Friday, July 8, 2011

GARLIC BREAD A.K.A. ROTI BAWANG PUTIH










Garlic bread atau roti bawang putih sedap dimakan dengan segala jenis sup atau stew. Roti yang digunakan pulak ikut citarase masing-masing. Boleh guna roti perancis, roti burger, roti hotdog yang ada ke tak ke bijan atau roti biase. Janji namanyer roti. 


Amik lima enam biji bawang putih, buang kulit dan tumbuk ler halus2. Pastu keluarkan, campurkan dengan ½ block butter yang telah diletak suhu bilik. Bubuh sedikit garam dan gaulkan sampai rata. 


Ada org ricik halus2 daun parsley dan gaul sama. Suka atilah kalau ada daun tu. Kalau tak ada, gerenti tak mencacatkan rasa. 


Pastu dah puas hati ngan rasa garlic butter tadi, potonglah roti perancis kira-kira ¾ inci tebal. Roti burger ddibelah dua. Pastu sapulah garlic butter kat roti bahagian putih tu dan bakar dalam oven toaster atau oven biasa. Kalau tak ada tu semua jangan gundah gulana. 


Panaskan kuali dengan api sederhana dan tekapkan bahagian yang disapu garlic butter kat kuali. Tunggu sampai kuning keemasan. Pastu...bab ni tak payahlah nak ajar lagi kan?


Makan dengan apa jua sup yang ada. Kalau nak makan begitu saja pun sedap. Kalau nak makan dengan sup cendawan segar, klik kat sini untuk resipinya. Kalau nak makan pulak dengan stew daging atau ox-tail, klik sini pulak.




(BOLEH BUAT DALAM JUMLAH YANG BANYAK DAN SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA DALAM PETI AIS. BILA NAK GUNAKAN, KELUARKAN DAN SAPU PADA ROTI DAN TOAST)






Selamat mencuba.

Related Posts:

  • ROTI JALA MENGAMIT KENANGAN Kenapa pulak makan roti jala mengamit kenangan? Hmmm kalau tidak kerana Roti Jala, agaknya Kjee tidak akan ada kenangan menjadi peniaga. Kjee pasti ramai pelanggan Kjee di dua food court di Taman Melawati sekitar t… Read More
  • PUDING ROTI GULA MELAKA Ada empat keping roti dah dua hari past expiry date. Nak buang sayang sebab Kjee rasa elok lagi sebab simpan dalam peti ais. Tak tau nak buat apa tetiba teringat boleh buat Puding roti. Bukan Bread and Butter … Read More
  • BURGER AYAM ROTI PITA Bukan susah nak buat burger sendiri from scratch, kat rumah. Sejak UnclePali dah pandai buat, dah tak berapa nak selera lagi makan store bought pattie burger. Memang lain rasanya kalau kita buat sendiri. Selain… Read More
  • CLUB SANDWICH DARI BAHAN LEFTOVERS Kjee suka sangat makan Club Sandwich kalau makan di hotel atau pun restoran. Tapi jarang-jarang sekali buat sendiri walhal ia sebenarnya macam sandwich biasa tapi dibuat bertingkat-tingkat. Kekadang tiga lapis dan ke… Read More
  • IDEA SEDIAKAN MENU ROTI YANG TAK MEM'BORING'KAN. Kalau korang bosan makan roti untuk sarapan setiap hari, dapatkanlah idea macam mana hendak buat sarapan menggunakan roti yang menyelerakan. Kjee tak pernah rasa bosan makan roti. Ada pelbagai jenis roti di pasaran… Read More

3 comments:

  1. mas suka cicah garlic bread ngan sup gini..
    sedappnya...

    ReplyDelete
  2. Errmm.. tengok roti jer pun dah terliurr! :D

    ReplyDelete
  3. resepi paling manangggg.simple n tratur.. tq k

    ReplyDelete