Wednesday, August 3, 2011

MENU PUASA/SAHUR 1


Terung Berlada Udang Kering
Hari ini Kjee nak masak Terung Sambal udang Kering. Kalau sesiapa yang pernah buat guna resipi Kjee ni ini tentu boleh cerita sedap ke tidak. Ada banyak cara orang buat terung sambal udang kering ni.

Kari Ikan Bawal Hitam
Cara Kjee lain sikit sebab tak tumbuk undang kering tu dengan cili. Kjee goreng dulu udang kering tu. Ala korang tengok resipinya disini.


Lauk ni murah, mudah disediakan dan cukup menyelerakan baik untuk Berbuka Puasa mahupun Sahur. Kjee congak2 tadi harga untuk menyediakan makanan ini lebih kurang RM6 termasuk gas! Murah tau sebab kalau guna 7 biji terung, boleh buat dua kali makan iaitu berbuka dan sahur!

Selain itu, menu hari ini ialah kari ikan bawal hitam. Ikan bawal memang mahal sekarang sebab musim perayaan dan mungkin jugak kerana nelayan tengah mogok. Kjee beli seekor ikan bawal seberat 700gms dengan harga hampir RM16.

Kari sardin
TETAPI...malam tu (sahur pertama) Kjee makan kari ikan bawal kat Restoran Nasi kandar Yassin, sepotong kecik ikan harganya RM3.50! Hangin Nadia!! Ikan bawal yang Kjee beli tadi kalau dipotong ikut saiz kedai Yassin boleh dapat 8 potong! Kalau 8 potong dah jadi RM28!

Tapi tak semestinya buat kari guna ikan bawal hitam. Ikan kembung pun sedap. Ikan kembung mahal jugak tau!. Hari tu Kjee pergi, harganya hampir RM12 sekilo.

Kalau tidak buat saja kari sardin. 1 tin tidak sampai RM7. Kjee dan keluarga suka sangat kari sardin!
Resipinya disini


Actually, kalau nak lebih mudah, kari telor pun sedap. Maklumlah setelah godek2 dalam fridge, ikan tak ada dan sardin tin pun tak ada tapi tekak nak jugak makan kari, kari telor pun satu alternatif yang baik. Lihat sini

Dah dua jenis lauk dah. Ada sayur dan ada main dish. Bagi Kjee dua lauk ni sudah cukup bagus. Kalau nak tambah telor asin pun okay kan? Tapi Kjee ada ikan pekasam. Tempoyak pun ada. kalau buat sambal tempoyak mentak berulamkan timun pun marvelous jugak kan?


Itu idea mudah untuk hari ini. Kjee masak Kari Ikan Bawal hitam dan Terung sambal udang kering. Selain itu, apa aje ada kat rumah, korang fikirlah sendiri. Atau mungkin anak2 pun ada resipi sendiri!

Korang ada idea untuk esok, share lah dengan Kjee pulak yer.

Untuk pencuci mulut bubur butir nangka. Klik sini.



Kari telor Rebus

Related Posts:

  • IDEA PASTA DAH SPAGHETTI UNTUK BUKA PUASA Apa kata kalau kita makan pasta pulak hari ini. Jangan terkejut kalau ada Laksa Johor pulak yer. Laksa Johor memang menggunakan spaghetti. Kjee pernah jugak tengok orang buat Laksa Johor guna mi kuning. Tapi da… Read More
  • BUBUR BERLAUK UNTUK BERBUKA PUASA SEMALAM Semalam Kjee buat bubur berlauk untuk buka puasa. Kjee buat lima jenis lauk iaitu Kangkung Goreng Belacan, sayur Tau Miu Goreng sos tiram, Daging Goreng Berlado, Ikan Bilis goreng dengan cili padi dan bawang putih … Read More
  • HARI INI IDEA MASAK WESTERN FOOD LAAA Dah penat cari idea untuk berbuka? Well, apa kata hari ini kita plan masak ala Western. Mudah disediakan, cepat masak dan sedap dimakan. Tak sedap dibuang. Sebenarnya, kalau kita masak sendiri makanan Barat popular sepe… Read More
  • CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More
  • IDEA BERBUKA DENGAN NASI BERPERISA Salam Nuzul Quran. Ada beberapa negeri yang bercuti hari ini. Di Kuala Lumpur, walaupun tidak bercuti, namun kawasan2 tumpuan membeli belah sarat barat dengan pengunjung. Jalan menjadi sesak dan Kjee langsung… Read More

10 comments:

  1. Terung goreng berlada ni memang favourite i! ni kena try your version ni kak jee.

    ReplyDelete
  2. sedapnye kak..sy semua beli je..huhu

    ReplyDelete
  3. sy cadangkn esok k.jee masak masakan kampong... masak lemak putih petola dgn ikan goreng pedas dan dessertnya bubur som2... ok tak

    ReplyDelete
  4. waduh2 kak jee... lauk kak jee masak tu semua mengancamlah!

    ReplyDelete
  5. Gee: memang esok nak masak petola tapi masaka air. dah banyak hari asyik masak santan...meletup jantung nanti. hehehe. ikan goreng pedas best sangat. pastu ikan kering atau ikan pekasam. fuuhhhh!

    ReplyDelete
  6. bubur butir nangka nie anne dah carik bertahun tahun dari anne kecik. pernah makan sekali je mase kecik and tak tahu apa nama bubur tu. bila tengok nie rasa excited sangat and terus beli bahan. esok nak buat lah utk berbuka puasa. thank you kak jee! =)

    ReplyDelete
  7. aku bujang telajak..x adik beradik..org tua h tiada... makan apa yg ada jer.. kalu buka di surau alamat makan ngan bangla..org melayu dah x ramai berbuka di surau. nasibbb badan...kelab 52thn

    ReplyDelete
  8. teringat masa kecil, emak buat gulai daging salai...dah lama x makan dan kat kedai pun tak jumpa. kerinduan ibubapa amatt terasa di ramadan yg mulia walau aku dah tua bangka 52th.

    ReplyDelete
  9. petang ni (hari ke-3 puasa) sy masak lauk kari kerang, sambal belimbing hitam, ikan goreng bawang.. simple tetapi menyelerakan... cuba la

    ReplyDelete
  10. hari ke-3 puasa ni, saya masak lauk simple2 je. kari kerang, ikan goreng bawang, sambal belimbing hitam (ada campur sikit dengan petai yg sudah diracik ). cuba la

    ReplyDelete