Tuesday, May 17, 2011

346. Ikan Sweet Sour versi Bonda







Lauk kegemaran my princess dari kecik lagi. Kali ni buat ala2 air tangan arwah Bonda. Beliau golek dulu ikan dalam tepung jagung pastu goreng. Kemudian baru sediakan sosnya.

Hari ni teringin nak buat style Bonda walaupun bahan taka mkencukupi. Dah selongkar fridge...tomato tak de, daun bawang tak der. Ah hantam jer lah. Janji bahan untuk sos cukup. Kita yang buat dia kan? Tapi hari ni kjee bubuh hoisin sauce jenama Life yang beli kat Tesco.

BAHAN2NYA:

3 potong ikan (gunalah ikan apa pun spt tenggiri, bawal, salmon)
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tomato sos
3 sudu besar cili sos
2 sudu besar hoisin sauce jenama Life
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji cili merah
1 sudu besar cuka (kjee guna cuka apple sebab cuka lain tak de)

CARANYA:

Ikan dibersihkan dan dilumur dengan tepung jagung. Kemudian digoreng sampai garing. Tepikan.
Panaskan sauce pan atau apa2 periuk pun boleh. Bubuh kira2 dua sudu minyak. Bila sudah panas, tumis bawang putih, bawang  merah (dipotong bulat) dan halia. Bawang besar tak payah mayang halus. Suku inci pun okay. Bila naik bau, masukkan air kira2 satu mug. Kalau nak kuah banyak, bubuhlah lebih. Pastu biarkan mendidih  seketika. Masukkan hoisin sos, sos tomato dan sos cili. Kacau dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan cili merah yang telah dipotong halus2 dan panjang2. Bila kuah dah ready, rasa. Kalau nak bubuh garam bubuhlah. Kjee tadi rasa dah cukup masin sebab hoisin sos tu masin. Kalau tak nak bubuh hoisin sos, bolehlah jugak tapi bubuhlah garam ya. Ikut seleralah sebenarnya. Kemudian masukkan ikan ke dalam sos dan biarkan seketika. Kalau kuah terlalu cair, bancuh satu sudu tepung jagung dan masukkan ke dalam sos sebelum ikan dimasukkan. Kalau suka masukkan jugak buah tomato, carrot dan lada benggala (selepas menumis dan bubuh air). Daun bawang yang dipotong panjang2 dua inci pun elok dimasukkan sekali tapi semuanya kjee tak de stok kali ni. selamat menerai.

Related Posts:

  • 209. Sup kaki ayam, sayur campur dan siakap berlada Lunch kami hari ini. Simple tadi sedap jugak kan. Teringat kalau makan cam ni selalu Kjee buat untuk sahur. Bulan Ramadhan pun dah tinggal lebih kurang 4 bulan. Tak sabar rasanya. Mula tak rancang nak buat sup kaki ay… Read More
  • Cutlet @ Bergedil Ikan Salmon  Kjee tak pernah buat cutlet tetapi selalu makan di kedai nasi daun pisang. Asal resipi ini dari India kot. Kjee yakin kedai2 yang jual cutlet ni, buat guna lebihan ikan goreng yang tak habis dijual. So segala jenis ik… Read More
  • 346. Ikan Sweet Sour versi Bonda Lauk kegemaran my princess dari kecik lagi. Kali ni buat ala2 air tangan arwah Bonda. Beliau golek dulu ikan dalam tepung jagung pastu goreng. Kemudian baru sediakan sosnya. Hari ni teringin nak buat style Bonda wal… Read More
  • 163. Ikan Siakap Berlado Thai Hari ni. for lunch Kjee masak ikan siakap berlado Thai. Apa hal lak berlado Thai? Masak berlado kan masakan Minang? Hehehe saja Kjee nak bagi rasa Asean pulak kali ini. Kjee bubuh daun limau purut yang Kjee ricik halus. Sed… Read More
  • 282. Ikan Kukus elok untuk diet Sejak akhir2 ni Nadia dah mula ligat diet balik. Maklumlah beberapa bulan yang lepas dia gila sangat buat roti sampaikan badan pun bagaikan ditambah yeast. So Kjee buatkanlah dia ikan kukus, taufoo kukus dan sayur2an yang h… Read More

4 comments:

  1. Salam pagi kak jee.Nampak sedap tu.Boleh buat lauk makan tengahari ni.

    ReplyDelete
  2. kak jee..
    sedappnya tengok ikan tu...

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum kak jee

    menu yang macam ni memang sedap kjee. tambah2 lagi sos tu penambah selera kalau makan :D

    kemana cuti2 ni kjee :D

    ReplyDelete
  4. sama la pula menu kita hari neh kak jee...saya pun memang biasa goreng ikan bersalut dgn tepung jagung terlebih salut..nmpk mcm crispy

    ReplyDelete