Sunday, July 31, 2011

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

Sudi kiranya menampal poskad ini di laman blog anda. Terima kasih.

Salam semua. Sayu dan sebak Kjee menantikan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, esok. Siapa sangka Allah Subhanataala mengizinkan Kjee sekali lagi untuk meneruskan ibadat Kjee di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini bersama semua umat Islam di seluruh dunia.

Kali ini kita menyambutnya serentak dengan saudara2 Islam kita di negara2 Arab dan Insya Allah negara2 lain. Alhamdullilah.

Kita harus bersyukur masih ada tempat untuk berlindung dari hujan dan panas, tiada masalah kebuluran di tanahair kita dan kita masih hidup penuh harmoni sesama kita.

Justru, di hari baik dan bulan yang baik ini, Kjee memohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa dan keterlaluan cara dalam berhubungan, walaupun di alam maya, selama ini. Sesungguhnya yang baik dari Allah Swt dan yang kurang dari hambanya bernama Fauziah Abdul Samad.

Hidup dan Mati kita hanya ditentukan oleh Allah Swt. Dosa dan Pahala kita hanya ditentukan oleh Nya. Begitu juga tempat kita kelak - Syurga ataupun Neraka, hanya Dia sahaja yang tentukan.

Related Posts:

  • IT'S MY BIRTHDAY!!! Entering my 61st year. Mokcik dah melangkah ke tahun 61. Apapun, masih merasakan diri ini Sweet 16. Hahaha. I hope to see more birthdays. Doakan ya. … Read More
  • PELAJAR BERMASALAH BOLEH DIBENTUK JADI INSAN BERGUNA Hari tu Kjee tengah makan tengah hari di kedai minang Man kat Paya Jaras bersama Nadia dan Unclepali apabila kami dengar berita ni kat TV3. Kononnya peratusan budak2 nakal di sekolah sekarang sudah meningkat. i… Read More
  • SITI FATIMAH YANG TAK PERNAH KULIHAT Assalammualaikum. Dah lama tak singgah dan update. Kjee sibuk sangat sejak Ogos lalu. Dan kemungkinan akan terus sibuk sehingga entah bila. Ada beberapa buku sedang menanti untuk Kjee terjemah. Satu buku ambil masa … Read More
  • KISAH YANG TAK MUNGKIN KULUPA! Rumah inilah Kjee dilahirkan. Rumah datuk di kampung Baru. Mesjid Jamek Kampung Baru di Jalan Raja Alang  KJee tak ingat tahun bila ia berlaku. Tapi rasa2nya setahun sebelum arwah mak meninggal iaitu 1996. Kjee … Read More
  • KJEE MASIH DI SINI Dalam Kjee sibuk dengan kerja yang Kjee sedang lakukan sekarang, baru Kjee perasan sudah lama Kjee tak update blog Kjee ni. Subhanallah, bukan sesuatu yang disengajakan tetapi sesungguhnya Kjee juga tiada masa untuk dir… Read More

4 comments:

  1. Salam ramadhan kembali kak jee, kita tak nmpk pulak kad ramadhan akak ni nak kena naik IE baru leh angkut, mekaseh ya kak! :-)

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan n selamat berpuasa dari kami sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan al-Mubarak k.Jee.. alhamdulillah dipertemukan sekali lagi untuk tahun ini kita menikmati bulan penuh keberkatan.. ampun maaf dr Ell andai ada tersilap bicara sepanjang mengenali k.Jee di alam maya ini..Jaga diri dan kesihatan agar kita dapat meneruskan ibadah yg sgt dinantikan ini.. Ell amik pic atas tu tepek kat blog yer.. cantik.. :)

    ReplyDelete