Sunday, February 20, 2011

84. jangan cekik darah..jadilah penderma darah!!




setiap orang ada perkara yang dilakukan sebagai khidmatnya kepada masyarakat yang amat membanggakannya. tak kisahlah apa cara korang.  samada buat mesjid, bantu anak yatim, selamatkan mangsa banjir atau pun menyelamat kucing yang tersangkut atas pokok. itu semua khidmat kita kepada masyarakat yang kita boleh banggakan.

pada kjee, kerja untuk masyarakat yang paling kjee banggakan ialah menyelamat nyawa orang. orang yang kena langgar, orang yang nak masuk bilik bedah dan mereka yang memerlukannya di saat-saat genting.

apa hal lah kjee merepek ni kan? kalau kjee kata kjee bangga buat kerja ini, korang janganlah pulak kata...ala itu jer ker? memang itulah kerja kjee sejak usia kjee 20 tahun!

kjee dapat kepuasan yang tidak dapat diceritakan selepas menderma
Kjee bangga menjadi seorang penderma darah!!! Kjee bangga kemungkinan besar darah yang telah kjee dermakan itu telah menyelamatkan ramai manusia di malaysia, tak kira bangsa, agama ataupun warna kulit. entah berapa puluh liter sudah darah kjee bercampur dalam tubuh insan2 yang memerlukan.

tapi kini kjee sudah tidak boleh menderma lagi. bukan kerana darah kjee dah tercemar tapi kerana usia sudah semakin lanjut.

walaupun dah tak boleh derma di usia ini, kjee cukup 'gian' hendak menderma. kalau tak silap kjee, setahun kjee derma darah sebanyak empat kali. sekali amik darah satu beg ntah berapa liter kjee tak pernah tahu.

kali pertama kjee derma darah ketika bekerja di NST. orang hospital besar (sekarang HKL) datang ke tempat kerja kjee sempena kempen derma darah. kjee kan suka menyibuk. tengok dia kawan2 derma, kjee pun suka jugak nak derma.

sebenarnya, tabiat suka derma darah ni yang kjee sorang jer dalam keluarga kjee yang mewarisinya daripada arwah bapak. dia ni memang kaki derma darah. kjee ingat lagi masa 13 Mei, radio dan tv buat pengumuman sesiapa yang ingin menderma darah, sila hubungi pihak berkuasa. dia orang sanggup hantar pengangkutan datang jemput penderma. maklumlah masa itu curfew. sesiapa sahaja keluar boleh kena tembak.

bapak kjee, selain daripada seorang penderma yang tegar, sebenarnya pada masa itu, dia lebih berminat hendak melihat apa yang terjadi di tengah2 bandar KL ketika peristiwa sedih 13 Mei 1969 itu. . balik jer dari derma darah kat hospital besar, macam2lah cerita dia sampaikan kepada kami kat umah. ngeri dan seram.

sikit lebih kurang sifat suka menyibuknya itu turutlah kjee warisi. hehehe. okay berbalik kepada derma darah ni, kjee pernah kena 'halau' balik oleh doktor di HKL kerana ketika kjee datang derma darah, kebetulan tekanan darah kjee cukup rendah. kjee memang dari muda lagi ada low blood pressure. malah sampai kini. sebab itu kjee berani pulun daging lembu, daging kambing dan juga daging unta! ramai marah kjee bila kjee kata baru jer makan lamb chop. kekadang dia orang tu lebih pandai dari doktor. nak nasihat kjee macam2. diri sendiri tu high blood tak tak reti lak nak jaga kan?

apabila doktor beritahu kjee, hari tu tak boleh derma darah, kjee punyalah kecewa. melihatkan muka kjee sedih, doktor suruh kjee rehat setengah jam dulu. kemudian selepas setengah jam, dia amik lagi blood pressure kjee. maaf dia kata. tak boleh amik. kjee pun baliknya. kecewa sangat2.

esok harinya kjee pergi lagi. kali ini lulus pulak. punyalah kjee suka. kjee rasa sesuatu kepuasan yang tidak dapat diceritakan selepas selesai menderma darah. maklumlah kjee bukannya kaya macam orang lain. orang lain mungkin bangga dan puas kalau dapat derma wang ringgit. sebab itulah kjee nekad menjadi penderma sebab sebagai manusia apa lagi orang islam, kita harus menolong mereka yang memerlukan. tak kisahlah tolong dalam apa bentuk sekali pun.

kjee tak ingat berapa kali kjee derma darah sepanjang usia kjee tapi kjee rasa lebih daripada 40 kali! hanya yang kjee terkilan ialah...eh tak baik tau kalau niat kita ikhlas yer... pihak hospital tidak memberikan 'layanan sepatutnya' kepada penderma tegar seperti kjee. mereka hanya menetapkan kalau seseorang menderma dalam sekian sekian tempoh, rawatan hospital sekiranaya kita jatuh sakit, adalah percuma.

ada sekali tu, kjee pergilah hospital ketika itu kjee perlu menjalani pembedahan. kjee bangga sekali bawak kad derma darah dan tunjukkan di kaunter hospital. orang itu tengok kad dan kata, tarikh kjee sepatutnya mendapat rawatan percuma sudah tamat. dah habis tempohnya. baru jer tiga hari tamat tempoh! jadi kjee kena bayar sebagai pesakit biasa!

tak tahulah berapa banyak peket darah seperti ni sudah kjee sumbangkan
sudahlah kita sakit...dengar penerangan petugas di kaunter itu lebih menyakitkan hati. takkanlah tak boleh kompromi langsung kan? sepatutnya, tidak perlu ada had tertentu untuk penderma darah. sepatutnya bila2 masa sahaja dia boleh dapat rawatan percuma. apapun, kalau kita dah menderma dengan ikhlas darah kita, janganlah harap orang atau pihak hospital nak balas. cukuplah allah swt balas kita dengan cara lain. kjee selalu pujuk hati kjee seperti itu.

kjee pernah dengar macam2 cerita dari mereka yang cuba menakut nakutkan penderma darah. kononnya kalau kita derma darah, kesihatan kita akan terganggu dan macam2 lagi. semua itu bidaah semata2. janganlah takut. kalau kita sihat, apa salahnya kita berbakti dengan menderma darah kita. mana tahu satu hari nanti apabila kita sakit, ada saja penderma yang tampil menderma darah kepada kita tanpa mengharapkan balasan.

sekarang ini apabila lalu depan HKL (bangunan Bank Darah dah tak ada. sekarang tersergam indah di sebelah Istana Budaya), kjee tersenyum. itulah kenangan paling manis dalam hidup kjee. kjee menjadi sebahagian daripada ribuan yang menolong menyelamat nyawa mereka yang memerlukan. kjee berharap seandainya kjee perlukan darah di masa akan datang, kjee tidak akan melalui sebarang kesulitan. insya allah.

jadilah penderma darah...jangan cekik darah yer.

4 comments:

Hayati said...

Salam Kak Jee.

Terimakasih kerana menjadi penderma darah tegar selama ni sehinggalah Kak Jee tak dapat menderma lagi. Kami amat-amat menghargainya.

Saya juga tidak bersetuju dengan dasar yang menetapkan masa-masa tertentu untuk memberi layanan istimewa kepada penderma darah walaupun kami tau kebanyakan penderma ikhlas menderma.Tapi nak buat macam mana sebab itu adalah dasar. Kita berdoa semuga pihak yang membuat dasar cepat sedar dan mengubah dasar ini.

Semuga Kak Jee diberi pahala yang amat besar kerana usaha ikhlas Kak Jee ini.

Salam hormat.

Kjee said...

salam hayati, kjee tak memikir pahala apabila menderma darah ataupun membuat apa sahaja. kalau dapat, alhamdullilah. yang penting, kita telah jalankan tanggungjawab kita terhadap insan yang memerlukan. insya allah

Anonymous said...

kjee nor derma darah sekali je masa hari polis yg ke 200.....konon nya saje pegi ramai2 nak tengok grup kami berbaris le ujian dulu pnya le ramai yg p penuh semangat nor sorang je tersangkut....gah nya hanya pada zahir hati dalam takut tuhan aje yg tahu ....tapi nor berjaya juga hari itu pertama dan mungkin akhir menderma darah....norasmah

Anonymous said...

best nyer kjee dpt derma,
saya selalu nak derma darah bila bepeluang malangnya zink tak cukup..sedih tak terhingga....
lg 1 petugas yg bertugas tu pun kdg2 mak ai garang nak mampos...
sampaiskrg xpernahpun merasa dera darah...padahal darah saya adalah darah yg terpilih..hehehe o-ve

maybe next time saya boleh cuba lagi...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...