Thursday, September 29, 2011

SOTONG TIN BERLADA

Sedaplah buat goreng berlado

Masa tengah masak dalam kuali
 Isyhh sotong tin berlada? Sotong dalam tin lah sebenarnya. Hehehe. Saja buat untuk dinner sebab lauk makan tengah hari dah habis. Actually taklah habis licin tapi tak cukup. So fikir punya fikir, dah dekat maghrib tadi, kalau nak keluarkan ikan atau daging dari freezer tak sempat nak defrost. Kjee tak gemar nak defrost guna microwave.

Tadi buat 2 tin 
So terpandang tin sotong jenama hari tu (tak payah nak sebut kali ni. Tak nak bagi promo free). So apa lagi, projeklah buat sambal berlada cili hidup. Hari tu dah buat sambal cili kering kan?

Tadi kurang rajin (tak elok sebut malas kerap sangat) so cili merah tu Kjee potong2 dan trrr dalam blender yang selalu kisar bahan2 basah. Tak yah bubuh air. Kisar kasar2 jer campur dengan bawang besar. Kalau nak buat goreng berlada, cilinya mesti kasar2.

Tumis bahan kisar tadi dalam minyak, pastu kasi perasa garam dan pak aji. Bila dah elok masaknya, masukkan sotong dalam tin yang telah dicarik2 sikit. Kali ni Kjee tak guna airnya. Golek2 kira-kira 10 minit. Siap.

Hari ni, mood quite low. Tak tau kenapa.

Ini dia rupa masa dalam tin. Padat tau.

Related Posts:

  • NASI LEMAK SAMBAL SOTONG REX Hari ni Kjee terlebih rajin. Semalam terlebih telan suppliment. Lepas subuh terus ke dapur. Godek sana godek sini. Hari tu Unclepali tolong hangkut (bukan tolong jolok) buah kelapa yang dikait oleh Hadi, anak kak Pidah. Besa… Read More
  • 172. Nasi Lemak Sambal Sotong Kering nasi lemak dijual masa meniaga dulu. rm1.20 Kali terakhir Kjee masak nasi lemak ialah pada 26/12/09. Itulah hari terakhir Kjee meniaga di Dapur Kjee, Medan Selera Anjung Melawati, Taman Melawati. Kenangan mengusik jiwa. … Read More
  • SOTONG KAPRAU PULAK! daging kaprau  Hehehe tak serik2 kan? Mula2 daging kaprau. lepas tu bila ada orang tanya, kalau masak dengan ayam boleh tak? Maka Kjee pun projek pulak ayam kaprau. Kemudian ada minah mana tanya, kalau sotong boleh … Read More
  • SOTONG KANGKUNG SOS MANIS PEDAS Kjee sebenarnya dah lama tak makan sotong kangkung samada kat kedai ataupun buat sendiri. Banyak bahaya makan kangkung ni selain sejuk dan berangin. sila tengok ni dan tak tahulah Kjee korang sanggup ke tidak makan kangkung … Read More
  • SAMBAL CUMIT CUMIT (EH BETUL KER)  Korang kenal ke Cumit Cumit? Cumit Cumit ni sejenis sotong kenit yang dia orang keringkan. Segala isi perut cumit tidak dibuang. Kalau nasib tak baik,  masa masak, keluarlah dakwat hitam sotong tu dan sambal menja… Read More

5 comments:

  1. Kjee.. speaking of this sotong kan, remember that day in my entry, I went to like 5 shops hunting for the canned sotong, tak jumpa. Recently, kita gi kedai tanpa niat untuk membeli sotong ni... eh ehhh bersusun kat rak tau. Tin besar pulak tu... sabor je la. Moral of the story, next time tak boleh too eager to look for something... ended up susah nak cari! Hahaha...

    Esh sambal Kjee ni, kalau makan dengan nasi panas, pas tu makan sekali dengan ulam kacang boto... i tell you la... can hancur the diet! Hahaha...

    ReplyDelete
  2. very true MF. Kalau cari mesti tak jumpa. kalau tak cari, ada jer dia 'terhegeh2'. hehehe

    ReplyDelete
  3. letak cili hidup dengan bawang saja? senang. saya budak baru belajar.
    setuju. benda nak cari sangat selalu tak jumpa. tapi kenapa ya

    ReplyDelete
  4. Kak Jee.. recently nie saya selalu buang biji dari cili hidup tu. Terkenang plak hubby belum buang appendixs.. Tapi macam tak terasa pulak pedasnya... Macam mana ekk?

    ReplyDelete
  5. salam kjee - wah menu menarik ni.

    ReplyDelete