Saturday, July 30, 2011

MOHD ASHRAF HAFIZ MENINGGAL DUNIA ..AL FATIHAH



Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.- Bernama

Related Posts:

  • NONA DARI KACA MATA SAODAH ISMAIL Normala - Pengacara Nona paling Diminati (ehsan google) Kjee terlepas pandang entry Oda ini dalam Agendaily hari tu. Baru sekejap ni Kjee baca. Kjee rasa elok korang tahu apa pandangan Oda mengenai rancangan Nona sekarang. … Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 12 JULAI 2011 IPU Masih Di Tahap Sederhana JKeadaan berjerebu dicatatkan di sekitar Petaling Jaya sejak awal pagi Isnin. Bagaimanapun, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan oleh Jabatan Alam Sekitar keadan tersebut mas… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 11 JULAI 2011 APABILA CINTA BERALIH ARAH 1 SAMAN BEKAS TUNANG RM320,000  NIK MUSTAFA (dua dari kiri) bersama peguamnya, Mohd. Ridzuan berbincang sesuatu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Angkara cinta k… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 13 JULAI 2011 KISAH  TIGA ARTIS Joey Mengaku Di Mahkamah Mahu Kahwin LainOleh SALWA SHA'ARIJoey (tengah) di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.KAJANG: Pelakon dan penyanyi, Joey pada Selasa, bersetuju agar kes pengesahan lafaz cerai… Read More
  • DAH PENAT DEMONSTRASI, NASIB BAIK KENA TANGKAP!!! semua gambar ehsan mStar Online Itulah yang mampu Kjee katakan. Betul tak? Korang tengok je lah. Makcik2 dan pakcik yang tadi diheret ikut perhimpunan haram entah dari kampung mana. Tak tahu apa ke jadah tujuan mereka ke… Read More

3 comments: