Saturday, September 3, 2011

JURUKAMERA BERNAMA TV DITEMBAK DI SOMALIA

Allahyarham Noramfaizul 

KUALA LUMPUR: Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini. 
Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

"Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.
Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap. 

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA 

Related Posts:

  • WAJAH PENYAMUN SIMBAH ASID? BURU...lakaran wajah suspek.KUALA LUMPUR: Polis kini memburu beberapa suspek dipercayai terbabit dalam dua kes simbah asid berasingan di ibu negara baru-baru ini, namun menafikan suspek individu yang sama menggemparkan nega… Read More
  • PENIAGA TAK PEKA ATAU CUBA MENGELIRUKAN? Asing segera mentega DNA babiOleh ZAKI SALLEH dan NOR IDAYU BOSROberita@kosmo.com.my SEBUAH pasar raya terkenal di Pulau Pinang masih menempatkan mentega DNA babi bersama mentega halal di tempat sejuk beku semalam. KUALA… Read More
  • ISTERI FEDTRI YAHYA KEGUGURANOleh KEMALIA OTHMAN mStar Online PETALING JAYA: Pengacara Malaysia Hari Ini, Fedtri Yahya, 30, mengakui masih berasa sedih selepas isterinya Nurul Anati Ismail, 26 mengalami keguguran bayi pertama pada 26 Julai lalu… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 15 OGOS 2011TABUNG RAMADHAN SUMBANGAN JEMAAH DIKEBAS  JOHOR BAHRU: Tabung Sedekah Ramadan di Masjid Taman Perling di sini, tidak terkecuali daripada menjadi sasaran mudah pencuri yang tergamak cuba memecahkan peti berisi wang tunai… Read More
  • CHEF WAN TIDAK MAHU NAZRI TERBURU-BURU NIKAH Chef WanPETALING JAYA: Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menasihati anaknya Mohd. Nadzri,30, supaya mengenali pasangannya dengan lebih mendalam sebelum memikirkan untuk men… Read More

4 comments:

  1. Malang tak berbau...sedih baca berita macam ni..orang tak tak berdosa jadi mangsa..
    Alfatihah buat arwah.

    Kepada Kjee sekeluarga,
    Selamat Hari Raya Maaf zahir batin dari saya dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. takziah, sedih menonton berita tadi; moga dicucuri rahmat ke ats rohnya. alfatihah

    ReplyDelete
  3. Niat baiknya menyertai misi untuk membuat kebajikan kepada yang memerlukan hanya Allah yg akan menganugerahkan ganjarannya, sudah pasti akan memayungi arwah ke syurga-Nya. InsyaAllah..alfatihah

    ReplyDelete