Tuesday, July 19, 2011

JJCM MAKANAN JEPUN DI SUSHI ZEN MAI

Sushi Tahu Campur Isi Ketam

Salmon Sashimi

Sushi Udang disalut buah Avacado

Lobster Tepanyaki

Sotong Bakar
 Rezeki hari ni nak makan makanan Jepun kegemaran kami di Restoren Jepun Sushi Zen Mai di Bukit Bintang. Pagi tadi Nadia pesan jangan masak hari ni sebab nanti dinner dia belanja. Pilih sahaja mana nak pergi, katanya sungguh2. Nak Jepun, Arab, Chinese, Western. So kami sepakat nak pergi makan Japanese.

Dah banyak kali kami makan di Restoren Jepun Zen Mai ni. Tapi kali ini Nadia pilih menu exotic sikit seperti lobster, oyster panggang bersalut cheese, sotong bakar dan ikan Salmon mentah atau Sashimi. Yang lain seperti Soft Shelled Crab Tamaki, CawanMushi dna Tempura adalah kemestian. Selain itu, kami turut pilih  sushi dari conveyor belt.

Sayur Pan Fried ala Tepanyaki
Sejak diperkenalkan kepada Sushi Zen Mai oleh kawan baik Nadia, Sarah Kamil di cawangan Zen Mai di Sunway, kami dah tak pergi lagi ke Sushi King. Jauh beza rasa dan presentation makanan di Zen Mai. Kjee rasa presentation makanan di Sushi King macam melepaskan batuk di tangga jer. Serius ni.

Zen Mai tidak hanya menjual Sushi walaupun restorennya bernama Sushi Zen Mai. Banyak lagi pilihan makanan Jepun yang sedap2. Kjee sempatlah sembang dengan cashiernya Siti Nor Farhana yang berasal dari Johor. Dia kata chef kitchen terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk Melayu. Di Bukit Bintang ni hanya ada seorang jer chef Melayu tetapi di outlet lain lagi ramai.
Oyster Bakar Bersalut Keju

Kjee memang dah lama suka makanan Jepun. Masa melawat Jepun sambil kerja dulu, Kjee tak pernah lepaskan peluang makan makanan Jepun di sana. Kjee paling kagum melihat pinggan mangkuk yang digunakan serta cara mereka persembahkan makanan. It's a work of art. Macam sayang sangat nak makan. Punyalah halus cara mereka menghidang.

Yang lain, korang cuci matalah tengok gambar2 ni. Oleh kerana Nadia belanja, dia kata bil adalah rahsia. Hehehe.


Tempura

Related Posts:

  • 303. JJCM American BBQ Selera Malaysia Chef Mustafa Jones tak henti2 grill steak dan burger Tenderloin Steak RM12 Rib Eye Steak RM20  Selalunya Kjee makan authentic American Barbeque kat restoren seperti Tony Romas, Roadhouse Grill (dah tukar owner) ata… Read More
  • JJCM: AYAM GOLEK MEK SOM TERUS MENGGODA! Dah lama Kjee dengar cerita kehebatan ayam golek Nara Seafood atau lebih dikenali sebagai Ayam Golek 5-Star atau 5 Bintang di kalangan penggemarnya. Tapi entahlah, selama ini Kjee tak pernah berusaha untuk pergi membelinya… Read More
  • JJCM ~ ANTARA PASEMBOR DAN CUCUR UDANG Pasembor di Craven Cucur Udang resipi bonda Kjee Apa bezanya? Tak ada beza sebenarnya. Pasembor dimakan dengan kuah kacang. Cucur udang dimakan dengan sos cili. Kjee rajin jugak buat cucur udang yang bubuh tauge… Read More
  • JJCM ~ MJ BURGER DAH PINDAH KE TAMAN MELAWATI Molly dan suaminya Chef MJ Suasana dalam P-One Kopitiam Wah makin lama makin dekatlah Kjee nak pergi makan burger special Chef MJ (bukan Michael Jackson tapi Mustafa Jones). Kalau dulu jauhnya sebatang rokok dari rumah … Read More
  • JJCM ~ RESTORAN NYONYA DI MRR2 HIGHWAY HALA KE FINAS Nasi Goreng Ayam BBQ Claypot Kjee memang suka sangat makanan Nyonya. Kalau ternampak ada restoran Nyonya, Kjee mesti singgah. Kat KL ni memang ada banyak restoren Nyonya dari Melaka dan juga Pulau Pinang. Malangnya, tak b… Read More

5 comments:

  1. Assalam kak jee,uii terliur sudah..Alhamdulillah moga murah rezeki nadia kan,sbb berbakti pada ibu bapa..

    ReplyDelete
  2. hi kak jee
    kami ni baru je belajar makan japanese food.
    itu pun sebab diheret oleh anak2...kalau tidak mmg
    tak reti nak makan.must try the food in sushi zen mai,biasa kami try kat sushi king je.
    satu je fe'el tekak melayu ni,kalau budak2 kata nak makan sushi...cepat2 kami masok dapor ambek cili sauce yg dapat free kat McD tu,sumbat dlm handbag.my tekak is cannot telan da wasabe...tekak asam pedas..
    have a good day.

    ReplyDelete
  3. nak tanya, kat situ buffet or alakat.
    boleh cerita sikit food price kat situ, suke nak rase makan tapi nak tengok gak budgetnyer..

    ReplyDelete
  4. ala carte...kalau tak silap harga bermula dari RM1.80

    ReplyDelete
  5. Kak jee...kena berhati-hati makan makanan Jepun ya. Kerana kicap cair yang selalu digunakan mengandungi alkohol. Nasi untuk membuat sushi pun selalunya menggunakan cuka yang mengandungi alkohol.

    ReplyDelete