Friday, October 14, 2011

AYAM GORENG YANG TAK JADI PENYET VS SAMBAL TEMPOYAK PIPIT




Hari ni dinner kami simple giler. Siang tadi ingat nak buat ayam penyet. Semalam tak puas makan dekat foodcourt Taman Melawati. Bahan2 nak buat Ayam Penyet pun dah suruh Unclepali beli tadi tapi bila sampai je rumah lepas jemput Nadia balik kelas, ubah fikiran.

Sebabnya? Kami kelaparan sebab tak lunch. So goreng je ayam garing2 (yang Kjee defrost sebelum amik Nadia) dan buat sambal tempoyak terung berembang atau pipit.

Pastu Unclepali kata nak bagi penyet ke ayam? Dia dah standby chopping knife yang besar tu. Ah tak payah. Penyet ke tak penyet, masuk perut terus penyet. Hehehe.

Pastu curahkan kicap dan makan dengan nasi panas dan ayam goreng yang baru keluar dari kuali. Sedap gilerlah. Mak mertua lalu, memang tak nampak dah. Lalu belakang mana nak nampak! Cuba lalu depan.


Kemudian Nadia tambah lagi kick dengan bawak keluar petai jeruk dari dalam fridge. Penggsannn.

Resipi sambal tempoyak ni, sikit lebih kurang cam ni. Cuma Kjee tak bubuh petai dan serbuk kunyit. Tadi Kjee celur terung tu, pastu campakkan ke dalam sambal ni. Itu jer.

7 comments:

rahel said...

Selamat malam Kak Jee..geram tengok terung pipit tu..mesti sedap betull ni..emm tergoda lagi..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

masa pregnant aritu teringin nak makan terung pipit ni.. smpai skang x makan2. tetiba tgk hari ni.. teringin pulak

Chah said...

Alaa kak jee, honyok je kuat2..terpenyek la jadinya.... Simple xpe... less is more...

cik cek said...

Kak Jeee...kechurnya tgk sambal ni...

kasihredha said...

saya tak pernah cuba ni kak...menarik!

Mat Gebu said...

salam morning kak jeee...perghhh...siap ada tempoyak lagi..memang boleh pengsaann ini macam >____<

sharifah rosidah said...

Hrmm terung rembang masak apa pun sedap kan, adoi dulu kat depan rumah aku banyak tapi SB pergi buang pulak geram betul.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...