Tuesday, February 15, 2011

69. nadia tegur cara kjee didik dia..

kekadang apa yang kita buat untuk anak2, kita rasa kita jer yang betul. ini pengalaman kjee sendiri masa kecil sehingga remaja. kjee tidak bertujuan menyalahkan arwah mak dan bapak kerana mereka sudah tiada. tetapi, anak2 yang dibesarkan tanpa kasih sayang, akan memberontak justeru meninggalkan kesan yang cukup dasyat hingga ke hari tua.

bayangkan seorang anak yang ketika usianya 10 tahun sudah boleh berfikir: "kalau aku besar nanti, aku tidak akan menjadi macam bapak. tidak ada langsung belas kasihan...salah sikit dibelasahnya...aku akan membelai anak aku nanti dengan penuh kasih sayang..."

itu anak2 yang memikir secara positif. bagaimana kalau anak itu membesar secara negatif dan 'membalas' dendam terhadap apa yang telah dilakukan keatasnya. mungkin korang kata ahhhh citer seperti itu hanya berlaku dalam drama tv. tetapi hakikatnya, apa yang kita tonton di tv sebenarnya ada berlaku dalam masyarakat. sebab itulah ada orang yang menulisnya untuk dijadikan skrip drama.

korang mesti sakit hati kalau dengar orang melemparkan kata2 sebegini...pandai beranak jer dia tu, tapi tak reti nak jaga anak. ada sebahagian daripada kita seperti itu. tugasnya hanya melahirkan. selepas itu, nasiblah kau wahai anak. kalau lahir anak tanpa henti saban tahun, maka yang lahir terdahulu kenalah cari jalan sendiri.ibu sudah tiada masa untuk kau. ayah pulak sibuk mencari duit siang dan malam kerana ahli keluarga sudah bertambah.

mungkin korang fikir kjee terlalu emosional pagi ini. ini adalah luahan hati kjee apabila mengenangkan zaman kecik2. anak2 sekarang bertuah. ibu bapa (terutama di bandar) ada masa untuk mereka walaupun sibuk. kalau berjalan di shopping compleks di hujung minggu, kelihatan anak2 diheret sama. alangkah bahagianya.

tetapi itu pandangan kjee. pandangan dari kacamata seorang ibu. tetapi di kaca mata nadia, dia mempunyai pandangan berbeza. tidak pernah dia meluah atau mengucapkannya kepada kjee. tapi beberapa hari lepas ketika bercuti di Kuantan, nadia beritahu kjee dia sebenarnya bersyukur kerana punyai mama yang begitu strict terhadapnya.

"mama jugak sibuk masa nadia kecik dulu. mama terpaksa berhempas pulas siang dan malam demi nadia. tapi mama tak pernah abaikan nadia. nadia perhatikan, semakin nadia besar iaitu mulai zaman remaja, mama lebih menitikberatkan macam2.

"mama tahu tak, kalau mama tak buat macam itu, nadia tak tahu apa yang akan jadi pada nadia hari ini. nadia bandingkan diri nadia dengan kengkawan nadia yang lain. bebas ke sana kemari. bebas dalam pergaulan. bukan nadia tak nak bergaul dengan mereka. nadia jugak teringin tetapi kerana kasih dan sayangkan mama, nadia hadkan pergerakan nadia sebab tak nak mama kecik hati atau sedih..."

kata2 nadia itu buat kjee terkedu. kjee memang membesarkan nadia dengan penuh kasih sayang sebab dari kecik, kjee tak dapat itu semua. tetapi kjee tidak sedar bahawa rasa kasih dan sayang yang kjee semaikan membuatkan nadia tahu batas batasnya ketika hendak melakukan sesuatu.

kjee selalu beritahu dia ini: "kalau nadia nak buat apa2, fikirkan apa orang akan kata. dia orang takkan kata nadia yang salah, nadia yang jahat...tapi dia orang akan kata mama yang salah...salah didik nadia. so at the end of the day, mama jugak yang dipersalahkan. nadia nak ke buat mama macam itu?"

kjee tahu nadia membuat rumusan ini setelah melihat sekelilingnya. dia sudah bertambah dewasa dan matang. dan dia tidak langsung terkilan dengan cara kjee mendidiknya. ketika di kecil lagi, kalau tidak silap kjee masih di tadika, dia pernah beritahu kawan2 dia begini: "eh korang nak datang main2 kat rumah aku? kalau nak main kat luar, jangan bising2 tau. Mak aku garang macam rimau. dia penat kerja. kalau dia tengah tidur, kita bising2 nanti dia marah."

nadia juga tidak pergi menunggu tangga rumah jiran kerana dia mengikut tabiat kjee tak suka bertandang ke rumah orang tanpa sebab. tetapi kalau kjee dengar ada orang sakit, kjee pertama sekali pergi menjenguk. itulah antara sifat2 arwah ibu yang kjee warisi.

begitu juga dengan nadia. dia begitu kasih dan sayang teman2 rapatnya. satu petang, kami tengah meniaga. dia berlari menjawab telefon dan tetiba2 meraung. seorang kawannya kena ragut dan dicederakan. lintang pukang dia. kami terus berkemas dan balik. terus kami sekeluarga pergi melawat. kalau ada kematian di kalangan keluarga rakannya, dia turut menangis dan bersedih.

tetapi nadia tidak menyukai dan menjauhkan diri daripada rakan2 yang terlalu bebas...yang malam mereka sama seperti siang. biarlah apa yang mereka hendak kata mengenainya, nadia kata dia tak peduli. dia ada matlamat dalam hidup. biar susah dulu, senang kemudian.

kjee renung balik semua kata2 nadia. apa yang kjee lakukan terhadapnya menjelma kembali. kjee memang strict...memang tak kasi muka. tetapi semua kjee lakukan secara halus. marah tetap marah. tapi kjee tak pernah naikkan tangan di tubuhnya. hanya sekali atau dua. itu pun sebab suruh dia solat dan dia kata kenapa mesti paksa. ketika itu dia darjah empat. kjee mengamuk! kjee capai hanger (itulah yang paling dekat) dan libas dia.

menyesal kjee sehingga ke hari ini. kjee pernah berjanji pada diri kjee tidak akan menyakitkan badannya seperti yang pernah kjee lalui ketika kecil. tetapi mungkin apa yang kjee lakukan itu berpunca dari salah dia, maka nadia tidak pernah mengungkit peristiwa itu.

jadi, sebagai rumusan, sesibuk mana pun kita, luangkan masa yang berkualiti bersama anak2. ini tidak bererti sepanjang saat kita terpaksa melakukannya. tetapi apabila hujung minggu ataupun ada masa terluang, selamilah isi hati anak kita. masa sudah banyak berubah. kini, kita kena tanya mereka apakah semua yang kita telah lakukan untuk mereka selama ini, sudah cukup baik? jika tidak, perbaikilah demi masa depan mereka.

janganlah jadikan mereka pendendam! wallahualam.

SALAM MAULIDUR RASUL

11 comments:

atievan said...

bertuahnyer k.jee dpt ank mcm nadia....teringt sya zaman kanak2 lu...mmbesar dgn serba kekurangan...kata org kalu kite ank tunggal perempuan/lelaki mesti sentiasa dmanjakn tapi hakikatnyer xspt apa org kata...sya x dmanjkan silap sikit ker malas belajar ker mesti kayu/rotan mesti hinggap dibadan...tapi segala kemahuan sya perlu usahakn utk dptkannyer...percaya atau tidak sya tggal&dbesarkn dlm sebuah bndar kecil tapi kat rumah xder elektrik atau air paip....keperluan air trpaksa dptkn dkt paip awam...kat rumah hanya brtemankn pelita minyak tanah....tapi sya brsyukur dgn mak ngan bapak sya dgn segala ajaran beliau walaupun agak garang..sbb krn ajran itu ler sya brjaya dlm hidup...sya menghargai setiap kehidupan&kejayaan sya perolehi hari ni....dan krn ajaran mrk juga ler sya xpernah trleka atau trjebak dgn segala prkara maksiat atau segala apa yg ada kat KL ni...sya tetap teruskn hidup ni spt mana semasa sya tggal brsama mrk...sya pun spt nadia gak k.jee...sbb sya ingtkn mrk ler sya bataskn segala pergaulan sya sbb sya xnk mrk kecewa walaupun ada ketika sya rasa mcm nk marah mrk dulu sbb selalu kena pukul...tapi skrg sya mengerti kenapa mrk brbuat demikian....walaupun mrk dh xder lg tapi sya tetap ingtkan mrk...

Kjee said...

cara ibu bapa didik kita memang terbaik. tapi sanggupkah kita bantai anak2 kita cam tu? kjee tak sanggup. kjee dah pernah tahu betapa sakitnya apabila badan dihinggap rotan dan tali pinggang. insya allah kjee tak akan beri nadia rasa betapa sakitnya kjee ketika itu. kita harus ada cara tersendiri dalam mendidik anak anak. cara pukul bantai dah tak boleh diaplikasikan dalam dunia sekarang.

Anonymous said...

assalamualaikum kjee.sy sebenarnye bru kat cni. 1st time bace trus terpikat ngan blog kjee nie.citer kjee bab anak nie buat sy takut(saya ibu kpade 2 anak)sy takut x dpt didik anak saye jadik "manusia".sbb budak2 skang bkn mcm kita dlu.tegur salah x tegur lg salah..

atievan said...

betul tuss k.jee...tats y sya jnji pd diri sya kalu dtakdirkn mmpunyai ank sndiri sya xkan bg ank sya alami spt mana sya pernah alami dulu....sya tau mcm mana rasa perit&pedihnyer bila selalu kena pukul....tapi sya xmau ank2 sya merasai sume tuss....cukup laa sya sorg mengalaminyer......

Anonymous said...

nadia perempuan....anak nor lelaki dia kah racun dia penawar....tanya dia nor garang habis le batang penyapu patah 2 nor marah dia pukul MEJA marah anak tak pukul dia meja jadi sasaran kenapa mesti bersebab nak lepas geram dan amarah...tapi kini anak nor dah kawain dia selalu puji cara nor didik dia..dia tak marah semua itu ada sebab kenapa mama marah....norasmah

Kjee said...

itulah nor. kita ada cara kita mendidik anak. sekarang cara lain. kalau kita ikut cara mak bapak kita, dah lama anak2 angkat kaki tinggalkan kita tau! dulu kita tak berani. budak2 sekarang terlebih berani.

zeera azira said...

alhamdulillah...nadia anak yg baik...

Nin said...

Syukur Alhamdulillah... Kjee punya anak yang baik. Sayapun berdoa siang malam supaya anak saya yg sorang ni (saya pun ada sorang je anak-dah anak dara dah) menjadi anak yang solehah... Cuba juga menjadi ibu yg tidak naik tangan. Tapi betullah, kalau saya tak dididik sebegitu oleh bapa saya, saya tak jadi mcm sekarang. Terimakasih pd abah yg strict untuk kejayaan anak di dunia dan akhirat. May Allah bless our parents. Amen.

Anonymous said...

kak jee zaman skrg anak2 kita ni terdedah dgn mcm2 benda ada yg baik ada yg tidak,so saya sebagai ibu yg mempunyai 3 org anak,2girl n 1boy ni,kadang2 naik angin la juga dgn peranai mereka yg mcm2 ni,bak kata org bole gila jd nya ,,tapi sukur alhamdulilah mereka ni anak2 yg mendegar kata mak n abah nya,x de la kena rotan ke yg lain2 tu...amin

Anonymous said...

just touching..teringat zaman kanak kanak asyik kena rotan ngan tampar kat muka saja...anyway.. bila dapat anak sendiri..mmg jaga macam minyak tepu... penuh kasih sayang tapi strict... nice post..iklhlas nora

Anonymous said...

salam...k.jee,terharu saya baca kisah nadia ni...alhamdulillah k.jee beruntung sgt2 dpt anak mcm nadia tu...saya pn ada seorng anak perempuan jgk...bila saya baca kisah k.jee ni teringat saya masa kami adik-beradik masik kecil...sama mcm k.jee mendidik nadia...mak saya garang++ tp kekadang lembut orgnya...bila di fikikan blk mungkin mak saya penat menjaga kami 7 beradik yg umur rapat...ayah plak hanya kerja biasa tp part time membawa beca demi menyara kami semua....skrang mak ayh sya dh bole berehat sepenuhnya sbb tanggungjwb membesarkan kami dh selesai...saya berdoa agar anak saya kelak akan mencontohi nadia..insya`allah...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...