Saturday, July 27, 2013

daging

BUBUR BERLAUK UNTUK BERBUKA PUASA SEMALAM






Semalam Kjee buat bubur berlauk untuk buka puasa. Kjee buat lima jenis lauk iaitu Kangkung Goreng Belacan, sayur Tau Miu Goreng sos tiram, Daging Goreng Berlado, Ikan Bilis goreng dengan cili padi dan bawang putih serta rebus telor asin.

Nasib baik UnclePali nak makan bubur jugak so tak perlulah Kjee tambah lauk yang sesuai untuk dia makan dengan nasi.

Sebelum ini Kjee jugak pernah buat menu ini tapi ada jugak lauk lain. Klik SINI.








Friday, July 26, 2013

isu semasa

PELAKON PORNO CHECK OUT DARI RESORT DAN SPA SG BULOH DAN KAJANG


Muka si jantan macam..."Ada aku kesah?" Si pompuan, tunjuk 'semua' dalam video lucah tak malu pulak




























Dah seminggu 'bersantai' di Sungai Buloh dan jugak Kajang "Resort n Spa", harap2kan serik lah ya. Tapi jangan ingat keluar ini for good!!



KUALA LUMPUR: Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee menandatangani kertas pembebasan mereka di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Jumaat dan beredar dengan kereta yang berasingan selepas menghabiskan seminggu di penjara.

Diiringi oleh beberapa anggota polis, dan digari, kedua-dua mereka dilihat memakai pakaian yang sama seperti yang dipakai pada Khamis lepas.

Alvin, berseluar jeans dan berpakaian baju warna merah terang, kelihatan marah, dan tersenyum sinis kepada jurugambar akhbar dan mereka yang berada di sekitar.

Vivian, bagaimanapun, kelihatan lemah dengan berpakaian baju merah jambu dan berseluar tiga suku warna hitam.

Tidak seperti Alvin, dia menyembunyikan muka di sebalik rambutnya.

Kedua-dua mereka dilihat berpegangan tangan dalam bilik mahkamah sewaktu mereka menandatangani bon jaminan.

Semasa berbual rancak, Alvin berpaling dan memberi senyuman sinis kepada sekumpulan jurugambar.

Pasangan ini pada mulanya enggan bercakap dengan pemberita, tetapi apabila ditanya bagaimana berada selama seminggu di penjara, Alvin tersenyum dan berkata "tidak buruk".

Selepas prosedur pelepasan dilakukan, mereka diiringi oleh para peguam mereka untuk ke kereta, tergesa-gesa dimasukkan ke dalam kenderaan dan beredar secara berasingan.

Difahamkan bahawa ibu Tan yang membayar ikat jamin mereka pada Khamis selepas Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin setiap seorang.

Hakim Mohd Azman Husin membenarkan diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Beliau membuat keputusan itu selepas menimbangkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan daripada Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran di bawah Seksyen 323 (1) Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman pada Khamis lepas. - mStar
ayam

IDEA BERBUKA DENGAN NASI BERPERISA
















Salam Nuzul Quran. Ada beberapa negeri yang bercuti hari ini. Di Kuala Lumpur, walaupun tidak bercuti, namun kawasan2 tumpuan membeli belah sarat barat dengan pengunjung. Jalan menjadi sesak dan Kjee langsung tak teruja untuk keluar menambahkan lagi kesesakan.

Kjee pasti ramai yang memilih untuk bersantai di rumah hari ini. Dan apabila hari cuti, ibu2 yang bekerja mungkin boleh fikir untuk memasak lauk pauk berbuka puasa yang special sikit. Kalau hari2 dah hidang lauk tunjuk sebab tiada kesempatan untuk memasak, pasti hari ini anak2 gembira dengan airtangan ibu yang special. Oppps suami juagk ya.

Kalau tak ada idea nak masak apa, Kjee senaraikan tiga jenis nasi iaitu Garlic Rice With Lemon Chicken atau Nasi Bawang Putih dengan Ayam Lemon, Nasi Tomato yang guna sup tomato dan Nasi Ayam Hailam resipi bonda.

Kjee terfikir jugak nak buat Nasi Tomato hari ini. Nak selongkar dulu pantry samada ada setin tomato soup. Kalau ada, maka hidangan kami hari ini adalah Nasi Tomato dengan Kurma Daging.

Selamat bercuti dan selamat menghabiskan masa di dapur. Hehehe.




Garlic Rice With Lemon Chicken. Resipi SINI



Nassi Tomato Special. Resipi klik SINI.



Nasi Ayam Hailam. Resipi klik SINI






















Thursday, July 25, 2013

SAHABAT2KU - DULU, KINI DAN SELAMANYA


Bersama Datuk Nuraina dan Noor



Kjee jarang2 pergi kalau ada undangan majlis kahwin ataupun event2 tertentu kecuali Kjee rasa perlu sangat Kjee hadir. Tetapi seandainya kesihatan mengizinkan, Kjee akan gagahkan diri untuk menziarah teman2 yang meninggal dunia.

Kalau sudah tak larat sangat nak jalan sebab sakit lutut, UnclePali akan sediakan wheelchair. Mula2 dulu Kjee malu jugak nak naik wheelchair tetapi lama kelamaan, dah tak kuasa nak rasa malu.

Semuanya kerana Kjee terlalu rindu untuk bertemu rakan taulan yang telah lama Kjee tak bertemu kerana sudah tidak ada kena mengena lagi dengan aktiviti mereka.

Bagaimanapun, semalam apabila pergi menziarah jenazah seniwati veteran Datin Umi Kalthum, Kjee begitu seronok dapat berjumpa sahabat2 di kalangan wartawan dan juga artis.




Dato DJ Dave, Dato Mustafa Maarof dan Nancie Foo. Nancie adalah junior Kjee di SM Air Panas, Setapak.

Mak Nani yang sangat kusayangi

Dato Yusof yang banyak tolong Kjee. Jasanya takkan kulupa

Antara mereka Mak Nani atau Datin Hajah Rosnani, Datuk Sarimah Ahmad, Dato Aziz Satar, Dato Mustafa Maarof, Dato DJ Dave, aktres Nancie Foo, penyanyi Hayati Tasrip, Zalifah Ibrahim, pelakon Aizom Othman. Kjee sebak bertemu dengan rakan2 wartawan seperti Datuk Nuraina Tan Sri A Samad (Managing Editor NST), Hajah Bahyah Mahmud, suami beliau  Haji Ahmad Idris (ABI) Niezam Abdullah (Editor Hiburan mStar), Rosli Manah (Editor Mangga) yang jarang2 sangat Kjee bertemu.

Kesempatan kali ini jugak Kjee ambil bergambar dengan mereka. Maklumlah kan... hari ini kita ziarah kengkawan yang telah pergi. Esok lusa, giliran kita pulak. Mati itu pasti.



Aizom, Zalifah, Rosli, Hayati dan Niezam





Bersama Niezam Abdullah

Teringat masa zaman jadi wartawan...mana sempat hantar story. Candid pix by Haszrul Mohamad

ayam

GULAI PAHANG AYAM KAMPUNG







Ahad lepas UnclePali balik kampung. Mak mertua Kjee kirim kat dia seekor ayam kampung sebab dia tahu menantu pompuan sorang ni suka sangat ayam kampung. UnclePali sampai rumah terus masukkan ke dalam freezer. Maklumlah sampai rumah dah dekat 2 pagi.

Semalam Nadia beritahu dia nak makan Rendang Ayam Kelantan. Memang sedap kalau ayam kampung dibuat rendang. Anyway, semua dah set nak masak Rendang Ayam Kelantan. Tetapi apabila Kjee nampak ayam kampung dalam sinki, sedihnya. Kurus sangat. Tak ada isi!

Ayam kampung memanglah tak ada isi. Sedap kalau masak sup kan? Tapi bulan puasa mana ada mood nak makan sup.

Kjee beri UnclePali pilihan. Nak masak kari, masak lemak cili api atau Gulai Pahang. Terus UnclePali setuju masak Gulai Pahang. Kjee sms Nadia. Dia punya lah happy sebab lama dah Kjee tak masak Gulai Pahang.







Lepas masak, UnclePali tengah snap gambar, mak mertua Kjee call. Jee masak Gulai Pahang mak, kata UnclePali. Hah? Gulai Pahang? Aku duk Pahang berpuluh tahun tak pernah dengar Gulai Pahang.

Hehehe. Memang apabila Kjee kata Kjee masak Gulai Pahang, ramai tak tau apa itu Gulai Pahang. Malah, ada yang kata Pahang mana ada gulai!

Tak kesahlah. Kjee belajar gulai ni dari isteri pengarah Yassin Salleh. Dia orang Pahang ori. Dia kata Gulai Pahang, Kjee pun katalah Gulai Pahang kan?

Gulai ni sedap sangat. Bubuh ketumbar, jintan manis, jintan putih dan jugak kentang. Kjee rebus dulu ayam kampung dalam pressure cooker. Jadi lembut sangat2. Resipinya korang klik SINI jer lah. Kureng rajin nak taip balik.




biskut

BELI BISKUT RAYA ITA'S DELIGHT TERUS DARI OVEN!

Bengkel Ita's Delight






Bagi mereka yang ingin membeli terus biskut Raya Ita's Delight, boleh ke bengkel  tersebut mulai 24 Julai hingga stok habis.

Jualan biskut raya di perkarangan Bengkel Itas Delight bermula dari jam 10am-8malam. Harga amat berpatutan. Inilah pertama Ita's Delight memberi peluang kepada persorangan untuk datang terus untuk membeli .

Jangan lepas kan peluang ini. Bengkel Ita's Delight terletak di Lot 499, Jalan Sungai Berteh, Kelang.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 0176757329
chinese food

CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI?












Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu dari daerah Szechuan, China.

Daerah Szechuan dikatakan daerah paling sejuk di negara itu, jutru mereka memasak makanan pedas2 supada badan menjadi panas.

Anyway, idea hidangan Kjee biasa2 jer. Makanan yang Kjee reti masak. Mungkin boleh jadikan idea untuk korang.





Resipi klik SINI

Butter Prawns. Resipi klik SINI


Ikan Siakap Kukus. Resipi SINI

Resipi klik SINI

Al Fatihah

ALFATIHAH BUAT HANI MOHSIN DAN YASMIN AHMAD






Kau meninggalkan kami genap 7 tahun hari ni, Hani Mohsin Hanafi. Kehilangan yang tiada terganti. Setiap kali melintasi pusaranya, hanya doa dan AlFatihah tidak putus2 kukirimkan buatmu, Mohsein.

Entry ini seringkali kubaca....

Moga rohmu tenang di sana. Al Fatihah.









Genap empat tahun pemergianmu, industri hiburan tanahair dikejutkan pula dengan pemergian Pengarah Tersohor  Yasmin Ahmad. Begitu terasa kehilangan Yasmin terutama sekali ramai yang merindui sentuhan kreativitinya pada iklan2 menjelang hari perayaan.

AL FATIHAH

Wednesday, July 24, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU DATUK SHUKRI DAN DATIN ARIANIE



Kalau sudah jodoh memang tidak kemana. Walaupun terpisah selama 9 tahun, namun kesabaran Hattan untuk memujuk Arianie Abidin menjadi suri hidupnya sekali lagi, nyata berbaloi.

Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49 tahun, bernikah semula dengan Arianie Abidin dalam satu majlis sederhana di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis ini cukup bererti bagi pasangan ini kerana ia disaksikan anak bujang tunggal mereka, Adam Eiman, 15 tahun.

Selamat Pengantin Baru Datuk Mohd Shukri dan Datin Arianie. Mudah2an ikatan kali ini akan berkekalan hingga ke nafas akhir, Insya Allah. Amin.

Berita penuh sila baca SINI.

TAHNIAH PENGUNDI KUALA BESUT. PILIHAN BIJAK




Al Fatihah

UMI KALTHUM MAHU 'PERGI' DI BULAN RAMADHAN. ALLAH SWT MENJEMPUTNYA




Sebelum berangkat mengerjakan Umrah April lalu. Bersama Boy, Wani (isteri Boy) dan Noor Kumalasari







Majalah Asia Magazine Australia pernah mengangkat beliau sebagai The Most Beautiful Malay Woman in Asia. Wanita Melayu Paling Jelita di Asia. Hari ini Seniwati Umi Kalthum, 81, pergi buat selama2nya.

Tetapi hingga ke akhir hayat beliau, Kjee masih anggap title itu masih dipegang beliau.

Beliau bukan sahaja jelita pada fizikal tetapi jugak seorang wanita yang cukup baik, murah dengan senyuman dan disenangi bukan sahaja oleh sahabat2nya tetapi sesiapa sahaja yang mendampinginya. Kjee rapat sangat2 dengan beliau mungkin dalam 5 atau 6 tahun lepas.



Sahabat2 Allahyarham. Dari kiri Hajah Hazimah, Seniwati Salmah Ahmad dan Dato Maria Menado






Pemergiannya pasti cukup dirasa teman2nya. Bak kata Seniwati Dato Maria Menado:

"Walaupun dia banyak diberi watak jahat ketika berlakon tetapi wataknya di belakang tabir amat berbeza. Baik hati, baik mulut dan baik sangat perangai. Tidak pernah mengumpat dan tidak suka dengar umpatan orang. Memang sukar hendak dapat seorang sahabat seperti beliau."

Seniwati Salmah Ahmad yang menjadi sahabat karib Allahyarham menambah:

"Kak Umi call saya dua hari lepas. Dia kata, seorang demi seorang kawan2 kita dah pergi. Bilalah agaknya giliran kita? Kak Mah jawab, usah fikirkan itu semua. Yang penting kita jaga kesihatan. Kembali nya kita ke sana nanti adalah kerja Allah swt," kata Salmah Ahmad.

Allahyarham Datin Umi Kalthum mempunyai seorang lagi sahabat karib iaitu Allahyarham Kuswadinata yang kembali ke rahmatullah baru2 ini. Jika ada jemputan ke mana2 majlis, tiga sahabat ini akan pergi bersama2.

Pemergian Allahyarham genap 45 hari pemergian sahabatnya 'Merah' atau Allahyarham Latifah Omar. Dalam filem Bawang Putih Bawang Merah keluaran Cathay Keris di tahun 50-an dulu, Allahyarham Umi Kalsom berlakon sebagai 'Putih" kakak tiri Merah yang jahat.



Noor Kumalasari menabur bunga di pusara ibunya



Hubungan Kjee dengan Allahyarham mula rapat kira-kira 6 tahun lalu apabila beliau menjadi pelanggan tetap di gerai Kjee. Makanan favorite beliau Penang Fried Kway Teow dan Laksa Johor. Setiap pagi beliau akan singgah bersama cucu sulungnya Amir aka Boy. Jika Amir bekerja, beliau akan datang seorang diri.

Dan beliau akan duduk berjam2 bercerita bagaimana beliau merindui Arwah suaminya Dato S Roomai Noor yang meninggal dunia di Mekah ketika mereka mengerjakan Umrah bersama 17 tahun lalu. Sejak itu setiap tahun beliau akan mengerjakan Umrah di Mekah sepanjang bulan Puasa.

"Ada sekali tu Kak Umi ternampak kelibat abang Noor, tau Jee.  Dekat Kaabah. Tapi Kak Umi tak sempat nak tegur, dia dah 'hilang'. Kak Umi nak sangat mati kat Mekah...tapi kalau tak kat Malaysia pun tak kesah tapi mintak2 di bulan Puasa," itu antara perbualan kami sambil beliau menjamah makanan kesukaannya di gerai Kjee.

Beliau baru sahaja kembali dari mengerjakan Umrah April lepas bersama2 dengan Noor Kumalasari dan keluarga serta wartawan Juwie.

Allahyarham meninggal dunia dalam tidurnya antara jam 12.50 pagi hingga jam 4.30 pagi. Cucunya Amir beritahu Kjee, dia tidak perasan Wan (panggilannya kepada Allahyarham) ada menelefonnya kira2 jam 12.50 pagi.


Allahyarham bersama cucu kesayangannya, Amir atau Boy  - dari album Boy



"Saya hanya tersedar ada missed call pada kira2 jam 1.30 pagi. Saya telefon balik tapi tiada jawapan. Kemudian saya call adik saya untuk tengok Wan dalam biliknya. Adik saya call balik kata Wan tengah tidur. Kemudian pada pukul 4.30 pagi, adik saya call lagi beritahu tubuh Wan dah sejuk. Saya terus kesana," kata Amir atau Boy yang tinggal bersama2 dengan arwah neneknya sejak lahir. Dia hanya berpindah sejak beberapa tahun lalu setelah berkahwin.

Boy kemudian menunjukkan sekeping kertas yang ditemuinya dalam bilik arwah Wan nya. Itu mungkin coretan tangan terakhir Allahyarham.



Apakah ini tulisan tangan terakhir Allahyarham? Wallahualam





















Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate. Allahyarham minta dikebumikan di situ kerana arwah ibunya serta arwah anak lelaki sulungnya (suami pertamanya) dikebumikan di situ.

Kjee akan merindui senyumannya, tutur katanya yang cukup tersusun serta panggilan telefon darinya setiap tahun seminggu sebelum Raya untuk order kuah Laksa Johor. Itu rutinnya sejak 6 tahun lepas. Dan tahun ini, Kjee pasti akan merindui : "Jee, jangan lupa tau... Kjee Umi nak 6 kilo kuah laksa Johor. Nanti hantar kat rumah Kak Umi. Jangan lupa juga belikan lobak masin yer..." Klik SINI.



Bersama Dato DJ Dave, Dato Mustafa Maarof dan aktres Nancie Foo






Antara sahabat2nya yang menziarahi jenazah beliau dari rumah hingga ke Mesjid Taman Melawati dan ke tanah perkuburan, termasuk Dato Mustafa Maarof, Dato Aziz Satar, Dato Yusof Haslam. Dato Maria Menado, Dato Sarimah Ahmad, Datin Rosnani Jamil, Dato DJ Dave, Seniwati Salmah Ahmad, Aspalela Abdullah, Zed Zaidi, Aida Rahim dan Nancie Foo.

Semoga roh Allahyarham diletakkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin. Al Fatihah.