Thursday, February 17, 2011

78. sayur brokoli boleh bunuh sel kanser usus?

kjee dah banyak baca mengenai sayur brokoli (anak2 kata sayur pokok) yang boleh membunuh sel kanser. tak tahulah sejauh mana kesahihan cerita itu. tetapi mungkin jugak ada kebenarannya.

apapun, sayur brokoli kalau kena dengan cara memasaknya, boleh menjadi antara menu sayuran yang disukai anak2. campurkanlah brokoli bersama carrot ataupun cendawan. buatlah ala sayur campur atau stir fried vege bersama udang atau ayam ataupun daging.

cara kita menghidang pun memainkan peranan yang penting. jangalah dilonggokkan atas pinggan. hiaslah cantik2. pasti anak2 teruja hendak makan. kjee selalu buat sayur brokoli masak dengan cendawan shitake. cubalah. resipi ini kjee copy paste dari face book kjee.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



STIR FRY BROKOLI DENGAN CENDAWAN SHITAKE


Kjee memang suka sangat makan makanan cina. minat terhadap makanan mereka membuat kjee tak lepas peluang mencari buku2 masakan lauk pauk cina dan juga tengok rancangan masakan kat tv. kekadang loya juga bila tengok kat tv, dia org turut masak 'benda' tu. tapi nak belajar punya pasal, tengok jugaklah.

bagi yang tak tau, stir fry tu maknanya goreng dengan pantas. boleh buat mix vege atau sayur campur guna resipi ni. kalau sayur campur, bubuhlah carrot, kacang peas, kobis bunga dan anak jagung. untuk resipi ni, (dalam gambar bawah) kjee tak bubuh perencah. tapi boleh guna ayam, udang ataupun hati ayam. masukkan selepas tumis bawang putih. untuk resipi ni kjee hanya guna sos tiram. beli sos tiram tulen bukan yang dibotolnya ditulis perisa tiram. itu tak sedap. kjee guna jenama maggie.

bahannya:
1 pokok brokoli (dipotong ikut bunga dan dicelur dalam air panas lima minit. tos)
cendawan shitake kering (ikut suka banyak mana. rendam dua jam dalam air sejuk dan toskan. hiris)
5 ulas bawang putih diketuk
sos tiram
minyak
minyak bijan

cara membuatnya:
Ketuk bawang putih. panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sampai naik bau. jangan bagi hangit ye. masukkan cendawan, brokoli dan sedikit air (dua atau tiga sudu). pastu masukkan sos tiram ikut citarasa sendiri. gaullah sampai rata kira2 lima minit. api mesti besar. cubit sikit cendawan. kalau dah elok masaknya, tutup api. pastu titiskan empat atau lima titis minyak bijan. dah siap. kalau bubuh udang atau ayam, lagi sedap. selamat mencuba.

6 comments:

resepi said...

saey suke kakjee sayur brokoli ni..x kisah lah cmpur dgn ape2 pon..memamngsedap..tq kakjee sharekn resepi dn info nye

sharifah rosidah said...

wau brokoli aku sesangat suka sayur ni, betul kata kau kalau letak udang ke, dagingke, mushroom ke memang sedap.

cek chun said...

suka sangat nih. selalu goreng dengan daging..marbeles aihh

ilhamhadir said...

simple n enak

nor said...

Salam kjee,terima kasih ,banyak resepi best kat sini,air tangan ibu memang tiada tandingan,anak saya pun suka juga,dia panggil sayur pokok,saya selalu buat tempura,sadur dengan tepung dan goreng,makan panas-panas.selain brokoli,saya goreng juga terung panjang,cendawan,kacang buncis,timun jepun(manis) dan karot,anak-anak pun suka,cara nak galak anak minat makan sayur.

nor said...

terima kasih kjee,banyak resepi best kat sini.saya selalu buat goreng dengan tepung tempura(ada kat kedai),potong cantik,dan goreng bersama sayuran lain seperti karot,cendawan,terung panjang,timun jepun(manis),udang besar,dan bendi.alhamdulillah,anak-anak suka makan,nilah cara nak galak anak makan sayuran.Air tangan ibu memang tiada tandingannya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...