Sunday, February 13, 2011

64. hash brown potatoes

resipi lagik!! hahaha kjee kan kat ouwot stesen so susah nak fikir nak bubuh entry apa. main cekup jer resipi ni. tapi kjee gerentilah resipi ni senang buat. suruh budak2 kat umah tu jer buat. sampai tengah hari kenyang tau.

selalu korang beli yang frozen kan? yang frozen tu memanglah sedap tapi korang pernah tak fikir bende tu fresh ke tidak? ntah2 dah tiga empat bulan dia orang buat baru sampai kat kuali kita. jadi, kalau was was, buat jerlah sendiri. sonang bah itu, kata orang sabah.

resipi ni kjee copy paste cam biase dari Notes di FB kita. korang kalau rajin, intai2 lah kat situ. ada ler sikit2 resipi orang tua. oklah layan resipi hash brown potatoes ni. kjee buat tak ler lawa tapi rasanya sama macam yang frozen.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


selalu makan hash brown ni kat McD. pastu pi beli lak yang dah readymade kat supermart. sekarang buat sendiri lak. mudah dan murah. apalah dia orang jual mahal sangat kan. bonci mokcik tau. ajarlah anak2 buat masa musim cuti sekolah ni. pasti dia orang tak makan junk food lain lagi dah. hehehe

BAHAN2NYA:

3 biji kentang (dibuang kulit)
1 labu bawang besar (didadu)
garam
lada hitam
butter

CARA MEMBUATNYA:
kentang disagat. kemudian diletakkan atas pinggan leper yang telah dialas dengan kitchen towel untuk keluarkan  airnya. pastu campur dengan bawang yang telah didadu. kalau tak nak bubuh bawang pun boleh. pastu bubuhlah garam dan lada hitam. jangan sampai masin sangat sebab nak makan dengan cili sos. kjee guna ajishio pepper so tak bubuh garam sebab ajishio pepper dah masin. pastu panaskan kuali, seelok eloknya kuali non stick tapi tak ke tak per. oh ya kalau ada kuali leper pun bagus gak. bubuh lah sedikit butter dan sedikit minyak dan tunggu hingga panas. kemudian ambil sesenduk bahan kentang tadi dan bubuh di tengah2 kuali. tekan sikit supaya leper dan gorenglah guna api perlahan macam buat lempeng. sesekali terbalikkan hingga kedua2 bahagian dah garing. pelan2 masa terbalikkan sebab takut hancur. makanlah dengan sosej, scrambled eggs, baked beans dan juga roti bakar kalau suka. selamat mencuba..

7 comments:

Anonymous said...

salam kjee, dah berhari2 sy tak sempat nak jenguk internet. buka2 blog, wah, entri makan! saya memang sukaaaa kentang, tak kira masak camana. sy dah cuba resepi ni sekali, cuma nak tanya, camana nak elak kentang tu jadi hitam lebam yea? by the time dah siap2 sagat nak masuk kuali, kentang tukar colour 100%:( zumaira

Kjee said...

ya ker? kjee tak pernah pulak ada masalah cam ni. kalau begitu, sagat kentang last sekali sebelum nak goreng. siapkan kuali atas dapur baru sagat. kentang kalau terlalu lama terdedah kepada udara memang jadi lebam.

amy said...

Saya suka semua resepi yg kjee bagi ..ada yg saya dah try ..awesome ..timakasih banyak2 ye ..

Anonymous said...

assalamualaikum k.jee, cny hari tu saya dah cuba mee kari nyonya k,jee...seronoknya! itulah rasa mee kari yg saya cari-cari selama ni..dulu masa kerja pernah makan kat kantin, sedapnya.. asyik teringat-ingat.terima kasih banyak k.jee..!untuk cek mat gebu juga sebab temukan saya dgn blog k.jee..best!

Kjee said...

tkasih kerana mencuba.

Anonymous said...

kentang tu nak rebus ke atau basuh-basuh sagat then keringkan je??

Fara said...

seronoknya dh dpt resepi nie..harus cuba..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...