Friday, October 7, 2011

IKAN MASAK CINCUAN AKA PINDANG SERANI

 Kekadang arwah bonda panggil lauk ni masak Cincuan. Kekadang Pindang Serani. Ntah yang mana satu yang betul, Wallahualam. Tadi Kjee masak pertama kalinya sejak kahwin dengan Unclepali. Ntah kenapa tetiba teringat nak masak lauk ni.

Kjee tahu muka Unclepali berubah apabila Kjee kata nak masak Cincuan. Mungkin tak pernah dengar. Tapi bila dah siap, dia cuba, terus kata sedap. Okaylah tu kan? Kita ni kalau masak, tetiba tidak berkenan di tekak suami, frust nonggeng rasanya.

Apapun, Kjee ingat lagi arwah Bonda kata, ini lauk orang Melaka. Dan selalunya, lauk ini dimasak apabila ada berbaki ikan goreng hari sebelumnya. Ntahlah tak arwah Bonda pulak selalu tak pernah pulak buat lauk ini dari ikan goreng berbaki semalam.

Apa ikan pun boleh digunakan untuk masak lauk ini. Tapi yang betul2 sedaplah buat tekak Kjee ialah ikan parang. Ikannya mesti digoreng separuh masak.


Lauk ini ala singgang tapi lauk ini kena tumis sulu bahan2nya. Jom kita intai resipinya.

BAHAN2

3 ekor ikan cencaru
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
½ sudu kecik serbuk kunyit
cili api (ikut suka)
1 inci lengkuas/serai

CARA

Ikan dibersihkan dan digoreng separuh masak. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan cili api dan serbuk kunyit. Pastu masukkan air mengikut banyak mana kuah diperlukan. Tadi Kjee bubuh kira2 dua cawan. Masukkan juga asam gelugor serta lengkuas yang telah dihiris dan biarkan mendidih. Kemudian bubuh garam dan pak aji (jika guna). Apabila mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Reneh dan balik2kan ikan. Siap.

Sedap dimakan dengan ulam2 dan sambal belacan. Rasa lauk ni masam2 sikit. Kalau suka bolehlah bubuh sedikit gula tapi tadi Kjee tak bubuh.

5 comments:

kak la said...

eh, macam masak singgang.... cuma kami tak tumis dan tak pakai bawang besar, bahan lain, seropeee....

Hjh Noralenna Abbas said...

KJee,
Cincuan....eh,,arwah mak akak pun suka masak lauk ini. Satu menu kesukaan budak-budak di rumah ini.Ada hirisan halia ganti serai/lengkuas.Letak hirisan bawang besar bantak-banyak, bestnya!

org melaka said...

salam kak jee...
yg ni kami panggil pindang, cincuan kering sikit, mcm kaler msk taucu.pakai asam jawa.hehe

Anonymous said...

keluarga saya panggil pindang serani, tp kitaorg punya ada letak belacan. org dalam pantang pun sesuai lauk ni cuma jgn letak cili api dan belacan. zaliza

skodeng said...

saya panggil resepi orang sakit... kalau sy demam.. saya selera dengan aluk ni je. :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...