Tuesday, July 26, 2011

LAKSA ASAM PENANG ANTARA 10 MAKANAN LAZAT DUNIA!

Sedapnya. Ada sampingan otak udang (petis). Gambar Cik Google.
Dunia iktiraf makanan Malaysia! Asam laksa Pulau Pinang mendapat tempat ke-7, makanan paling sedap di dunia. Wah macam mana boleh dapat hah? Kalau tidak silap Kjee, kalau sebut makanan Malaysia, satay adalah makanan yang seringkali dikaitkan. Itu dulu lah.
Thai Mussaman Curry - Ehsan Google 

Kajian dijalankan oleh CNN Internation Food Survey yang berpusat di Amerika. Dan khabarnya, ramai chef2 terkemuka dari Singapura terkejut sebab selama ini, menu Singapore Cili Crabs seringkali menduduki tempat teratas dalam kajian seperti itu.

Terkini, Singapore Cili Crabs menduduk tempat ke-35 sementara Nasi Ayam Haiman Singapura mendapat tempat ke-45.

Tempat pertama diraih oleh Thailand melalui makanan Massaman Curry. Heran kan? Tak pernah dengar pun makanan tu kat Malaysia. Yang selalu kita dengar ialah Thai Green ataupun Red Curry. Apabila Kjee google, rupa2nya Mussaman Curry ini adik beradik Thai Red Curry. Ia popular di selatan Thailand.

Spore Cilly Crabs tempata ke-35. Ensan google
Menurut akhbar The Straits Times (S'pore), Violet Oon seorang pakar makan, hairan bagaimana Cili Crabs mereka boleh jatuh hingga ke kedudukan 35. Violet merasakan terdapat kurang sangat restoran cili crabs Singapura di luar negara hingga menyebabkan ia tidak dikenali ramai.

Apapun, dua chef popular Malaysia, Chef Ismail Ahmad dan Chef Florence Tan bangga dengan pemilihan itu. Chef Florence yang seringkali mempamaerkan menu Laksa Penang kalau dijemput membuat demonstrasi makanan untuk pelancung asing, memberitahu, Asam laksa Penang elok untuk mereka yang hendak kurangkan berat badan kerana rasanya yang masam.

Chef Ismail Ahmad bangga dengan pencapaian itu dan turut mengucapkan tahniah kepada Thailand kerana menduduki tempat pertama.

"Kalau nak diikutkan sejarah, Cili Crabs dan juga Nasi Ayam, sebenarnya berasal dari Malaysia. Tetapi Singapura mengiktirafnya sebagai makanan mereka setelah perpisahan Malaysia dan Singapura dalam tahun 1963.

Penulis kolum makanan popular Helen Ong pulak merasakan Penang Fried Kway Teow juga sepatutnya disenaraikan. Ia antara makanan kesukaan ramai pelancung asing dan rasanya memang unik.

Nak resipi Penang Fried Kway Teow versi Kjee? Klik Sini.

Penang Fried Kway Teow versi Kjee


Related Posts:

  • PANAS!!!!! KELAB TAAT SUAMI KELUARKAN BUKU PULAK!Dua hari lepas Unclepali tanya Kjee samada ada baca berita dalam Malaysian Insider mengenai Kelab Taat Suami yang telah menerbitkan sebuah buku "Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia".Apa hal pul… Read More
  • KALAU SUKA, PELUK CIUM WARTAWAN....Kawan baik Kjee, Noor Hasilah Ismail, yang sama2 dengan Kjee 'menggoncang industri hiburan' dengan tulisan2 yang pedas dan telus era 80-an dulu, dah menulis balik pasal cerita2 yang berlaku dalam dunia hiburan. I Like!! Wala… Read More
  • EKSKLUSIF!! ANA DAHLIA DIJANJIKAN HANTARAN RM30,000? Bertuahnya badan Ana Dahlia! Lebih bertuah dari anak dara! Kjee dapat tahu Ana akan menerima hantaran sebanyak RM30,000!! Agaknya kalau Ana tu belum pernah berkahwin, mau hantarannya dua kali ganda. Oppsss! Tarikh bertunang… Read More
  • KALAU DAH KEMARUK SANGAT NAK JADI PELAKON...Kjee copy paste entry bawah ni dari blog Media Permatang Pauh. Kjee pun belum tonton filem yang ramai kata sampah. Tetapi apabila tengok gambar dalam entry MPP, sakit sangat hati Kjee. Pelakon tambahan (dalam gambar) tu, kal… Read More
  • SALAH ATAU BETUL?Dah lama Kjee nak bangkitkan isu ini tetapi seringkali tak berani. Bimbang disalahertikan. Tetapi malam ini, hati Kjee begitu nekad. Tak nak coret banyak2 mengenai hal ini, korang tengok gambar dibawah ini dan renung2kanlah. … Read More

4 comments:

  1. alaaaaa.....lapa laksa trus!sedapppp.laksa mmg feverettt...!

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak jee...terliur tengok laksa dan char kuey teow tu...huhuhu

    ReplyDelete
  3. mak ai kecur air liur laa..sib baik lom puasa..hehe..suzi fauzi

    ReplyDelete