Tuesday, February 22, 2011

91. tak yah tukar pengacara melodi, buat jer rancangan baru!!

pengacara melodi terbaik setakat ini. foto oleh fendi aman
kat mana ntah kjee baca berita rancangan hiburan melodi akan diganti dengan pengacara lain. kjee memang dah lama tak tengok melodi. maklumlah masa rancangan tu ke udara tak sesuwai dengan masa makcik2 dan kakak2 yang nak ke dapur sediakan makan tengah hari. (ya ker atau malas nak cari alasan lain. hehehe)

nak harap orang muda tengok, kekadang susah jugak. waktu cam tu, selalunya diorang masih terbongkang tidur ataupun dah keluar pergi relax kat tepi sungai ke tepi laut ke atau pun tepi gunung. especially cuaca panas sekarang kan? jangan korang buat video cerita panas sendiri sudahlah yer.

dua selebriti yang pernah hangatkan melodi - datuk mahadzir dan aznil
nak tukar pengacara sebab rating jatuh? isyhh pada pandangan kjee lah, melodi dah jatuh ratingnya bukan kerana pengacara. well maybe jugaklah. si pompuan tu oklah tapi yang seorang lagi tu, maaf cakaplah, dah patut kena 'hukum tembak pun'. tagline dia pun aduhai, meloyakan. kenapalah penerbit tak suruh dia tukar tagline lain. atau suruh jer dia kerja kat negara yang ada perang, barulah kena tagline tu kan! abende tagline dia...peace no war? amboi mulut...insurans baru jer mati semalam. hehehe

tahu tak kenapa rating melodi jatuh? sebab utamanya, pada kaca mata kjee sebagai penonton (bukan bekas wartawan) adalah sebab rancangan tu dah terlalu lama ke udara. pengacara pertamanya mahadzir lokman. tahun bila jangan nak tanya sebab kjee ni pasal bab tahun ni, susah nak ingat. mahadzir atau dale bawa rancangan itu cara dia yang serius dan sopan.

kemudian ogy ahmad daud amik alih. dia jadikan melodi gempak dan giler especially apabila azwan ali dan aznil nawawi  jadi penerbit. eh nanti kejap...aznil pernah jadi penerbit melodi atau jadi pengacara hah? ahh lupa lagi...korang ingatlah sendiri.

kjee rasa zaman kegemilangan Melodi adalah ketika ogy jadi pengacaranya. masa tu, kalau kjee tak tonton melodi, rasa tak lengkaplah hidup...tak lengkaplah hujung minggu, maksud kjee.

kemudian ogy hilang. ganti pulak dengan raja azura. si budak ni memang giler nak jadi ogy ahmad daud so dia tergedik2lah tiru cara ogy. walaupun ogy gedik, tapi gedik ogy ada kelas. yang lain yang cuba copy, dia punya gedik low kelas. biorlah ko nak marah. terimalah hakikatnya!!

and then paling malang apabila wahid ambil alih. rating terus menjunam. masa apek ada masih ok jugaklah. nasib baik cepat2 dibawa masuk fara fauzana. kembalilah ceria melodi sejak ada fara fauzana.

and then..and then lagi! and then apabila masuk wartawan2 kurang seposen yang kerja dia orang terjah sana terjah sini, orang mula mual. wartawan lebih sudu dari kuah. wartawan main hentam jer interviu hingga melanggar etika kewartawanan. mana boleh wartawan buat kerja macam itu. oleh kerana mereka sebenarnya tidak dilatih menjadi wartawan maka jadilah macam tu.

bukanlah kjee nak kata semua wartawan yang telah dilatih bagus. ada jugak yang hampeh tapi kjee rasalah perangai dia orang taklah seburuk wartawan yang duduk dalam melodi itu.

so janganlah nak salah rating melodi jatuh sebab pengacara. macam rancangan Nona jugak. bila rating jatuh jer, pengacara disalahkan. pada hal content (isi kandungan) rancangan itu sebenarnya membosankan. dari zaman normala shamsuddin sampai sekarang tak ada perubahan!  kjee setuju satu surat dalam pancaindera baru2 ini yang komplen pasal nona. eh kita cerita ni pasal melodi dah merelet pergi ke nona.

sejak kebelakangan ini melodi, (kalau kjee ter'tengok'), content dia meleret2. wartawan mereka yang bijak pandai, takkan lepaskan seseorang artis tu kalau tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan. dibelit sana belit sini sampai artis tu nak uwek. kekadang boleh dikategorikan perbuatan mereka ini sebagai harassment. bukan artis jer, kita tengok pun nak uwek. apa lagi, kjee terus capai remote dan padam jer. ataupun tukar channel lain yang tak meloyakan sangat!

so, elok pihak stesyen tv tu buat post mortem. adakah harus melodi diteruskan atau ditukar kepada rancangan lain yang berunsur hiburan. takkanlah tak der idea kot. stesyen tu pun dah dewasa. tahun lepas dah 25 tahun kan. isyhh sama ngan umur anak bujang kita.

rancangan lain boleh selalu silih ganti. takkan melodi tak boleh kot? janganlah tunggu lama2 sebab penonton dah lama sangat tunggu!!

17 comments:

Anonymous said...

yup sy stuju sgt dgn kakjee ckp ni

Mat Gebu said...

Setuju sangat2 bukan sebab kita sama2 gebu (amponn kak jee), tapi mak saya sendiri pun komen, tak sama macam zaman kak ogy ahmad daud..teringat anak buah saya kecik lagi masa tu guna gelaran "bedah jambu" (kalau tak silap), tu sapa lagi kalau bukan antara trademark kak ogy, selain dik nonn...ishh pendek kata mmg terhibur gila lahh...yess, gedik kak ogy ada gaya tersendiri, gedik orang lain aku tak nak komen lahh, sebab aku ni bukan wartawan tapi dapurwan saja!. Lagi satu rancangan nona, ada yang episode sempena taun baru cena punya, yg buat kat Melaka, masak ayam buah keluak, masa cakap bagi resipi, ada ke dia kata letak daun limau kasturi (macam tu lah, tapi kompom bukan daun limau purut) tak pernah umur aku masak letak daun limau kasturi, at least guna lah logik sikit kann, tapi tak salah lah depa pun baca ikut skrip..opss, terover komen pulak, silap2 boleh buat n3..haha.

KakAsma said...

tul laa kata kjee..setuju sangat..patut lama dah kena padamkan jer dari tv3 rancangan nie..takde pembaharuan langsungkan.Nona pun sama asyik tunjuk pengantin orgkaya yg membazir,tiada pengisian yg bagus....(sekadaran pandangan ajer)

Kjee said...

hahaha ingatkan kjee sorang laserkan rancangan melodi dan nona yer. sayang sangat stesyen tv tu kat dua2 rancangan tu. tukar je sebelum penonton banngan dan mengamuk macam penduduk kat mesir tu kan!!! aduh dah ke situ pulak kjee.
anyway, CMG..memang ogy best kannnn. kalau dia hos kjee sampai tergolek2 depan tv. eh serius ni masa tu taklah gebu cam sekarang. kalau sekarang tergolek, jadi macam ulat sutera jer hehehe.
kakAsma: betul...ramai orang komplen pasal pengisian nona. agaknya, hanya orang2 kaya jer yang ikat kontrak sebab itu perkahwinan anak2 dia orang jer yang keluar. agaknya nona ingat orang kaya ada tengok ker. dia orang tengok rancangan Rich And Famous kat astro jer tau!!!

Anonymous said...

MELODI semakin meleret2 isinya..dr kaca mata sy byk yg buruk dr baiknya..memperbesarkan perkara yg kecil..golongan artis tu pun manusia juga wlau kuat propa..ada air muka yg nk di jaga..cara wartawan MELODI bertnya mcm wartwan tu suci bebenor ya..ntah2 mereka lebih teruk dr artis???tukar je rancangan tu...da lapuk da...

ummi said...

saye pun dh lame mual ngan melodi, sbb mmg wartawannye lelebih sgt.bg saye melodi nie mcm sebuah rancangan yg menabur fitnah dan mengaibkn org.w/pun sy bukannye ikut sgt perkembangan artis nie tp kekadang tu bile tgk melodi nie rase meluat ngan wartawan nie.x patut la malukn org camtu.bukan budaya kite org melayu amnye dan muslim khususnye...

Hasniza said...

Hidup kjee..!!! setuju 100%

Kjee said...

kalau nak bagi melodi gempak giler balik, masukkan semula ogy ahmad daud dan salih yaacob!!!! sapa setuju angkat tangan!

Asma said...

Dah lama saya tak tengok kjee..malas nak layan gosip bukan2 a.k.a murahan..dulu masa kenit2 memang la weekend tu serba tak kena klu tak tgk melodi..

bab terjah tu memang le tak gemor betul..lagi pulak bg soalan provoke je semedang..tak membina langsung..


tv3 kena cari resepi lain la nak mantapkan melodi tu..tp cam kjee cakapla..tukar je rancangan hiburan lain yg lebih sopan, beretika, berpengetahuan dan berinformatif..sekian..=)

Luv kjee...ngeee

Nur68 said...

tergelak baca last comment Kakjee...sy angkat tangan jugak utk gandingan Kak Ogy & SY hehehe

saerah said...

akak mmg setuju klu ogy n salih yaacob d ganding kn semula..dira dgn zizan mmg x kena..zizan serasi dgn johan jer..

Anonymous said...

banyak dah rancangan tv3 ni down ...melodi,muzik2,mentor....melodi keja nak kupas masalah artis tapi depa kelola pun tak betol tanya soalan bukan2 tanya le yg membangun ni menjatuh....zizan nanti overacting bila live dira tak sesuaaaii..norasmah

Kjee said...

betul2 zizan depan kamera overacting lah. tapi kita tunggu dulu bulan depan. jangan pancung depa sebelum apa2 yer. kalau tak best, siap ko...aku antar firing squad...tembak jangan tak tembak

Anonymous said...

Hi Kak Jee.... sokong 100%... memang Melodi dah boring giler & tak sensasi lagi.. tak tengok pun tak per, tak rasa apa2 pun... internet semua dah ada news terkini... kalau dulu tak tengok Melodi rasa rugi, now tak lagilah... Dah bertahun2, i pun tak tengok Melodi lagi.... Dun miz anything.... Only Ogy & Salih Yaakob je yg best as hos Melodi... tiada tandingannya so far...

cek chun said...

k jie.. chun angkat keyboard ni setuju..setujuuuuuuu..

dira tu boleh jadi host ka????
adehhhhhhhh.....

shahliza81 said...

em kita pun masa muda remaja dulu jer suka gn melodi..tp skrg, sori la..meluat tahap gaban..fitnah merata riti..adoii..nona skali skala jer tgk time cuti tp meluat sbb slalu tunjuk majlis kawin anak2 org kaya jer..membazir..muzik2 dulu zaman 90 an mmg best sgt..skrg tak minat lansung sbb bukn live n tak suka pengacaranya..myb kena ada pembaharuan la..suka tgk tv1 sbb banyak rancangan yg memberi maklumat n byk rancangan2 baru..cm exporasi gunung.myb bleh buat rancangan masakan tiap2 hari..bukan nak tunggu time posa n raya jer ader..

atievan said...

k.jee...sya dh angkat tgn setuju kalu k.ogy ngan sy jd pengacara melodi....sya pun dh lama xtonton melodi sbb boring n meluat....nona pun sama dh xbest sbb pengisian dia xsama mcm zaman ezzah aziz fauzi jd pengacara....lg stu k.jee rancangan majalah 3...masa zaman wan zaleha radzi jer best...masa tu siap sya sanggup tangguh lu nk wat keje skolah semata2 nk tgk majalah 3 sbb masa tu mmg adventure betul bila tgk...tapi skang cam hampes....paling best tgk rancangan tv3 yg lama tuss yg siaran pg punya kalu xsilap sekapur sireh...hehehee suka tgk k.jee

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...