Sunday, February 13, 2011

63. album tripel dekad dato sudirman

sepanjang jalan dari kl-ulu jempul-kuantan, kami layan lagu2 dari album kompilasi 3 dekat dato sudirman haji arshad. 59 lagu kesemuanya. aduh..meleleh jugaklah airmata mendengar semua lagu2 tu. kita semua membesar dengan lagu2 arwah.

walaupun kjee dapat album ini secara percuma, itu bukanlah sebab utama kjee nak promosikan album tripel dekad sudirman ini kat blog kjee. dia orang tak suruhpun. tetapi setelah mendengar keseluruhan album ini barulah kjee sedar betapa ruginya kita sebab kehilangan talent besar seperti sudirman haji arshad.

tadi kami tiga beranak bukan sahaja menyanyi bersama2 tapi kjee dan unclepali turut mengupas setiap lagu yang kami dengar. unclepali kupas cara dia dan kjee dengan cara kjee. seronok sangat dengar semua lagu2 dia.

nyata sekali arwah adalah 'a true malaysian singer and entertainer'. apabila mendengar susunan muziknya, kjee percaya sudir turut memainkan peranan. sebab? sebab nak mudahkan dia buat show atau konsert.

setiap lagunya menceritakan perubahan hidupnya dari masa ke semasa. kalau korang belum dapatkan album ini, baik cepat sebab khabarnya cetakannya limited sahaja. satu set mengandungi 3 CD semuanya.

kjee terkedu membaca tulisan saodah ismail (wartawan berita harian favorite sudir) dalam kolumnya di agendadaily.com seperti berikut. mohon share your thoughts ya oda with my frens.
oda dan sudir di majlis pelancaran album twinkle2 little star


OLEH SAODAH ISMAIL
"SESUATU yang saya sudah muak dengar adalah, “saya nak jadi penyanyi kerana nak bantu ibubapa saya di kampung. Jadi, tolonglah undi saya.”
Saya dapati ini sudah menjadi satu trend apabila masuk bertanding, mesti bagi tahu yang mereka nak jadi penyanyi atau pelawak kerana nak bantu keluarga. Bagus dari satu segi, tetapi ia memberikan kesan yang kurang baik dalam industri bahawa orang masuk industri ini kerana nak buat duit.
Ini semuanya bermula apabila Mawi menang dalam AF. Apabila menang, dapat rumah, kereta dan segala mak nenek kemewahan yang buat orang lain jadi jaki dan pasang angan-angan nak jadi kaya cepat – dengan menjadi artis. Kalau tak percaya, tanyalah peserta-peserta yang masuk segala macam show realiti yang ada kat TV sekarang ini – mereka semua mahu menang, mahu dapat tempat dalam dunia hiburan kerana mahu hidup atas duit.
Sebab itu, hari ini, seniman tulen macam P. Ramlee dan Sudirman sukar nak dicari. Ataupun memang tidak ada. Kerana, mereka adalah seniman tulen, yang bekerja dengan tidak kira soal nak buat duit. Mereka kerja dalam seni kerana cinta dan kasih sayang pada seni itu mengatasi segala-galanya. Sepatah kata orang putih , mereka cukup ‘passionate” dengan dunia seni hingga langsung tak kira soal masa, soal penat lelah dan sering kali tidak kisah sama ada untung atau rugi, dibayar atau tidak.
Sebab itu apabila kita tonton dokumentari P, Ramlee yang dibuat oleh Datuk Shuhaimi Baba (yang disiarkan di History Channel) tahun lalu, ramai yang menitiskan airmata. Itulah seniman tulen, mereka dahulukan seni melebihi segala-galanya. Kalau adapun harta, ia terkumpul dalam bentuk royalti, yang hanya dinikmati oleh kaum keluarga, bukan seniman itu kerana mereka sudah tiada ketika harta itu terkumpul.
Begitu juga dengan dokumentari Sudirman Haji Arshad yang akan disiarkan oleh History Channel pada 20 Februari ini jam 10 malam. Sepertimana dokumentari P. Ramlee yang memaparkan realiti hidup seorang seniman, begitu jugalah dengan dokumentari Sudirman. Ia menyingkap kisah benar ‘the singing lawyer’ itu yang telah mengabadikan seluruh hayatnya untuk seni.

Sebab itu, hari ini, apabila orang bercakap tentang seniman tulen, kita cepat terbayangkan seniman-seniman silam seperti P. Ramlee dan Sudirman. Macamlah tidak ada orang lain. Tapi itulah hakikatnya. Susah nak membayangkan artis lain sebagai seniman tulen kerana yang ada hari ini langsung tak ada kesenimanannya.

Yang ada hari ini hanyalah artis yang kerja sedikit, tapi mahu untung lebih. Yang jadi duta itu dan duta ini, dapat tajaan ribu-ribu apabila kahwin atau pindah rumah baru, sehingga mereka jadi malas nak guna otak untuk berfikir secara kreatif – tidak seperti P Ramlee dan Sudirman yang menggunakan segala kudrat yang ada untuk mencantikan kerja seni mereka.

Hari ini setiap orang ingat bagaimana cara kerja Sudirman. Untuk pastikan show , dia sendiri yang lakar skrip, lakonlayar, pakaian dan corak persembahan dan juga pentas. Seringkali, dia sendiri keluar belanja kerana bajet yang tidak cukup. Yang pasti, setiap kali dia keluar, baik TV atau album, dia mahu ia adalah yang terbaik daripada terdahulu, terhebat daripada yang sebelumnya. Tidak pernah ada kompromi dalam soal mutu.
Anda boleh fikirkan, siapa artis hari ini yang bekerja seperti itu?"

12 comments:

Anonymous said...

kjee...kakoda...macamna nak tulis macam selalu artis tu cakap bila menang anugerah ..aaa itu artis sekarang menang je nak terimakasih satu dunia tapi belum lagi nyata mereka itu artis coz menang sms...norasmah

bani_boyz said...
This comment has been removed by the author.
inahar ali said...

salam kakjee..x sabar rasanye nk tgk dokumentari arwah sudir nih..mmg seorang karyawan seni yg sgt hebat! sebaik sempat menonton konsert arwah few times masa tinggal kt penang dulu(pesta p.pinang)..sgt berharap dpt jumpa arwah personally masa kita abih final year..berangan nk pi jumpa arwah kt ofis beliau near shangrila hotel kalu x silap tp apa nk buat..xder rezeki(nk sgt jumpa beliau utk minta nasiht & motivasi diri kita & kengkawan medic yg lain)..sudir meninggalkan kita secara senyap2! bila news psl kematian arwah kuar kt tv..kita dh dekat exam final year..mmg menangis mcm owg hilang arah! he is really my idol!! moga roh beliau aman di sana..amin!

Kjee said...

ina..u shd get this triple dekat album. banyak lagu yang begitu sinonim dengan hidup kita ketika itu!!

Tribute To Asia's No.1 Performer said...

Saya setuju dengan pandangan Kak Oda tu, memang susah nak mencari Penghibur Tulen seperti mana Allahyarham Tan Sri P.Ramlee & Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad....Memang kalau diperhatikan kini belum nampak bayang pun bakal pengganti meraka yang tiada tolong bandingnya dalam memperjuangkan industri seni anak bangsa kita...Al-Fatihah buat mereka...

Tribute To Asia's No.1 Performer said...

Oh lupa nak tanya Kak Jee...Album Triple Dekat ni kompilasi album asal Sudirman ke, maksud saya tiga album Sudirman semasa hayatnya atau kompilasi yg pernah dikeluarkan sebelum ni?

Kjee said...

tak pastilah. mungkin kot sebab lagu2 spt merisik khabar, terasing, tanggal 31 ogos pun ada.

Anonymous said...

Datuk Sudirman ni orang Pahang kan? Artis Pahang memang ada value yang tersendiri. Disenangi dan dikagumi. Beliau telah menghiburkan dukalara kita dengan seni nyanyian yang merdu mendayu spt merisik khabar, hujan, penyu menangis dll suatu ketika dulu. Demi kasih sayang kita kepadanya lafazkanlah Fatihah serta doa dan kirimkan kepada Allahyarham. Al-fatihah! amin.

Anonymous said...

sebenarnya...kita..kalau nak involved dalam bidang seni ni...tak boleh....kata...nak jadi pramlee ke...sudirman ke....saloma ke.....sebab...pramlee, sudirman, saloma...dan lain-lain...tak pernah bercita menjadi artis hebat sebelum mereka....mereka hanya tahu berkarya dan berusaha bersungguh-sungguh didalam bidang yang mereka ceburi....kalau ada orang mencari pengganti p ramlee, sudirman....dia orang tak akan jumpa......dan sesiapa yang nak jadi sudirman, p ramlee....akan gagal dalam usaha mereka...kalau berjaya pun...hanya berjaya meniru...seperti juga dalam lukisan.....tidak akan kita jumpa van gogh, leonardo da vinci.....yang ada imititation.... jadi...kalau nak buat sesuatu tu...berusaha lah bersungguh-sungguh....yang perlu...bakat, otak...creativity..dan usaha tangga kejayaan,,,,adios

Kjee said...

setju sangat. sebab itulah kjee nak tunggu aflin sauki 'hasilkan' seorang p ramlee dalam rancangan realiti mentor!!!

Nin said...

Kjee, kita setuju dgn apa yg Oda dan Kjee sentuh. Zaman sekarang ni mereka lebih pentingkan keperluan drp being passionate abt things yg mereka kerjakan. Macam cikgu juga, kadang2 letih nak dengar. Bila tanya kenapa pilih prof perguruan pd pelajar2, jawapannya,"Saya nak spend lebih masa dengan keluarga", "Saya perlukan diploma ini spy boleh buat part-time", "Saya tak ada kerja, dah lama menganggur" etc. I'd normally tell them to stay at home, tak payah kerja kalau nak masa lebih dgn family and to tell them to quit the prog sebab akan menyusahkan anak-bangsa. Tu pasal kita ada ramai guru2 yang bertauliah tapi tak dapat mengajar anak2 disekolah ilmu yg betul. Sebab tak ikhlas, tak ada passion, tak ada all those positive qualities....

Kjee said...

very true nin. orang sekarang buat apapun kerana terpaksa!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...