Wednesday, July 24, 2013

Al Fatihah

AL FATIHAH DATIN UMI KALSOM



PETALING JAYA: Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Taman Melawati dekat sini pagi Rabu.

Anak Allahyarham, pelakon Noorkumalasari berkata, ketika kakak sulungnya hendak mengejutkan Allahyarham untuk bersahur kira-kira pukul 4 pagi, Umi Kalthum sudah tidak bergerak.

"Ketika kakak saya bersiap untuk bersahur, kakak pergi kejutkan ibu di dalam bilik dan mendapati dia sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pagi Rabu.

Noorkumalasari berkata, Allahyarham tidak menghidap apa-apa penyakit kritikal dan beliau masih cergas walaupun sudah mencecah usia 81 tahun.

Malah ketika bertemu dengannya kira-kira dua hari lalu, Allahyarham tidak menunjukkan perubahan sebaliknya aktif berbual seperti biasa.

"Semasa saya berjumpa dengannya, saya bawakan dia sambal bilis dan kami sempat berborak sambil gelak katawa.

"Tiada apa-apa perubahan terhadap dia sehinggalah dia meninggal dunia pada hari ini (Rabu)," katanya.

Menurut Noorkumalasari, Allahyarham juga tidak meninggalkan apa-apa pesan tetapi selepas kematian suami iaitu pelakon S Roomai Noor kira-kira 17 tahun lalu di Mekah, Allahyarham kerap berkunjung ke Tanah Suci itu seolah-olah mahu melepaskan rindu kepada suami.

Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.

Wataknya jahatnya sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah yang digandingkan dengan Latifah Omar benar-benar meninggalkan kesan kepada penonton.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan S Roomai Noor, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.

Seorang lagi anak Allahyarham ialah penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan pertama S Roomai Noor dengan seniwati Siput Sarawak.

Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang dekat sini sebelum solat Zuhur pada Rabu.- mStar

Tuesday, July 23, 2013

ayam

HARI INI IDEA MASAK WESTERN FOOD LAAA




Dah penat cari idea untuk berbuka? Well, apa kata hari ini kita plan masak ala Western. Mudah disediakan, cepat masak dan sedap dimakan. Tak sedap dibuang.

Sebenarnya, kalau kita masak sendiri makanan Barat popular seperti Fish n Chips, Chicken Chop, Lamb Chops atau steak, tak lah mahal sangat. Kosnya tak sampai satu per tiga jer daripada harga yang kita kena bayar di restoran. Yang buat mahal tu overhead dia orang. Kos sewa restoran, pekerja dan sewaktu dengannya.

Sekarang ni tak ada masalah mencari resipi untuk makanan Barat. Google jer kat internet. Blogger2 masakan juga banyak yang murah hati beri resipi yang sedap2.

Hari ini Kjee nak kongsi idea untuk tiga jenis makanan Barat yang Kjee dah cuba try test kat Dapur Kjee dan gerenti sedap kat tekak akulah.

Selamat menerai. Tak leh duk lama2 depan PC menatap gambar2 ni. Kecur dan termeleleh air lioq. Hehehe. Resipi korang klik bawah gambar ya.



Hailam Chicken Chop. Resipi KLIK SINI

Grilled Lamb Chops. Resipi KLIK SINI 

Fish n Chips with tartar sauce. Resipi KLIK SINI

Monday, July 22, 2013

Menu Puasa

ROTI BOOM YANG KEBAHBOOOM UNTUK SAHUR





Kita hampir masuk minggu ketiga di bulan Ramadhan. Biasanya dari hari pertama hingga minggu kedua, memang rancak kita bangun sahur. Anak2 yang baru belajar puasa pun tak sabar nak dikejutkan sahur.

Bagaimanapun, sampai ke minggu ketiga, ada yang sudah mula liat nak bangun. Ramai yang sanggup minum seteguk air sahaja pastu cepat2 berlari tidur. Semuanya kerana nak kejar masa tidur.

Ada yang sebelum tidur cek dulu apa makanan yang Ibu akan sediakan sahur nanti. Kalau tidak menepati selera, sanggup tak bangun. Tidur lebih penting.

Tahun ini Kjee berjaya buat UnclePali dan Nadia tak ponteng sahur. Kjee sediakan makanan kegemaran mereka iaitu Roti Boom!








Bukanlah Kjee buat sendiri tapi Kjee beli Roti Boom di gerai Roti Boom Corner yang popular di Jalan AU5D, Keramat. Kjee order roti boom separuh masak. Kemudian Kjee simpan dalam peti ais. Bangun sahur, dipanaskan atas kuali leper hingga garing.

Kenapa beli yanag separuh masak? Well, kalau beli yang cukup masak, nanti ia menjadi garing apabila dipanaskan kembali. Kalau yang separuh masak, ia masih lembut kalau dipanaskan balik. Itu jer. Tapi yang separuh masak ni, tahan dalam peti ais (bukan freezer) selama dua atau tiga hari.

And then masa sahur, kalau ada lauk atau kari berlebihan masa berbuka, Kjee sediakan sebagai cicah. Kalau tidak, susu manis pun jadi!

Mula2 dulu, Kjee sediakan 3 keping untuk kami bertiga. Sorang satu. Sekarang dah jadi 5 keping untuk tiga orang. Ala bukan besar pun Roti Boom. Ala2 saiz telapak tangan. Panaskan atas kuali, bubuh sikit margerin selama 3-5 minit. Balik2kan.

Amacam? Korang tak nak try ke hidangkan untuk suami dan anak2?

Untuk sahur nanti, Kjee dah beritahu UnclePali suruh buat telor separuh masak untuk makan dengan roti boom. Sure kebahbooom! Hehehe.








isu semasa

ALAHAI ABANG POSTO MALAYSIA






Kejadian posman yang tidak bertanggungjawab membuang surat2 yang harus dihantar, bukan kali pertama berlaku. Kjee ingat lagi hukuman keras termasuk memecat posman yang terbabit pernah diambil. Malangnya, hukuman tersebut langsung tidak menakutkan sebilangan pekerja pos tersebut.

Terbaru, akhbar The Star melaporkan Sabtu lalu, penduduk kawasan Ukay Heights, Ulu Kelang menemui lambakan surat2 yang sepatutnya telah dihantar ke destinasi, di lereng bukit berhampiran kawasan itu.

Penemuan itu menggemparkan penduduk yang mengaku sudah lama tidak menerima surat2 dari keluarga, klien serta bil2.

Berita selanjutnya baca DISINI. 
ayam

IDEA HIDANGAN BERBUKA/SAHUR ...6




Kalau ingin mengubah selera dari makan nasi setiap hari, Kjee akan menyediakan bubur nasi dengan lauk pauk beranika jenis.

Ini adalah antara menu favorite Kjee dan Nadia. Bab bubur nasi ni, UnclePali kureng sikit terutama sekali untuk berbuka. Orang lelaki mesti mahu pekena nasi setelah seharian berpuasa.

So kalau Kjee teringin sangat nak buat Bubur Nasi, Kjee akan masak nasi untuk UnclePali sementara lauk pauknya, Kjee fikirkan yang boleh dimakan  dengan nasi dan juga bubur. Cara ini, tiada siapa akan merajuk. Hehehe.

Lauk2 yang mengiringi bubur nasi, selalunya yang kering2. Ini adalah kerana bubur dah agak basah. Malah pada Kjee bubur tidak memerlukan lauk pauk yang banyak. Kalau ada telor asin, ikan kering atau bilis goreng pun sudah memadai.

Dibawah ini, lauk pauk yang Kjee cadangkan untuk membuat korang lebih berselera menghadapi menu bubur. Kjee ni memang kuat meratah lauk. Sebab itulah kalau menyediakan bubur, macam2 lauk kering yang menjadi pilihan. So pepandailah adjust kan?







Telor Asin dan ikan kering

Sotong goreng kunyit

Ikan bilis goreng

Pucuk Paku Goreng. Lauk pauk diatas, klik SINI 


Ayam goreng ala Szechuan. Resipi klik SINI


Stir Fry Tau Meu. Resipi klik SINI 


isu semasa

GRO INDIA, NEPAL, PAKISTAN DAN BANGLADESH MULA DIKESAN DI KUALA LUMPUR







Selepas polis berjaya mematahkan banyak sindiket pelacuran di kalangan warga China, Vietnam dan Thailand, kini wujud satu sindiket baru yang memperdagangkan wanita dari India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh di Ibu Kota.

Akhbar The Star melaporkan, Polis berjaya mematahkan sindiket ini berikutan emel yang diterima dari keluarga salah seorang wanita tersebut kepada Kedutaan Pakistan di Kuala Lumpur.

Wanita yang kesemua berusia awal dua puluhan 'diselamatkan' dari sebuah restoran mewah di Jalan Inai, awal pagi Ahad. Enam dari mereka adalah warga India, empat dari Pakistan, tiga dari Nepal dan dua dari Bangladesh.

Seorang lelaki warga India dan tiga lelaki tempatan telah ditahan untuk membantu siasatan. Wanita2 itu difahamkan telah dipaksa membuat kerja2 sebagai GRO selepas restoran menamatkan operasinya.




Sunday, July 21, 2013

biskut

ORDER BISKUT RAYA DAH TUTUP







Terima Kasih banyak2 kepada sokongan korang yang di luar dugaan. Kjee tak sangka dapat banyak sangat order. Ingat nak buat main2 jer. Hehehe.

Kjee akan notify hari, masa dan tempat nak pickup biskut Raya yang korang order. Seperti yang telah Kjee janjikan, tiga tempat telah Kjee tetapkan iaitu di PutraJaya, kawasan parkir A&W Drive Through PJ dan di Pam minyak Shell sebelah pasaraya Eon Big, Wangsa Maju (dulunya Carrefour).

Kjee akan ke Ita's Delight untuk mengambil biskut Raya pada 31/7. Edarannya akan bermula di hujung minggu di PJ dan Wangsa Maju. Untuk PutraJaya pula, edaran akan dibuat pada hari kerja yang Kjee akan beritahu kelak.

Kjee akan bukak order untuk Hari Raya Haji pulak nanti yer.

Keep in touch. Terima kasih.
ayam

IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR ... 5





Hari ni Kjee nak kongsi tiga resipi yang sedap tetapi agak mengambil masa untuk disediakan. Sebab itulah Kjee syorkan dibuat di hujung minggu. Anak2 ada dan korang yang berkerja, cuti.

Semalam Kjee ajak UnclePali pergi pasaraya Sri Ternak di Selayang. Dah dua hari Kjee teringin nak makan Sotong Kangkung. Dalam perjalanan, Kjee pun senaraikan barang2 yang perlu dibeli dalam bentuk sms. Maklumlah sampai sana nanti, UnclePali yang turun. Kjee seperti biasa jadi penunggu kereta.

Sampai rumah, semua barang ada kecuali Sotong Kembang! Laa baru teringat sotong kembang tiada dalam senarai yang Kjee text pada UnclePali. So melepaslah nak makan!

Sotong kembang memang susah nak dapat. Sesekali Kjee nampak ada di Tesco. Harganya tak mahal. Masa Kjee meniaga dulu sekilo sekitar RM4 atau RM5. Sekarang tak tau.

Nak tau cara buat korang klik pada resipi pada gambarnya yer.





Sotong Kangkung. Resipi SINI 



Ini pulak Tahu Bakar. Sos yang digunakan, sama dengan sos Sotong Kangkung. Mudah disediakan dengan kos yang lebih murah. Tetapi mesti ada tahu atau taupok yang sudah siap sedia digoreng. Boleh didapati di kebanyakkan pasaraya dan jugak pasar basah.

Dulu Kjee buat guna oven toaster. Tapi kalau guna kuali leper pun okay juga.

Masa meniga dulu Kjee guna sagat seperti yang digunakan oleh peniaga Siam untuk buat Somtam untuk sagat sengkuang. Tapi ricik halus2 sebenarnya lebih sedap kerana air senkuang tu tidak keluar dan lebih manis rasanya.




Tahu Bakar. Resipi SINI 




Resipi ketiga Kjee ni, Fucuk Dumplings, sedap dan mudah disediakan. Intinya bolehlah korang guna udang, ikan ataupun ayam.

Kjee selalu buat Fucuk Dumplings ini untuk minum petang. Tetapi kekadang Kjee buat jugak sebagai lauk sampingan. Suka hati kitalah kan...Kita yang buat dia. Hehehe.



Fucuk Dumplings. Resipi SINI




























Selamat Mencuba.
Anak Seni

HASIL KERJA KERAS ADAM, HATTAN DAN ARIANIE BERSATU KEMBALI



Hattan, Adam dan Arianie - ehsan google



Kekasih Awal dan Akhir



Kalau produser filem Raja Azmi memilih untuk bertunang pada bulan Ramadhan, penyanyi Hattan yang kini bergelar Dato akan menikahi semula bekas isterinya, Arianie Mohd Abidin pada 15 Ramadhan ini yang jatuh pada hari Rabu.

Alhamdullilah syukur. Hattan akhirnya menunaikan impian anak tunggalnya Adam Eiman, 15 tahun, yang terlalu ingin melihat dan dan ibunya kembali bersama sebagai suami isteri setelah 8 tahun berpisah. Hattan dan Arianie berkahwin buat kali pertamanya pada tahun 1996 dan berpisah pada tahun 2005.

Mingguan Malaysia melaporkan, tidak diketahui samada majlis pernikahan Rabu nanti hanya majlis Ijab Kabul atau persandingan. Ia akan berlangsung di sebuah hotel di PutraJaya.

Apa2pun, Kjee yang amat meminati penyanyi ini, bersama peminat2nya di seluruh negara akan turut mendoakan perkahwinan Hattan dengan Arianie akan beroleh keberkatan terutama sekali apabila ia dilangsungkan di hari baik dan bulan yang baik.

Ini perkahwinan Hattan yang ketiga dan kedua dengan wanita yang sama. Mudah2an perkongsian hidup Hattan dan Arianie akan berakhir di Jannah, Insya Allah. Amin.

Untuk berita selanjutnya, dapatkan akhbar hujung minggu popular, Mingguan Malaysia.



Saturday, July 20, 2013

daging

LAUK BIDAN TERJUN UNTUK BERBUKA HARI INI


Hari ni Kjee tak rancang nak masak. Tapi kita hanya mampu merancang. Menjelang waktu berbuka, terhidang tiga jenis lauk diatas meja. Alhamdullilah, menu simple sahaja.

Beginilah rupanya lauk bidan terjun. Daging goreng kunyit berlado, Ikan Keli dengan sambal Jawa dan Labu Masak Lemak Putih.

Selamat berbuka puasa semua.





isu semasa

KESAHIHAN SURAT 'TENTERA MILITANT' BALAS DENDAM DI SABAH, DIRAGUI










KOTA KINABALU: Polis Sabah telah memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu menyatakan bahawa mereka akan datang ke Tambunan, kawasan pedalaman Sabah, untuk serangan membalas dendam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Sabtu berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

"Kami telah memulakan siasatan kami sendiri walaupun tiada laporan rasmi polis dibuat," Hamza berkata ketika dihubungi melalui telefon.

Beliau berkata polis tidak percaya penulis surat itu mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan militan Sulu, dan hanya bertindak dengan kehendaknya sendiri.

Kesahihan surat itu diragui, katanya.

Surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh "Komando Militan" bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu menjelang Ogos.

Hamza berkata pasukan polis dan keselamatan menganggap semua ancaman ini serius dan akan melakukan siasatan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tambunan dan Ahli Parlimen Keningau menggesa pihak berkuasa menyiasat surat itu walaupun meragui kesahihannya.

"Ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan sahaja. Kita perlu mengambil perhatian serius," kata Pairin, sambil menambah beliau berharap polis akan mencari penulis surat dan "mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang seperti itu".

Mengenai dakwaan militan Sulu telah merancang untuk kembali ke Sabah, Hamza berkata pasukan keselamatan sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang ancaman dan sementara itu juga memeriksa semua laporan dan khabar angin.

Bagaimanapun, beliau berkata sudah menjadi sebahagian daripada modus operandi kumpulan Sulu untuk menyebarkan "propaganda palsu" dan mewujudkan rasa takut di kalangan rakyat.

"Mereka membuat banyak kenyataan sebagai sebahagian daripada propaganda mereka," katanya. - mStar Online