Tuesday, September 6, 2011

GEMPA BUMI: PELAJAR MALAYSIA DI ACHEH SELAMAT

JAKARTA: Semua pelajar Malaysia di Aceh dan Medan selamat daripada bencana gempa bumi pada magnitud 6.7 yang melanda wilayah Pantai Barat, Selatan Aceh, awal hari ini. 
Sehingga jam 1.30 tengah hari ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa 10 mangsa meninggal dunia dalam kejadian gempa pada jam 12.55 pagi waktu tempatan itu.

Atase Pendidikan, Pelajaran Malaysia (sebelum ini dikenali Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata gempa itu tidak dirasakan pelajar Malaysia di Aceh kerana kawasan penempatan mereka berada jauh di bahagian Utara Aceh.
Bagaimanapun, pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dapat merasakan gegaran kuat kerana kedudukan pusat gempa yang lebih hampir dengan kawasan Kota Medan. 

"Semua pelajar Malaysia seramai 176 orang di Aceh dan 612 orang pelajar Malaysia di Medan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini. 

Ludinata berkata, pihaknya mengingatkan pelajar terbabit supaya sentiasa menyiapkan diri dengan kemungkinan terpaksa dipindahkan jika berlaku gempa susulan yang lebih besar kemudian. 

Mereka juga diminta sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan segera keluar rumah ke kawasan lapang jika berlaku lagi gempa bumi kerana kejadian itu boleh mengakibatkan bangunan runtuh. 
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, berkata gempa bumi awal hari ini itu berpusat di darat di kedudukan 59 kilometer Timur Laut Singkil Baru, Aceh, di kedalaman 78 kilometer. 

Ia tidak berpotensi tsunami, namun gegarannya dapat dirasakan hingga ke Kota Medan dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - BERNAMA 

Related Posts:

  • PELAJAR KITA CEDERA DAN KENA ROMPAK DI LONDON!! Korang tengok video klip ni tadi kat Buletin Utama TV3 tak? Hampeh betul Mat Salleh dan Nigger. Budak tu baru balik dari beli makanan untuk berbuka. Kalau tak silap Kjee, nama dia Ashraf. Hari ni dia menjalani pembedahan di … Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 9 OGOS 17 aduan peniaga naik harga makanan di bazar RamadanKUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebanyak 17 aduan diterima oleh persatuan-persatuan pengguna mengenai tindakan peniaga menaikkan harga kuih-muih dan lauk-pauk di bazar Ramadan s… Read More
  • Menteri Sahkan Pelajar Tajaan MARA Cedera Dalam Rusuhan London BANGI: Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu malam semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Sha… Read More
  • KLIP BERITA MUTAKHIR 8 OGOS 2011 Suami wanita dikerat bukan suspek: Polis 2011/08/08KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan suami seorang wanita yang mayatnya dikerat-kerat di sebuah unit pangsapuri di Ampang Rabu lalu, tidak terbabit dalam pembunuhan it… Read More
  • Perkahwinan Noraniza Idris Bakal Diadakan Besar-Besaran Oleh SITI AZIRA ABD AZIZKUALA LUMPUR: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, 43, bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Jeffri Hudi, 52, secara besar-besaran pada 29 September ini.Majlis yang berlangsung pada pukul 12 t… Read More

2 comments:

  1. demi menjimatkan duit rakyat, kerajaan malaysia perlu kaji lanskap geografi sesebuah negara sebelum menghantar pelajar ke sana. dah beberapa kali terjadi masih hantar lagi...takkan tak buat postmortem!lizabassam

    ReplyDelete
  2. Saya rasa kerajaan dan mana - amna syarikat gergasi tidak perlulah menghantar pelajar - pelajar ke luar negara. Sebab membazir, kedua pelajar mula hilang pedoman, jantan kahwin dengan jantan

    ReplyDelete