Saturday, October 8, 2011

MI HOKKIEN BERSAMA SAMBAL BELACAN


 Ada macam2 versi rupanya orang Hokkien goreng mi mereka. Tadi Kjee google kat internet. Heran jugak apabila Mi Hokkien Singapura tak kaler hitam cam Mi Hokkien Malaysia atau lebih tepat cam yang Kjee buat.

Tapi rasa2nya lah, Mi Hokkien kat Malaysia memang dibuat cam Kjee buat ni. Hitam legam tapi sedap sangat. Pastu makan pulak dengan sambal belacan. Lagilah terangkat!!

Mula2 Kjee buat Mi Hokkien ni, Kjee punyalah kecewa sebab mi jenis ni liat sangat sangat! Rupa2nya kena guna api besar dan sup rebusan tulang. Apabila dah lembut barulah bubuh kicap. Tapi kan, Kjee pernah kukus dulu mi tu dulu untuk bagi dia lembut. Punyalah renyah. Kemudian barulah Kjee buat cara masak dengan membubuh sup rebusan tulang. Masaklah sampai lembut tau.

Mi Hokkien cara ini tidak boleh digantikan guna mi kuning biasa. Kalau guna mi kuning biasa, jadi Mi Hailam. Kalau korang susah nak cari, ada terdapat banyak mi kasar ni dijual di pasaraya besar seperti Carrefour, Tesco dan Giant.

Untuk rencahnya, bolehlah dipelbagai guna sotong dah jugak daging. Kalau suka bubuh sawi pun okay jugak. Kita yang buat dia kan!! Hehehe.

Kalau nak resipinya ada di sini. Mi ni jarang ada dijual di warung2 orang Melayu. So kalau nak makan, kenalah buat sendiri. Tetapi yang penting sambal belacannya. Kalau tak ada sambal belacan, kurang umpphhh. Kjee buat sambal belacan guna cili kering yang telah direbus dan dikisar bersama belacan bakar. Itu cara orang Cina. tapi kalau nak guna sambal belacan orang kita pun tak kisah.

Selamat mencuba.


4 comments:

kak rus said...

Salam ukhwah dan kenal drpd kak rus.....sedapnya mee Hokkien tu.....kak rus nak cubalah sebab selalu tengok pelakon Korea dok makan mee gelap ni.....rupanya Mee Hokkien.Terima Kasih.

rahel said...

mat petang Kak Jee,
saya suka banget ngan mee hokkien ni,tapi tak pernah buat sendiri,slalu mkn kat kdi je..emmm

Mah@mahu said...

Pandai akak memasak sungguh sedap dan hebat lah..

* Jgn lupa sasikan Masterchef Malaysia 22okt2011 di Astro Ria

Aziela said...

Ada satu gerai di R&R Seremban menghala KL Kak Jee. Nama gerai Anugerah. Pagi2 dia mesti ada menu nie. Kat kedai Melayu memang susah nak cari, tapi dia memang ada. Macam2 sambal dia siapkan sekali.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...