali samada dia ada jumpa insan world seperti ini? ada dia kata. ramai insan world ni. selalunya insan world ini ada masalah jiwa. hidup dalam dunianya yang penuh fantasi. pada dia semua orang tidak pandai so dia harus salurkan pengetahuannya yang luas kepada insan yang tidak cerdik ini. tak cerdik pada kaca mata dialah yer.

kjee adalah insan yang tidak pernah 'melemahkan semangat insan world' untuk cakap apa dia nak cakap. cakaplah selagi kau larat. i am a good listener. insan world ini tidak akan bagi can anda cakap kalau dia tengah bercakap. so kalau anda terperangkap dalam perbualan dengan insan world, layan jer. jangan potong cakap dia. anda tidak akan beri peluang potong. percayalah.

so harap2 sesiapa yang selama ini guna tagline world, cepatlah buang atau lontar jauh2 tagline tu. tak bestlah sebab bukannya elok kalau orang kata kita world. malulah. kjee tak nak lah ada waris2 yang world. selisih malaikat 44!!

seandainya entry ini mencetuskan kemarahan sesapa, kjee mintak ampun. kita start zero zero... lagu we we are the world ni tak de kena mengena ngan world yang kjee kisahkan ni tau. lagu ni I like!!!

10 comments:

Anonymous said...

melambak insan yg mcm ni :) letih nak layan..jgn harap la kita leh menang.tadah je la telinga tu.kdg2 gelihati pun ada gak dgn auta diaorang ni .

Anonymous said...

seronok ...world mane pun ada d tempat nor ni ada sorang world ..kaki komplen kuat cakap tapi tak serupa bikin ...dia cegu tapi ngalahkan gurubeso...cuma naib je cakap mcam le dia presiden masa meting dia lah pengerusi tapi ajk je cakap gedebakgedebuk tapi result hampeh..kalau org tak tolong, semua le masak pun dia yg pandei le tapi buat karipap 0

rohayu said...

kalau ada kawan yg rasa dia "world" ..layaann ajerr..seronok tengok orang terasa lebih bijak dr Biasa ni..anugerah Allah tu..bukan semua og ada..

Ayuz said...

maksud kak jee yang world nih yng semua dia besat...semua yang dia tau...semua yang dia ada....kalu ikut dia lah yng paing sekal....? betul ka? kalu camu ...kt tempat saya pon ada soang spesis cam nih gak.....

Anonymous said...

kak jee.. Aida pun ada gak kawan yg spesies camni.. jenuh nak dgr citer dia... bila jumpa je asik la citer pasal diri dia... sampaikan kita tak sempat nak citer hal lain... dia lah pandai masak, dia lah pandai nyanyi, dia lah pandai grooming, dialah segalanya.. pendek kata... segalanya dia je la yg tau... kadang tu kan.. malas je nak angkat bila dia call... sbb nya kalau jumpa pun confirm citer hal dia yg x abis2.... nasib2....

Anonymous said...

world tu kecik je jee.kalau disebut alam maya tentulah lebih meluas. setakat nak world berikanlah. namun dalam hati tetap menyumpah juga world kecil yang merasa akulah segala-galanya. tanpa aku tidak akan berlaku sesuatu...hebatnya..

resepi said...

mcm2 yek kakjee ragam manusia ni..saye pon ade jugak kawn2 tp x rami lah yg besikap wold..cume yg x bestnye biras2 ni lah yg wold..adoiii...tpksa lah menahan..x leh lnsung potong ckp dia.asyik nk menang je.

sharifah rosidah said...

jee kau ni ada je cerita, alah orang world ni melambak kat mana-mana pun trust me. kalau camtu aku rasa MAWI dah tersalah pilih tagline lah.kalau mawi baca blog ni dengarlah nasihat orang lama yang pernah bergelar wartawan ni.

Rahmah said...

Tapi kan k.gee mmg lawak org mcm nih mah pun mcm k.gee gak LAYANZZZ! tengok dia buat imaginasi dan sandiwara! padahal kita tau tak betulpun tapi kesian gak mungkin dia ada cita-cita tak kesampaian tapi tu laa biarkan je tul tak!

Nin said...

Ha! Ha! Ha! Kjee, baru kita tahu maksud sebenar 'world' tu. So kalau ada orang yang macam Mawi tu, memang kena tukar tagline diorangla ye..? Kalau 'world' yg Kjee cerita ni, memang ramai yg kita kenal. Kadang2 tu apa diorang cerita tak masuk akal... tapi dengar ajela sbg hiburan. Kalau tak nak dengar, takut terumpat, cepat2la lepaskan diri.. Bak kata En. Hubby kita, asal tak mengganggu kehidupan kita, biarla.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...