Friday, July 8, 2011

NASI GORENG SARDIN




Hari ni betul2 malas nak masak. Malah dah dua atau tiga hari Kjee tak ke dapur. Maklumlah asyik makan ubat spital pastu toinggggg! Hari ni Kjee belum makan lagi ubat spital. Nak masukkan entry ni baru makan. Kalau tidak, dalam masa 5 minit, dah toingggg!

Kat rumah Kjee sekarang kena masak nasi hari2. Bukannya kami yang nak makan tapi Unclepali baru saja ajar kucing2 dia makan nasi dengan ikan. Wah, anak2 meow Kjee dah tak nak lagi makan biskut ataupun wetfood dalam tin. Sekarang lalu depan bekas makanan biskut pun, anak2 meow tu boleh berpaling muka. Heee teruk betul.

So masa Unclepali ke dapur nak masak nasi untuk anak2 meow dia, Kjee suruh masak lebih sebab nak buat nasi goreng. Fikir punya fikir, Kjee buat keputusan nak buat nasi goreng sardin. Unclepali memang berhantu kalau nampak sardin dalam tin. Eee Kjee pun tak tahu kenapa dia suka sangat. Kjee ni kureng sikit bab sardin dalam tin.

First time Kjee makan Nasi Goreng Sardin ni kat Brickfields awal 90-an dulu, di sebuah warung tepi jalan. Yang belanja Kjee, penyanyi popular zaman itu, Ben Nathan. Masa itu Kjee pergi RTM tengok rakaman Hiburan Minggu Ini. Masa nak balik, Ben mintak hantar dia balik. Pastu dia belanja Nasi Goreng Sardin. Sedap sangat.

Okaylah. Tak nak merapu banyak2 sebab nak makan ubat ni. Kita tengok resipinya.

NASI GORENG SARDIN (UNTUK DUA PINGGAN)

BAHAN2NYA
Nasi putih (anggaran dua pinggan)
Cili api (ikut kepedasan)
2 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 ekor/ketul sardin
sejemput ikan bilis
sedikit belacan

CARA:

Cili api ditumbuk halus bersama belacan. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang yang telah dihiris bulat2. Apabila bawang sudah sedikit layu, masukkan bahan tumbuk dan goreng sampai garing. Kemudian bubuh sedikit garam, gaul. Masukkan nasi dan gaul sampai rata dengan  bahan2. Pastu masukkan sardin yang telah dipecah2. Jangan pecah telalu halus sebab nanti apabila dimasukkan ke dalam nasi, akan menjadi hancur terus.
Goreng seketika hingga naik wap, rasa dan padam api. 


Makan dengan hirisan timun dan telor goreng atau telor dadar.

13 comments:

FIDA tukangDESIGN said...

aduhai...sedapnyer!...nak cuba jugak la hari nie...x renyah mana pon bahan2nya...sonang!..TQ 4 sharing kjee!..muah2

FIDA tukangDESIGN said...

aduhai.....sedapnyer resepi nie!...harus di cuba!..TQ 4 sharing kjee!..muah2

Isteri Encek Bard said...

sangat menyelerakan k. jee

♥MAMASYAZA♥ said...

sedapnye akak, sys slalu buat nasi goreng sardin ni, sampai anak2 dah jemu...hehehe

KuNanGKuNanG said...

sedap3x..sy suka sgt ns goreng sardin ni.bg 2pinggan pun sy abiskan.he3

cik cek said...

Salam Kjee...pekabo hari ni...sihat2 selalu ya...

Hubby cek pun suka sardin...cek pun suka ..tapi lum penah try masak nasi goreng sardin ni...boleh gak try nanti...mesti sedap ni kan...:)

eima-caa said...

hehehehe...KJee ni kalo bab mkn idea mencurah2...

saya dah lama tak makan sardin sbb incik hubby xsuka makan sardin..tapi nak try gak la wt nasi goreng sardin...yummy..

Mylady said...

sedapnyer nengok nasi goreng kak Jee...tak pernah try lagi wat nasi goreng sardin..tapi, mylady memang suka sardin..nanti leh la try..

Dah follow kak Jee..:-)

IBUNDA DELIGHTS

zures said...

kak jie...mesti sedapkan nasi goreng sardin ni...

anakbulan said...

Sedap.... senang... haish~ terlioq dah ni Kak Jee.hehe ;).

fawzeah zea said...

Salam..kak nie pelakon erk..??

noorsafone said...

Kakjee...sedap nasi goreng tu..award beautiful blogger dh amik..thanks ya..

niey_muhaini said...

nasi goreng sardin..feveret sy ni. Klu beli sardin, buat inti bun, sandwish @ nasi goreng sardin..sedapnya kak jee..;)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...