Sunday, July 3, 2011

MALAYSIAN AMERICAN BREAKFAST



 Wah gempak ya. Malaysian American lah pulak. Yalah..kena berpijak pada bumi yang nyata. Camner gempak pun bunyinya, ia tetap untuk tekak orang Malaysia. Kalau tekak orang Malaysia mesti kena makan dengan sos cili, kalau tidak rasanya tak lalu kan?

Kjee kalau ke restoren western dengan Unclepali dan Nadia, cukup seram kalau Unclepali mintak cili sos. Selalunya, chef restoren atau hotel, kecik hati kalau ada customer yang pandai2 mintak sos cili. Ini bermakna makanan yang mereka masak kurang sedap. Tapi chef2 itu mesti faham. Ini tekak orang Malaysia!

Actually, menu untuk sarapan ni bukanlah benar2 makan cara orang Amerika. Sudah di Malaysiakan. Dan inilah adalah menu bekfas kesukaan Kjee. Kalau angin Unclepali baik, inilah yang disajikan buat anak dan isteri dia.

Selalunya sosej dan hashbrown, Unclepali yang sediakan. Kjee sebenarnya suka kalau sosej dicelur dalam air panas. Hasilnya lembut tapi Unclepali suka goreng guna sedikit butter.

Kjee ada resipi sendiri buat scrambled eggs. Kjee suka kalau ia tidak terlalu masak. Ala2 lembut dan manja lagi. Senang telan. Maklumlah gigi semua dan tak kuat. Hehehe.

Nak buat scrambled eggs ala2 lembut manja, api yang digunakan tidak boleh terlalu besar. Kena sabar memasaknya guna api slow kalau nak sedaplah kan? Kita tengok resipi scrambled eggs.

BAHAN2NYA:

3 biji telor ayam
½ cawan susu segar (optional)
sedikit garam
sedikit lada hitam
butter

CARA:
Pecahkan telor dalam mangkuk, masukkan susu cair (kalau guna). Pukul hingga sedikit kembang. Bubuh garam dan lada hitam.

Panaskan kuali. Bubuh butter dan perlahankan api. Masukkan telor dan guna sudu besar, kacau pantas2 sehingga telor bergentel. Jangan tunggu sampai kering. Biar lembab2 manja gitu. Padamkan api dan terus alihkan ke pinggan.

Susun atas pinggan bersama sosej dan baked beans yang telah dipanaskan. Kalau malas nak buat hashbrown, boleh makan dengan roti bakar.

Resipi Hashbrown potatoes, boleh tengok sini.




4 comments:

ummi_khalish said...

k.jee..breakfast yg pling dil suka tapi sosej tu dil gantikan dgn burger ayam...yummy........:-)

quinnie said...

bestnya kak jee...teringin lak nak buat hash brown sendiri....

ita said...

salam kak jee...saya pun suka scrambled eggs ala manja gitu...letak atas buttered toast (biaq garing sket)pastu ngapp...aduhhh nikmatnya...

kat dlm resepi kak jee, cara2 membuatnya : pecahkan telur dan mangkuk?? ish cemana tu kak jee? tiap kali buat kena pecahkan mangkuk..hehe.. :-)

Kjee said...

hah ita. pastu buang telor makan mangkuk yang pecah kahkahkah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...